Rabu, 25 November 2009

PECAT NC UNISEL, CEO & PENGURUS ASRAMA YAYASAN SELANGOR

USTAZ BELASAH PELAJAR, PENGURUS ASRAMA BROKER TENDER

Setelah menamatkan khidmat Pengarah Muzium Selangor dengan alasan terlebih usia – bahan artifek, Kerajaan Negeri Selangor perlu segera menamatkan khidmat CEO Yayasan Selangor, Takril Tasuki dan Naib Canselor UNISEL, Prof Razali Agus serta seorang pengurus Asrama Yayasan Selangor.

Takril Tasuki – CEO Yayasan Selangor.

Berikutan pendedahan Selangor Today akan kepincangan yang berlaku di Yayasan Selangor, pelbagai reaksi pembaca telah diterima.

Paling menarik ialah komen yang juga boleh dianggap sebagai pendedahan seorang pembaca yang pastinya bertugas di Yayasan Selangor dan mempunyai maklumat dalaman yang tepat.

Kali ini didedahkan pengurus asrama yang kuat berniaga dan menjadi broker serta tender projek Yayasan Selangor. Disamping itu, Selangor Today juga menerima beberapa aduan tentang beberapa lagi penyelewengan yang berlaku di YS.

Dalam laporan sebelum ini, beberapa persoalan telah ditimbulkan dengan jelas lagi nyata dan dibawa kepada pengetahuan EXCO pendidikan Dr Halimah Ali. Namun amat dikesalkan, respons dari Dr Halimah amat mengecewakan.

Dengan ini, Selangor Today mendesak Dr Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan dan Modal Insan segera membuat siasatan terperinci.

Lihat reaksi terbaharu mengenai kepincangan Yayasan Selangor di bawah pimpinan Takril Tasuki. – ST

LAGI PENGURUS AYSK KLANG YANG LEMBAM

SDR EDITOR,

Saya setuju dengan prestasi pelajar yang SEMAKIN MERUDUM di Yayasan Selangor. Ini kerana terdapat pengurus asrama yang lebih mementingkan “duit poket luar” dr menjaga kebajikan dan prestasi pelajar. Bahkan beliau ( pengurus AYSK ) secara terang-terangan menjalankan perniagaan kosmetik dan spa serta melibatkan diri secara langsung sebagai “broker” tender dan sebutharga di YS sendiri.

Banyak komentar dari ibubapa menyatakan pengurus asrama ini jarang kelihatan di asrama kerana sering berkeliaran” di SUK Selangor mencari projek dan tender!!!.Oleh itu di mana rasional beliau sebagai seorang pengurus asrama YS-AYSK?

Maka sebagai imbuhan prestasi pelajar yang TERBURUK dalam sejarah YS pada PMR DAN SPM 2007!!!

Malahan dalam PRU12 beliau sebagai AHLI WANITA UMNO berdiri dengan lantang berdiri di atas pentas kempen menghentam” pembangkang (kini kerajaan PR). Namun setelah PR memerintah beliau menyorok diam seperti tikus!

Penyalahgunaan kuasa juga telah lama berlaku, iaitu dengan memberi keistimewaan kepada anak beliau sendiri tinggal di asrama sedangkan beliau tidak tinggal di asrama ( mengikut prosedur pengurus telah disediakan rumah ). Jadi di manakah fungsi YS bagi menyediakan kemudahan pelajaran bagi mereka yang tidak berkemampuan!

Namun begitu CEO YS (Takril Tasuki) bertindak bijak “menutup” kelemahan kakitangan YS di asrama AYSK sehinggakan kes seperti seorang ustaz membelasah pelajar DITUTUP ( 2007 ).

Pada dasarnya pihak pentadbir YS khususnya CEOnya sendiri sewajarnya lebih memberi perhatian terhadap fungsi YS sebagai suatu badan yang berteraskan pendidikan bukannya perniagaan!

RAZALI AGUS – NAIB CANSELOR UNISEL – langgar arahan kerajaan negeri

Dalam satu lagi komen berani, terbuka dan ‘no hold barred’, Saudara Zainofakr Yaacob, seorang bekas pelajar Universiti Malaya mendedahkan maklumat terbaharu salah laku Naib Canselor Unisel Razali Agus.

Dalam respons kepada satu komentar, beliau berkata :

‘Terima kasih atas komentar dan nasihat.

Untuk makluman viva080308, saya telah bertanya seorang teman aktivis di Unisel ketika saya membentangkan suatu kertas kerja akademia di Selangor minggu lepas.

Beliau memaklumkan bahawa ada skandal terbaru di UNISEL. Teman-teman saya di sana sedang mengumpulkan bahan-bahan signifikal dan akan fail timbulkan secara berperundangan.

Selebihnya, Sdr. boleh buat rumusan sendiri tentang diri bekas TNC saya.

Untuk makluman teman-teman, Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri telah follow up kes ini 2 hari lepas.

Sdr. Karim (mangsa yang disogok duit oleh Razali Agus dan Dr. Adham Baba di KK7 UM tiga tahun lepas) sendiri telah hubungi saya lewat malam semalam untuk memaklumkan perkembanan siasatan BPA ini.

Menurut wakil BPA, Tn Hj. A****e, kes ini sengaja ditangguhkan oleh pihak2 tertentu melalui sogokan duit 3tahun lalu. Pegawai tersebut telah diheret ke Tribunal sendiri.

Terima kasih BPA. Terimakasih JPM. Terima kasih Sengor Today.’

Razali tentang arahan Kerajaan Selangor.

Terbaharu, Razali Agus diberitakan secara terang-terangan menentang arahan surat pekeliling Kerajaan Negeri Selangor dalam isu pemulauan Utusan Malaysia.

Dalam mesyuarat senet universiti pada 19 Jun lalu, Utusan Malaysia masih mendapat tempat di Unisel. Menteri Besar Selangor diberitakan sempat menjeling akhbar tersebut.

Razali juga dikatakan enggan menerima nasihat pegawai lain di Unisel apabila dia terus mengarahkan pembelian ruang iklan di dalam Utusan Malaysia ketika melancarkan program ICE baru-baru ini.

Program tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Razali Agus begitu diingati oleh penduduk Ijok ketika Pilihanraya Kecil Ijok kerana peranannya sebagai Pengerusi Pemantau yang menjadikan Unisel sebagai kem UMNO untuk berkempen mengalahkan Tan Sri Khalid.

Razali adalah satu-satunya Naib Canselor yang perlu ditamatkan khidmatnya berdasarkan lantikannya masih bersifat “probation” (2nd probation) berikutan pertelagahan antara Khir Toyo dan Setiausaha Kerajaan Negeri ketika membawanya masuk sebagai Naib Canselor pada bulan Ogos 2007.

Sekiranya Razali tidak ditamatkan khidmatnya, setelah dua kali dalam probation, satu kesalahn mengikut Akta Perhubungan Industri (IRA) dilakukan. pihak Kerajaan Negeri.

Mengikut satu sumber lagi, Razali Agus cuba untuk mendapatkan talian hayat supaya dikekalkan dengan melobi Tan Sri Khalid melalui Dr. Zainal Abidin Ahmad, ahli parlimen Hulu Selangor.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap Mb baca blog ini

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute