Isnin, 17 Ogos 2009

janji tinggal janji.... Khalid dibuang cabang sendiri

Setelah janji demi janji ditaburkan untuk menyelesaikan beberapa perkara tertangguh baik untuk Kerajaan Selangor juga perkara perkara penting dalam parti Negeri Selangor.

Yang menjadi kucar kacir adalah jika ahli parti atau pimpinan parti tidak menggunakan perlembagaan parti masing masing dan banyak bertindak dari luar mesyuarat cabang untuk menyelesaikan masalah, serta membuat keputusan diluar mesyuarat yang bertindak secara unilateral. Berita Gempar : Sebenarnya Ketua Cabang Kuala Selangor telah dipecat dalam mesyuarat cabang Kuala Selangor dan Keputusan Mesyuarat telah dibuat dimesyuarat cabang menanti keputusan Pusat menentukan siapakah Ketua Cabang yang disah di Cabang Kuala Selangor. Kes ini berat jika maklumat ini ketetahui umum.

Sefahaman saya, melihat keputusan mesyuarat cabang yang dipanggil menggunakan notis yang cukup setelah melihat ketua cabang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua cabang dan melanggari kebanyakkan perlembagaan parti, tidak menjalankan amanah sebagai ketua cabang, tidak menjalankan mesyuarat sehingga 8 bulan, dikira berat dan boleh gugur dengan keputusan ramai dalam mesyuarat cabang yang diminitkan. Maka bagi saya sahlah Ketua Cabang Kuala Selangor yang diketuai MB Selangor telah gugur. Caranya memanggil 17 ranting di Ijok untuk memastikan sokongan ketua ranting berterusan dengan mensyaratkan ketua ranting berikrar menyokongnya adalah keputusan terlambat sebab keputusan mesyuarat cabang sudah dibuat secara rasmi dan tandatangani oleh majoriti AJK Cabang. Caranya juga menunjukkan cara yang salah mengubah keputusan diluar mesyuarat. Juga menarik beberapa AJK dengan umpanan menjadi Ahli Majlis Kuala Selangor adalah kotor. Seorang AJK yang dulunya berteriak lantang kerana digugurkan dari senarai Ahli Majlis yang baru, bertukar arah bila isterinya yang tidak ada kelayakkan akademik dilantik menjadi Ahli Majlis. Pada dasarnya beliau (MB) tidak menghormati perlembangan parti dan parti yang ditungganginya.

Mengenai kedudukannya di Negeri biarlah negeri yang menentukan, namun kelayakkan untuk duduk dalam Negeri mestilah juga Ketua Cabang. Jadi gugur ketua cabang, gugurlah statusnya dinegeri.

Tabiat unilateral ini juga melarat kedalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk isu arak, tiada perbincangan mesyuarat exco yang dipakai untuk membuat keputusan yang diumumkan oleh MB Selangor jumaat yang lepas. Maksudnya keputusan ini adalah unilateral decision oleh MB Selangor sendiri, begitu juga dengan keputusan keputusan yang lain. Yang akhir menjadi bahan tentangan dikalangan Exco sendiri. Memang ada exco membodek hanya mengikut saja. Malah jika exco itu bermasalah, MB lah yang membantu dan bermatian menyelematkan keadaan telah terjadi kepada beberapa exco yang bermasalah sebelum ini.

Beberapa cita cita besar ditunjukkan oleh TSKI setelah mendapat tempat didalam politik yang dulunya beliau juga ditolak di Kuala Selangor semasa bertanding Naib Ketua Bahagian UMNO Kuala Selangor. UMNO. Cita cita politiknya hanya kerana beliau ada duit, semua pengikutnya kerana duit. Maka apa susah susah nak kena bela lembu jika kita boleh beli susunya?. Inilah sikap yang ditunjukkan dalam politik era PR juga.

Tidak habis disitu cita citanya menggunung mahu bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR pula, disatu Ucapan satu siri perbincangan DSAI sebagai ketua Umum mempamirkan rasa kecewanya sehingga terkeluar ungkapan, "jika jawatan Ketua Umum ini pun orang nak...ambil sajalah..", tindakan unilateralnya amat mengewakan ramai orang, baik bawahan juga atasan.

Banyak lagi isu didalam rumahtangga PKR Cabang Kuala Selangor ini, tetapi demi sayangkan parti kami memendamkan saja cerita cerita ini, dari sebelum dan selepas PRU12 lagi.

Kesimpulan mahukah anda tinggal dikalangan mereka yang hipokrit yang boleh dibeli didalam parti, orang beginilah yang ditanam dalam politik TSKI di Selangor. Maka tidak hairanlah jika ada dikalangan mereka naik lagi di PRU13 akan jadi Peraklah kita. Sebab itu TSKI bergegas merombak undang undang negeri dengan mengasih kuasa legistrator dan pentadbiran negeri. Dengan ini beliau akan selamat. Tidak mustahil jika cita citanya nanti mungkin boleh sampai ingin menjadi PM jika ramai yang dapat dibelinya. Bahaya cukup bahaya.

Ini adalah petikan artikel yang lepas merujuk kepada perubahan yang dibuat oleh TSKI dalam berpolitik caranya. Semua unilateral, baik membuat keputusan dicabang, negeri dan pentadbirannya. Ini menyulitkan keadaan dan merasakan tiada semangat Pakatan Rakyat dipraktikan, malah Hadi Awang terpaksa masuk campur melalui Dato Hassan Ali, Lim Kit Siang juga begitu dengan menasihatkan anak buahnya di Selangor. Malah DSAI sendiri telah berbuih menasihatkan pentadbiran Kerajaan Selangor dari perspektif politik.
Orang kalau otak meniaga apa pun mesti dimulakan dengan formula jual beli, jika politik buat apa nak susah susah nak kuatkan sokongan politik. Beli sajalah.

Kumpul orang dan buat "aku janji" - "kami sesungguh berdiri teguh dibelakang pemimpin kami...." maka juak juak ini berlantangan berteriak menyokong dan menjerit sambil terkinja kinja. Sebab sudah "masyukkkkkkk". Apa susah. Membeli politik bukan cerita baru, kita sering kedengaran sebelum ini pun. Malah bukan sahaja membeli itu kena guna "wang" perlu diingat, kekadang dengan air liur saja, kekadang dengar kertas kosong, kekadang dengan jawatan ahli majlis, jawatan itu dan ini.

Wow...macam pernah dengar cerita cerita ini, tapi dimana ya?....ohhh di kelompok gerombolan yang disebelah sana tu...eh eh bukan, sekarang gerombolan itu sudah masuh sebelah sini. Maka mana satu gerombolan yang sebenar, nampak semua sama saja sekarang.

Aduh pak..semua sudah jadi Gerombolan UMNO. Ptuih....tak guna mengutuk UMNO lagi, sebab sekarang yang mengutuk juga UMNO apa beza?. Politiknya sama. Caranya sama, politik beli politiknya juga sama. Habis apa yang beza?.....namanya saja beza.

Khalid jadi cacing kepanasan

Berikutan khabar angin yang kuat bertiup bahawa Khalid Ibrahim sudah dipinggirkan melalui Memorandum undi tidak percaya oleh Ahlijawatankuasa Cabang PKR Kuala Selangor, Khalid menerima tamparan yang pedas dari pimpinan Majlis Tertinggi PKR.

Memorandum itu diberitakan antara lain membidas Khalid kerana gagal memimpin Cabang Kuala Selangor. Dinyatakan juga kegagalan Khalid memanggil mesyuarat Cabang Kuala Selangor melebihi 9 bulan sejak November 2008. Kegagalan ini amat bersalahan dengan perlembagaan Parti, kata sumber tersebut. Sumber itu juga menegaskan Khalid Ibrahim sejak memimpin Cabang Kuala Selangor sudah menukar 5 Setiausaha Cabang.

Selain itu juga, tindak-tanduk Khalid membelakangkan parti dan mengetepikan perlembagaan parti dalam perlantikan Ahli-ahli Majlis juga mendapat bantahan keras dari JK Cabang Kuala Selangor.

Perlantikan Thirumoorti Periasamy yang baharu menjadi ahli parti tidak sampai dua bulan menimbulkan kemarahan anggota parti. Perlantikan ahli majlis masih tidak mengikut pra-syarat yang disebutkan oleh Khalid sebelum ini. Misalnya syarat berkelulusan minima SPM. Namun Khalid sendiri melantik yang tidak berkelulusan. Pendek kata Khalid @ Sahak ni, lidah bercabang, biawak.

Pecat Pegawai Khas - Zefri Miskon

Pada 8 Ogos yang baru berlalu, Khalid Ibrahim memecat Zefri Miskon sebagai Pegawai Khas DUN Ijok. Alasan yang Khalid berikan ialah Zefri dikatakan turut sama menyokong memorandum undi tidak percaya terhadap Khalid sebagai Mb, ADUN dan Pengerusi Cabang. Bagaimanapun Zefri masih belum dipecat sebagai Setiausaha Cabang. Kita tunggu dan lihat beranikah Khalid dia berbuat demikian. Keadilan perlu diberikan kepada Zefri, Khalid sebaliknya perlu dihukum!

Ini amat hairan kata satu sumber dari Ijok.Mengapa ada pegawai lain yang juga AJK Cabang turut menyokong memorandum itu tidak dipecat jika itu isunya. Oh, mungkin Sahak sudah cuba bermain api politik. Akan terbakarlah dia nanti. Bara yang merah ibarat lahar gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa sahaja lagi.

Sumpah Setia Ala UMNO.

Kelmarin, Khalid, dalam kegawatan kehilangan kepercayaan dan mula dibenci pengundi di Ijok, memanggil seramai 17 Ketua JDM, dan memberi penjelasan mengapa dia memecat Zefri. Diakhir persembahannya, satu ikrar angkat sumpah taat setia dilaungkan oleh semua Ketua JDM Ijok yang ramai terpinga-pinga. Ini semua ala UMNO, cara UMNO. Malu benar jika Selangor terus berMBkan Khalid.

Kita masih segar dalam ingatan bagaimana sigagap ini tersasul - "undilah Barisan Nasional", lewat PRK Ijok 2007.

http://www.youtube.com/v/AP8IVpKPpV4&hl=en&fs=1&">http://www.youtube.com/v/AP8IVpKPpV4&hl=en&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344">

Khalid dan Isu Arak.

Jelas sekali mamat Khalid ni kurang arif dan sensitif sentimen Islam. Hari ini dia ulang cara lama dia, "pass the buck". Dia melepaskan tanggungjawab itu kepada Persekutuan. Tak gunalah jadi kepala negeri jika tidak faham peruntukan-peruntukan kecil dalam Enakmen Kerajaan Negeri. Lebih baik jadi kepala hangguk sahaja.

Khalid dan Malik Imtiaz Sarwar.

Ini bukti jelas Khalid Ibrahim tidak ada sensitiviti langsung. Dia memilih Malik Imtiaz menggantikan Sulaiman Abdullah sebagai peguamnya. Tidak kah Khalid tahu Malik Imtiaz ini selalu membantai Datuk Seri Anwar Ibrahim? Kurang sangat kah peguam dari kalangan Pakatan Rakyat? Bangsat betul manusia bernama Khalid ini. Dilaporkan Anwar sudah beberapa kali menegur Khalid akan tingkah laku bebalnya, tetapi dia lebih suka ikut keras kepala dan ego nya.



Selangor tidak akan mampu bertahan jika terus dipimpin oleh Khalid. Fikir-fikirkanlah.

Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-UMNO di Selangor

Amaran kepada YB Saari Sungip dan Mereka yang Seangkatan: Kamu akan Dibersihkan

Saya telah mendapat maklumat dari salah seorang yang menghadiri mesyuarat JK Khas di Bangunan SUK pada 30 Julai 2009 sekitar tengahari. Maklumat ini datang dari aktivis PAS yang tidak sanggup melihat PAS Selangor ditunggang bagai haiwan demi kepentingan politik pribadi beberapa orang yang berkepentingan.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh penyokong2 UMNO dalam PAS Selangor. Antara yang hadir adalah Hj Yusof Ludin ( bekas SU Negeri, bekas SB Bukit Aman), Roslan SMS, Suwardi Yaakob (penasihat PJ serta lawyer yang telah dipecat Bar Council) dan beberapa tokoh yang beraliran PAS Terengganu. Rata2 mereka yang dijemput adalah mereka yang selama ini dilihat pro kepada usaha membawa PAS masuk BN.

Agenda utama mesyuarat tersebut adalah memastikan senarai wakil-wakil rakyat PAS pada PRU yang terkehadapan adalah mereka-mereka yang dikenal pasti tidak sealiran dengan Pesuruhjaya Negeri.. Dengan kata lain, wakil-wakil rakyat yang dilihat tidak bersetuju dengan usaha Dato Hasan Ali membawa PAS bekerja sama dengan BN akan dipastikan tidak menjadi calon dalam PRU yang terkehadapan ini.

Orang yang paling terkehadapan membawa idea ini dalam mesyuarat rahsia di SUK tersebut adalah Hj Yusof Ludin, YDP PAS PJU merangkap bekas pegawai Special Branch Bukit Aman. Dan idea beliau disokong kuat oleh Suwardi Yaakob, sekarang ini penasihat kuat kepada PJ.

Dalam mesyuarat tersebut, Hj Yusof Ludin telah menjalankan tugas beliau sebagai seoarng agen SB yang cukup hebat. Beliau mengutarakan betapa pentingnya wakil-wakil rakyat yang tidak “wala’” ini mesti dibuang dari senarai calon pada PRU depan.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa nama ADUN PAS yang jelas dibenci dan mahu dibunuh karier mereka telah disebut. Nama-nama tersebut adalah:

  1. YB Saari Sungib – Dia adalah “top-of-the-list”.

  2. YB Yunus Khairi dari Kuala Langat

  3. YB Dr Rani Osman – Meru

  4. YB Dr Halimah (pun disebut)

Dan ahli-ahli Parlimen yang mahu digugurkan adalah:

  1. YB Khalid Samad – Shah Alam

  2. YB Dr Siti Mariah – Kota Raja

  3. YB D Dzul – Kuala Selangor

Nama Saari Sungip adalah antara yang paling lama dibahaskan. Marah sungguh mereka ini kepada Saari Sungip. Saya rasa kerana Saari Sungip banyak mendedahkan rahsia terutamanya dari segi pemberian kontrak dan projek kepada umum.

Idea Hj Yusof Ludin ini disokong kuat oleh Roslan SMS dan Suwardi Yaakob. Hebat sungguh jarum Hj Yusof Ludin tapi tak hairan kerana background nya dilatih di Bukit Aman sebagai SB.

Bagaimana dengan Penentangan Ahli?

Pada mulanya idea “pembersihan” ini mendapat sedikit tentangan dari mereka yang menghadziri mesyuarat tersebut. Alasan utama adalah mereka takut akan tindakbalas dari ahli dan penyokong di atas keputusan yang bakal dibuat Pesuruhjaya nanti.


Tapi, Hj Yusuf Ludin memberi jaminan bahawa sejauh mana kemarahan ahli kelak, akhirnya mereka tetap akan tunduk kepada keputusan parti untuk memilih calon. Ini kerana tahap ketaatan ahli PAS ini tinggi kepada parti. Begitulah hebat Hj Yusof Ludin dari segi berhujjah kerana hujjah ini berjaya mendorong mesyuarat ke arah membuat keputusan yang seterusnya.

Natijah dari mesyuarat tersebut, ditubuhkan sebuah JK Khas yang bersifat rahsia terus dibawah Dr Hasan Ali bagi mengkaji serta menyiasat senarai calon yang baru.

Dengan kata lain, bagi senarai calon yang tidak disukai, JK Khas ini akan mengumpulkan sebanyak mana fakta dan hujjah, samada betul atau tidak, untuk digunakan bagi memastikan calon itu tidak dicalonkan.

JK ini juga akan mengkaji orang-orang yang hendak mereka naikkan sebagai wakil rakyat yang kelak akan menjadi pengikut setia kepada Dato Hasan Ali dan agenda beliau untuk menjadi MB dan berkawan dengan UMNO itu.

Di dalam organisasi PAS, kita sudah ada Jabatan Pilihanraya Negeri yang bertanggungjawab ke atas urusan menyenaraikan calon. Biasanya senarai calon akan dipersetujui oleh Perhubungan Negeri.


Siapa dia Suwardi Yaakob?

Suwardi Yaakob ini bekas calon PAS di Perlis pada 1999. Beliau adalah seorang peguam yang telah dipecat dari Bar Council atas kesalahan disiplin. Biasanya Bar Council sukar untuk memecat ahlinya kecuali ahlinya telah melakukan penipuan terhadap anak guam mereka secara jelas dan terang.

Suwardi ini juga adalah rapat dan menjadi penasihat kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Dr Harun Din. Tidak hairan kedua-dua tokoh ini pro kepada PAS bekerjasama dengan UMNO.

Suwardi inilah ”culprit” sebenar. Oleh kerana background beliau adalah lawyer maka beliau mampu meyakinkan beberapa pimpinan Pusat untuk mempercayai berita-berita karut berkenaan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Dalaman PAS Selangor

Isnin, 10 Ogos 2009

maaf jika anda bukan Guthrie / PNB ...

bukan rahsia, apabila Khalid Ibrahim hanya memilih golongan bumiputera yang terdiri daripada kroni beliau sendiri yang terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie untuk terlibat dalam projek dan aktiviti kerajaan negeri. Kumpulan Semesta adalah satu contoh sikap memilih Khalid ini yang mana Kumpulan Semesta terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie.

Tetapi sebelum kita teliti perkara ini kita lihat dulu Sungai Klang..... yang ada kaitan dengan Madam Low, kesayangan Khalid

Apa di sebalik Projek pembersihan Sungai Klang?

Khalid mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang dan pada 18 Mei 2009 lawatan ke Singapura dibuat untuk meneliti perkara ini dan hasilnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Apa yang menjadi pertikaian ialah tanah-tanah rezab Melayu di sepanjang 6km Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat Singapura terbabit sebagai pertukaran kepada pembiayaan pembersihan Sungai Klang.

Pertukaran ini yang menimbulkan kontroversi kerana diakhirnya siapa yang mengaut keuntungan dalam pembangunan persisiran Sungai Klang ini?

Setelah dibangunkan nanti adakah orang melayu mampu membeli semula aset-aset yang dibangunkan,sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain,dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal dan akhir sekali tanah-tanah rezab melayu tergadai tanpa pembelaan.

Pembabitan syarikat Singapura ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim.

Maknanya di atas semua ini Khalid Ibrahim sudah dikawal oleh mereka-mereka ini dalam membuat keputusan di Selangor.

Adakah ini gambaran pemimpin yang mementingkan rakyat dan mementingkan kebajikan?

Penyisihan dan layanan buruk ini adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan dan tidak patut di kala pemimpin itu sendiri dikatakan bernaung di bawah parti yang berlandaskan keadilan dan integriti.

Sebab itu kami berani menyatakan rakyat kini sedang menangis di Selangor kerana melihatkan sikap kerajaan Selangor yang hanya mementingkan diri-sendiri dan kroni-kroni sahaja.

Persoalannya, adakah kerajaan Selangor peduli?

Khalid jauh dari orang Parti KEADILAN tetapi terus mempercayai kroni dia sendiri yang baru dan lama dikenali......

Semesta lagi...



Mari kita semak asal-usul kejadian Kumpulan Semesta ini.

Kerajaan Negeri menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan memberi hak perlombongan pasir Selangor kepada lapan syarikat (majoriti milik kaum cina) iaitu 4 antaranya Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hai Tong Construction, Low hai Eng Sons Trading Sdn Bhd dan Resvil Holding Sdn Bhd.

Perlantikan Kumpulan Semesta ini adalah tanpa persetujuan exco-exco kerajaan negeri dan amat malang sekali yang menguruskan syarikat Kumpulan Semesta ini adalah terdiri daripada kroni-kroni Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu bekas pegawai Guthrie dan PNB. Dato Anuar Mohd Nor yang mengetuai Semesta juga pernah muflis dan mempunyai rekod buruk apabila bersama MTDC.

Lihat bagaimana bijaknya Tan Sri Khalid memilih kroni beliau untuk menguruskan perlombongan pasir di Selangor dan mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan negeri Selangor.

Adakah Khalid tidak pernah memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kerajaan Selangor mengalami kerugian?
Adakah nasib rakyat adalah seperti saham yang sewenang-wenangnya beliau permainkan?


Jelas sekali atas kerugian yang dasyat ini, rakyat negeri Selangor tidak perlukan C.E.O sebagai Menteri Besar mereka.
Rakyat Selangor kini sedang dibelenggu akibat kesan krisis ekonomi, tetapi Khalid Ibrahim sewenang-wenangnya mempermainkan nasib mereka dengan melantik orang-orang yang tidak layak dan culas serta menyebabkan kerugian besar kepada kewangan negeri Selangor.

Rakyat kini menangis di Selangor, persoalannya adakah kerajaan Selangor peduli?

Pelbagai cerita kita dengar mengenai kumpulan Semesta yang menguruskan perlombongan Pasir di Selangor. Terbaru adalah mengenai laporan polis yang dibuat kerana Kumpulan Semesta telah menggunakan cara 'samseng ' dalam menangani masalah pasir di Selangor.

Pernah mengulas mengenai perkara Kumpulan Semesta ini di dalam blog ini dengan seperti di bawah:

Misalnya mereka membuat unjuran RM 150 - 200 juta setahun untuk hasil pasir. Mereka menempelak kerajaan lalu sebagai rasuah dan korup kerana mengutip hasil pasir yang sedikit.

Malangnya di Dewan kita dimaklumkan sasarang tersebut jauh tersasar. Jumlah pengeluaran pasir negeri setakat ini hanya RM 22 juta. Sehingga kini kerajaan negeri hanya mengutip RM 4 juta dari doket pasir dan RM 7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Hanya RM 11.5 juta dari RM 22 juta dapat kepada kantung kerajaan.


Apa yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan Kumpulan Semesta gagal menguruskan perlombongan pasir dengan baik di Selangor.

Alasan Menteri Besar adalah dengan menyalahkan pencuri pasir yang mencuri pasir di Selangor.

Persoalannya :

Kita pun hairan mengapa curi pasir di Selangor masih berlaku biar pun Barisan Nasional telah tumbang setahun lalu.

Bukankah dahulu parti-parti pembangkang seperti DAP, Pas dan PKR menuduh terdapat ahli politik UMNO melindungi pencuri pasir di Selangor?

Sekarang siapa melindungi pencuri pasir ini lagi?

Jika dahulu saban bulan kita melihat operasi menangkap pencuri pasir ini dan juga penyitaan jentera, sekarang hampir tiada tindakan.Jika ada pun mereka bertindak seperti samseng dan kejam.

Justeru kita tertanya-tanya apakah sekarang ini terdapat ahli politik tertentu dalam kerajaan Selangor yang melindungi pencuri pasir ini?

Menurut The Star kerajaan negeri Selangor dianggarkan rugi berjuta ringgit sebulan akibat kegiatan curi pasir ini.

Siapakah yang harus bertanggungjawab sekarang?

Jika dahulu mudah menuduh orang apakah tindakan kerajaan negeri hari ini?

Tampaknya kerajaan negeri lebih berminat mencari salah kerajaan dahulu berbanding mentadbir kerajaan hari ini.

Apa sudah jadi kepada Kumpulan Semesta yang dipertanggungjawabkan dan kononnya boleh menghasilkan keuntungan sekitar RM 200 juta setahun kepada kerajaan?

Ahad, 9 Ogos 2009

Kami punya bukti SEMESTA lindungi kegiatan curi pasir

SEMESTA syarikat konsesi yang diberi keistimewaan untuk mengendalikan isu pasir dan galian di Selangor. Syarikat ini gagal menepati sasaran keuntungan tahun pertama, malah apa yang dipulangkan kepada kerajaan negeri jauh lebih rendah dari sistem terdahulu yang sememangnya gagal.

Ini semua berlaku kerana SEMESTA dikendalikan oleh satu team orang korporat yang gagal tetapi diberi keistemewaan setaraf dengan kekasih oleh Khalid Ibrahim.

Kami telah menerima bukti bagaimana SEMESTA cuba lindungi syarikat yang terlibat curi pasir...nanti petang nanti pendedahan dokumen.

Kenapa Xavier perlu sibuk-sibuk di Cabang Kuala Selangor ?



Ini dua contoh surat campur tangan Exco atau Ketua Cabang lain dalam Cabang Kuala Selangor yang di ketuai oleh MB Selangor. Exco atau Ketua Cabang lain tak hormat Kuala Selangor kerana ada ketua yang lemah.

Yang dipertikaikan ialah perlembagaan parti telah dilanggar. MB tidak membuat mesyuarat rasmi dengan memanggil semua pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Cabang.

Setelah banyak amaran Jawatankuasa Cabang dah buat keputusan gantung Tan Sri Khalid dari jadi Ketua Cabang kerana langgar perlembagaan parti fasal 25.10, 25.13.11, 22.14.8

Makanya Pengerusi Perhubungan Selangor dan Wilayah , Tan Sri Khalid secara automatik bukan lagi Ketua Cabang Kuala Selangor yang sah, sehingga Majlis Pimpinan Pusat membuat keputusan.

Kami percaya dan yakin semua surat dan bukti telah sampai kepada Presiden dan pimpinan pusat KEADILAN ..... kami menanti tindakan mereka.

Ahli Majlis Perbandaran Selanyang tidur ?

Ini gambar yang diambil dari blog perisik rakyat. Tokpekong Najib ini dibina besar dan megah di Batu Caves sempena lawatan Najib.

Ingat tak kita dulu masa YB Amiruddin Shaari naikkan gambar besar Anwar Umno pukul bagai nak rak... tapi kini masa berhala Najib dinaikkan kenapa Umno diam....itu biasalah kerja Umno memusing semua benda...

tapi mana pergi bebudak keadilan khususnya AMK senyap je tak buat bantahan.... ke sibuk main bola dengan bebudak Umno....? Buat lah bantahan besar...

ahli Majlis yang dilantik pula mana....? Binaan berhala Najib itu tidak ada permit kenapa tak runtuhkan sebelum ia digunakan sekarang dah lambat lah sebab dah kena sembah....

di Selangor ni kami heran semua jadi lembab.... Umno bebas buat program guna kemudahan tapi kita senyap nak buat program pun tak larat....

tapi bila tanya aktivis lama depa akan kata.... kami bukan pandai macam orang Guthrie atau PNB yang Khalid suka sangat !!!

Isu arak MBSA apa yang berlaku ?

penjelasan ringkas mengenai isu Arak di MBSA.....

Penguat kuasa MBSA yang berketuakan masih orang Umno telah kononya telah menyerbu sebuah kedai 24 jam di Shah Alam dan merampas semua minuman berakhohol. Kedai itu punya permit dan lesen jual arak, kesalahan ikut kononya laporan orang ramai ialah menjual arak kepada orang Islam.

YB Ronnie Liu, exco yang terbabit dengan PBT terus dihubungi oleh pemilik kedai 24jam itu menyatakan bantahan dan ugut akan saman kerajaan negeri kerana bertindak tidak ikut undang undang. Sememangnya tiada peruntukan undang - undang yang membenarkan arak - arak tersebut dirampas. Ronnie pun hubungi penguatkuasa dan bertanya ada tak undang - undang yang benarkan rampasan. Penguat kuasa yang masih diketuai orang Umno itu jujur kata tidak ada. Maka Ronnie kata kalau begitu nantiu kalau kerajaan disaman maka penguat kuasa MBSA dan ketuanya akan di pertanggunbgjawabkan. Maka penguatkuasa MBSA sendiri kerana takut dengan tindakan salah mereka (salah berdasarkan undang undang) telah memulangkan semua arak tersebut.

Semua menjadi celaru apabila operasi itu dibocorkan sendiri oleh agen Umno dalam MBSA, PAS pula respon terlalu cepat tanpa ketaui hujung pangkal.... DAP pula bagi reaksi melampau....

Semua ini kerana kelemahan MB Selangor yang gagal kawal keadaan dan bagi kenyataan celaru. Semua exco boleh pijak kepala MB yang ego dan sombong rasa diri cerdik ini.

Semua ini kerana MB tak nak tukar puak - puak Umno yang duduk dalam bidang kuasa kerajaan negeri, kedua ialah kerana MB berkeras tak nak buat pilihanraya kerajaan tempatan ...

Isunya ialah cara operasi dan pentadbiran kerajaan tempatan tak perlu melalut sehingga sebabkan permainan sentimen agama dan kaum. Kalau MBSA ada pilihanraya pilih ahli majlis sendiri maka mereka akan berdepan isu ini dengan lebih bertanggungjawab. Ini tidak ahli majlis dipilih secara pilih kasih oleh exco dan MB, maka itu sebabnya apabila benda seperti ini bangkit kerajaan negeri terperangkap.

dalam hal ini PAS pun kena jujur desak pilihanraya kerajaan tempatan, DAP yang dilihat dulu begitu beriya - iya benar desak pilihanraya kerajaan tempatan dikembalikan pun senyap juga mungkin kerana seronok dapatkan penyokong sendiri sebagai ahli majlis.

Selasa, 4 Ogos 2009

Khalid Ibrahim tunduk dengan ugutan bogel

Mulanya ingatkan Khalid ini seorang yang tegas dan ego yang tinggi, namun jangkaan awal ini meleset apabila mendapat maklumat terbaru.

Masih ingatkah kita skuad bogel ? Sekumpulan manusia yang kononya aktivis reformasi yang tubuhkan 'reformis' ugut nak bogel di depan Khalid dalam majlis rasmi kerana beberapa tuntutan mereka tak dipenuhi. Namun isu yang diketengahkan bukan tuntutan mereka tetapi isu sewa rumah pada ketika itu.

Di ketuai oleh Ramlan yang memang saya kenali bersama beberapa pemuka dari kelompok peniaga kecil di Masjid India dan Nora juga Dato (Mindanau) Sanusi.

Namun skuad ini berjaya dipecahkan apabila Ramlan ditinggalkan keseorangan apabila Sanusi balik kampung di Tanjong Karang berniaga, Nora membawa haluan sendiri dan sekumpulan lain pula ambil alih organisasi yang mereka gelar reformis.

Diketuai oleh Badrul Hisham (yang kami pun tidak kenal) kemudian di dokong oleh Hairy (suami Nora) bersama teman- teman yang lain. Kononya patah balik sokong Khalid Ibrahim.

Rupanya ada udang disebalik mee..... mereka ini bukan patah balik tapi cuma cerdik lagi dari Ramlan. Ugutan mereka mengena. Mula mula mereka dapat buka Night walk Selayang, kutip dah deposit tapi tak jadi...dan dengar nama aktivis reformasi busuk sebab kutip deposit tetapi tak ada apa pun di Night Walk Selayang.

Kini mereka pula dapat tapak buat food court di Seri Gombak 'Uptown'. Dengar dah jalan dan ratusan ribu juga hasilnya pada peringkat awal dan puluh ribu sebulan bagi bulan seterusnya. Persoalan siapa mereka ugut nak bogel dan dapat habuan.....

Khalid begitu lemah tunduk dengan ugutan dan ini akan jadi trend....atau Khalid sengaja lakukan ini sebab mereka ialah kumpulan yang terus kutuk dan salahkan Anwar....adakah Khalid akan bela reformis bogel ini untuk serang DSAI,Azmin dan yang lain dalam parti....

Sebab sila baca link dibawah untuk nilaikan adakah Khalid takut dengan ugutan atau sengaja bagi ruang pada skuad bogel untuk jadi senjata serang Anwar dan yang lain bila dia tersepit.....

fikir - fikirkan lah......

email Pembaca : Selangor gagal memanfaatkan ruang dan peluang

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Semasa lima buah negeri dimenangi PR, saya telah menulis kepada blog MSK dan menyatakan, betapa perlunya diwujudkan satu koridor kuasa yang mampu menzahirkan corak pemerintahan berbeza antara PR dan BN.
Sayang…pandangan itu tidak disambut secara positif oleh mana-mana negeri Pakatan sehinggalah Perak hilang dari genggaman.

BN kini – sama ada secara bersembunyi mahu pun terang-terangan – memang mahu mengambil (baca: merampas) kembali negeri Selangor. Ini adalah negeri termaju di Malaysia. Negeri yang menyebabkan pemimpin UBN hilang selera tujuh hari tujuh malam apabila terlepas kepada Pakatan.

Sayangnya, Pakatan gagal memanfaatkan potensi Selangor bagi menjana sokongan berterusan kepada PR. Anda tak perlu memerah fikiran mencerna apa yang saya tulis, kerana saya akan memberikan beberapa contoh:

1. Selangor didiami oleh lebih 5 juta manusia, itu adalah rakyat Selangor dan jika dicampur dengan pelbagai jenis manusia lain yang mendatang, maka mungkin mencecah 6 ke 7 juta. Jumlah ini sudah mampu menjadi modal jangka panjang kepada Pakatan dengan syarat, Pakatan menzahirkan corak pemerintahan yang benar-benar disukai rakyat, iaitu Ketuanan Rakyat atau Negeri Adil, Mesra dan Berkebajikan. Soalannya, sudahkah angka 5 juta ini kini, benar-benar sudah diambil kesempatan oleh Pakatan dan merubah sokongan mereka daripada UBN kepada PR?

2. Selangor adalah pusat Malaysia, Lembah Kelang hakikatnya adalah Selangor dan KL adalah sebahagian daripadanya. Bayangkan, segala kemudahan, segala keperluan, segala-galanya, ada di sini. Bayangkan betapa ramai anak-anak muda dari seluruh Negara datang berkerja di sini. Bayangkan jika mereka melihat kehebatan pemerinatahan PR di Selangor dan mereka membawa info itu ke kampung mereka, di Johor, Melaka, Perlis dan sebagainya. Bukankah itu bermakna, PR Selangor sudah memberikan imej positif kepada Pakatan di Malaysia? Adakah ini sudah dilakukan oleh Selangor?

3. Selangor gagal memanfaatkan kemudahan melebarkan pengaruh kepada rakyat. Bayangkan, jika anda berkereta dari KL ke Shah Alam melalui Federal Highway atau NKVE, atau berlegar-legar di bandaraya PJ, Shah Alam, Klang dan USJ…adakah anda terjumpa mana-mana billboard yang mengetengahkan idea-idea PR, mempamerkan wajah manis pemimpin utama PR, membawa mesej kemurnian PR? Ini…dalam Isu ISA…ken apa tiada billboard yang menzahirkan sikap PR di Selangor…ada tak ada pun, mungkin satu dua yang didirikan atas inisiatif sendiri, bukan dari
kerajaan negeri sendiri secara sistematik…Sepatutnya, Selangor memanfaatkan ruang di billboard seluruh negeri mempromosikan idea PR untuk menghapuskan ISA.

4. Pemimpin PR tidak sefahaman – dan ini menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia, kerana Selangor adalah pusat – isu terbaharu mengenai rampasan arak, kenapa masih berbangkit semua ini? Kenapa tiada satu mekanisme unggul menyelaraskan segala isu melalui jalan yang lebih lunak dan berhemah? Kenapa imej DAP dan PAS dilihat selalu tegang? PR Selangor wajib memikul amanah ini dengan jujur dan tekun, bahawa Selangor memang menjadi tumpuan Malaysia dan kemenangan ini wajib disusun atur secara bersama dengan penuh bijaksana.

5. Sikap MB Selangor – seorang business man yang hebat; tetapi bukan politikus yang hebat – maaf jika saya menulis begini. Namun, saya begitu jelek melihat wanita yang menjadi model kebobrokan ’sikap’ di Malaysia masih duduk dengan bergaya di kerusi Canselori Unisel…aduh, sakit mata memandang; sakit lagi jiwa yang mengenang! Susah sangatkah MB Selangor untuk menukar semua ini?

6. Pengurusan kemenangan yang tidak bersepadu antara semua parti – sama ada diakui atau tidak, Selangor masih terjebak dalam isu perkongsian kuasa – masih terdengar rungutan dan sungutan di peringkat bawahan…dan apakah penyelesaiannya?

Dan…masih banyak yang boleh ditulis di sini, namun cukuplah dahulu. Saya hanya memikirkan, apakah MB Selangor membaca tulisan ini, adakah Hasan Ali juga membacanya…adakah Ronnie Liu juga menelitinya…atau mereka semua sibuk dengan pelbagai urusan penting di Bangunan SUK sana, maka apalah sangat tulisan rakyat kecil seperti saya ini di sisi mereka!

Lantikan ahli Majlis yang kecoh

Selangor ini memang kecoh pasal lantikan ahli Majlis. Namun oleh kerana Selangor ada MB yang pekak maka kecoh ini dia buat tak dengar. Dia cuma dengar orang rapat dengan dia sahaja yang sedia nak ampu dia bila - bila masa dia memerlukan ampu sana ampu sini.

Jangan tengok tempat lain tengok terus ke Kuala Selangor. Sehingga kini di Kuala Selangor lantikan ahli Majlis tidak lengkap, Khalid ketepikan Timbalan Ketua Cabang Kuala Selangor dan AJK yang lain. Dia hanya dengar seorang yang sedia ampu dia iaitu seorang Profesor asal keturunan Sarawak - Brunei, Prof. Razali Bolhi.

Fokus semula bantahan Cabang Kuala Selangor terhadap lantikan Ahli Majlis Kuala Selangor bernama Thirumoorthy a/l Periasamy. Ia baru masuk parti 24 April 2009 dan dilantik sebagai ahli Majlis mewakili kuota Parti Keadilan Rakyat Kuala Selangor pada Jun 2009.

Apa keistimewaannya ? Adakah kerana dia sanggup membayar RM200 menjadi ahli seumur hidup sehingga Exco Kerajaan Negeri yang juga Ketua bahagian Kota Raja sanggup menulis surat rasmi bertarikh 5 Mei kepada Setiausaha Agong bagi menghantar borang Thuri ini seorang ?

Bekas guru ini terus mendapat kedudukan ekspress menjadi ahli Majlis hasil lobi YB. Dr. A. Xavier Jeyakumar ......

Sudahlah tidak menjengok ke Cabang, mengenepikan Cabang dalam banyak hal sedangkan Jawatankuasa Cabang Kuala Selangor inilah yang sering 'cover' Khalid yang dirindui pengundi Ijok.

Malangnya lantikan seperti ahli Majlis dan seumpamanya pendapat cabang diketepikan malah tiada yang dalam jawatankuasa cabang diberi ruang apa - apa jawatan untuk menyumbang.

Pada 8 Julai yang lepas Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Selangor dengarnya sudah bermesyuarat dengan korum yang lengkap berdasarkan perlembagaan parti. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Cabang itu telah dihadiri 28 J/kuasa Cabang, AMK dan Wanita telah membuat keputusan membuat undi tidak percaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Ketua Cabang.

Malah oleh kerana kecewa dengan sikap dan kesombongan Khalid mesyuarat itu juga membuat keputusan mendesak Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan, ADUN Ijok dan MB Selangor.

Ini kerana Khalid jelas melanggar peruntukan perlembagaan parti fasal 25.10 iaitu menetapkan jawatankuasa Cabang hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan. Cabang Kuala Selangor kali terkahir bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Khalid akhir November 2008 dan selepas itu cuma mesyuarat tidak rasmi kerana Khalid mengelak untuk memanggil mesyuarat.

Sebelum ini perkara ini pernah dibangkitkan Khalid panik dan suruh YB Nik Nazmi (s/u Politik MB) serta YB Abdullah Sani,Timbalan Pengerusi Perhubungan untuk hadir bincang dengan Jawatankuasa Cabang. Persoalan kenapa perlu hantar orang lain kenapa tidak turun sendiri ? Tidak apalah khabarnya jawatakuasa cabang terima baik usaha itu, namun semua janji manis...... sehingga kini semua janji Nik Nazmi dan Abdullah Sani senyap...

Dalam bab perlembagaan rujuk 25.14.8 yang secara jelas menyatakan tanggungjawab jawatankuasa cabang ialah mencadangkan nama calon pilihanraya, ahli majlis PBT, Penghulu, AJK Kampung dan lain - lain jawatan serupa kepada Majlis Pimpinan negeri untuk pertimbangan.

Rujuk semula lantikan Thurimurthy sebagai ahli Majlis. Beliau ialah anggota Kota Raja baru beberapa bulan masuk jadi anggota. Bagaimana dia boleh dilantik sebagai ahli majlis ? Mana cadangan cabang ? bagaimana cabang nak buat cadangan Khalid pun tak panggil mesyuarat cabang ?

Dengarnya semua permasalahan ini telah ditulis dalam bentuk memorandum dan dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar telah memanggil Khalid untuk dinasihati.....namun seperti yang dijangka Khalid tidak pernah mendengar nasihat kerana egonya tinggi.....

Hasil dari dinasihati Anwar dia telah ke Kuala Selangor panggil orang - orang tertentu termasuk Prof. Razali Bolhi bersama Osman (penasihat Politik dari bandar Tun Razak yang dirusuh jaga politik Ijok).....Khalid mengarahkan semuanya bersedia dia sedang nak rancang singkirkan semua ajk termasuk pengasas keadilan Kuala Selangor Arshad yang kini menjadi timbalan selepas melepaskan jawatan ketua bahagian kerana beri laluan kepada Khalid.

Khabarnya lagi orang - orang lama KEADILAN di Kuala Selangor sudah mula bosan dengan TS Khalid yang mereka gelar Sahak ini. Rayuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sahak @ Khalid ini sudah benar - benar melampau.....buatlah sesuatu..

Hajiman ini siapa ?

Siapa Hajiman Ibrahim ?

Hajiman ialah adik Khalid Ibrahim. Ramai tahu Khalid ini amat jauh dari keluarganya yang rata - rata hidup sederhana dan belajar tak tinggi.

Namun ketika nak bertanding dalam PRU yang lalu Hajiman tiba - tiba jadi orang kuatnya. Hajiman jugalah yang terlibat buat 'collection' wang Pilihanraya untuk bantu jentera Khalid.

Semua pelik Khalid perlu dibantu jentera pilihanrayanya....jawapanya ya...jenteranya sama susah macam jentera di tempat lain.... Khalid ini memang kedekut...

Selepas Pilihanraya Hajiman memainkan peranan buat collection janji itu dan ini ....kontraktor tentu bagi sebab dia adik Khalid dan masa PRU semua orang tengok Hajiman macam orang penting.

Antara 'collection'nya ialah dengan tauke pasir. Ingat tak kita dengan Ramlan ketua geng reformis bogel ?

Ramlan ada buat pendedahan pasal Hajiman ini tetapi ketika itu ramai tak beri perhatian sebab semua tunggu Ramlan nak bogel.

Hajiman juga dilantik Khalid sebagai Ketua Kampung....??? Ha ketua kampung bukankah Khalid kata semua yang rapat denganya dan orang parti tak boleh pegang jawatan.....ni adik sendiri jadi Ketua Kampung ni ape cerita...?

Khalid bukan setakat gagal kendali negeri bahagian sendiri pun dia gagal...

Khalid Ibrahim bukan setakat gagal kawal negeri tetapi dia juga gagal kawal bahagian (cabang) sendiri.

Kami dapat maklumat sejak jadi Ketua Cabang/Bahagian KEADILAN Kuala Selangor dia telah tukar 4 / 5 orang setiausaha Bahagian dalam masa 2 tahun.

Khalid dikhabarkan masih berhutang RM 25 ribu sumbangan yang dijanjikan kepada Cabang sehingga kini habuk pun tak ada ....aktiiti Cabang terpaksa perah wang aktivis lama.

Rungutan mengenai tak turun kawasan di Ijok makin kuat kedengaran, dengarnya ada kumpulan pengundi yang nak kumpul tandantangan hantar pada DSAI untuk tolak Khalid sebagi ADUN Ijok.

Ramai ahli bukan Melayu yang masuk KEADILAN di Ijok kini sudah bosan dengan Khalid dan sudah mula begerak masuk Kelab Penyokong PAS.

Ada JDM di Ijok dah turnkan papan tanda JDM kerana bosan dengan Khalid

Khalid tidak turun tetapi asyik suruh orang itu - orang ini turun jumpa AJK tanya apa masalah tetapi tak pernah selesai.

Terbaru Osman Karim (ahli PKR Bandar Tun Razak) turun jumpa AJK Kuala Selangor dengan titlenya konon sebagai Setiausaha Khas Khalid untuk urus pentadbiran di Ijok. Kemudian datang juga Hj. Rahman, selaku pegawai khas pentadbiran urus politik di Ijok. Kehadiran kedua - dua mereka lebih memparahkan kemelut KEADILAN Cabang Kuala Selangor, ramai yang tak puas hati kerana tindakan Khalid lantik orang luar amat kurang ajar dan tak menghormati mereka.

Itu Maklumat yang kami dapati dari dengar - dengar....tunggu pengesahanya apabila kami sendiri turun jumpa orang sumber di Kuala Selangor.

Malam ini ada pertemuan dengan sumber Kuala Selangor ....esok pasti ada yang meletup !

Kami juga sedang menyusun bagaimana Khalid menghancurkan GLC Selangor dengan terus membuka ruang pada Umno dan buang orang pro Pakatan Rakyat

Kita berdemo bagai nak mati ...tapi mana MB...

Dalam kesempatan ini kami team editorial Air Mata Selangor ingin ucap tahniah kepada semua yang berani hadir dan menyatakan penentangan jelas kepada akta zalim ISA pada 1 Ogos 2009 yang lalu.

Cuma masa demo tu mana Tan Sri Khalid yer....

Bayangkan kalau MB turun dengan segala kekuatan dan namanya tentu lain kan.....

Oklah kalau takut turun demo mana MB masa kita sibuk cuba keluarkan tahanan dari lokap....

Mungkin Khalid akan kata ini kerja bodoh..... yang pandai tu Khalid dan kekasih - kekasihnya...
Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute