Ahad, 16 November 2003

Sah Khalid Ibrahim Balaci Lim Kim Hong

Kaum India perlu bertanya mengapa Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan Dr. Mohamad Khir Toyo yang bersetuju agar I City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil (Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang) di I City, Shah Alam?


Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?

Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum india yang selama ini menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, Dr. Mohamad Khir Toyo telah membenarkan pembangunan I City dengan syarat pemaju memperuntukan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I City di bawah untuk menentukan Khalid ini pembohong atau jujur.



Persoalan yang besar mengapa MB yang mempertahankan I City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Bacalah hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I City Berhad di sini.
Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute