Selasa, 3 November 2009

ISU INPENS dan Yayasan Selangor ; Khalid terus pekak

Kolej Inpens – Pakar Pindah Randah

INPENS International College is a private higher learning institution fully backed by the Selangor State Government. The college was established on 19th September 1993.”

Oleh Ibnu Khuzaimah, Zamlan Arabi

“INPENS stands for Industri Pendidikan Negeri Selangor (Selangor Education Industry). Its first campus was in the Emile Woolf building at Jalan Pudu, Kuala Lumpur. INPENS then shifted its operation to Ainomichi building in Kelana Jaya. In May 1998, INPENS was again relocated to Maxi Segar building in Pandan Perdana before moving to Section 7, Shah Alam in March 1999. Currently, INPENS International College is located in Pulau Indah, Port Klang.

Current campus has an infrastructure that is second to none and is equipped with the teaching-learning facilities. At present, INPENS is able to plan its various programmes and training on par with the need to supply skilled workers who are both dynamic and patriotic.”

Sejarah asal Inpens sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1985 bertapak di Kampus Kelana Jaya berketuakan Allahyarham Dr. Katni Kamsono Kibat, di bawah kawalan SAP Holdings dan kemudian di ganti oleh Dr Kamal Bashah di bawah kawalan Yayasan Selangor. Ia kemudian dipimpin Allahyarham Tuan Hj Ani Sujak.

Melalui laporan dalam laman webnya, Kolej Inpens sudah 5 kali berpindah randah. Pada satu ketika hanya 4 bulan di Maxi Segar Pandan Perdana sebelum berpindah ke Shah Alam.

Mengapa Kolej yang kerjanya berguling-guling ini masih dibiarkan berguling sehingga ke Kuala Selangor?
Mengapa setelah berjuta-juta dibelanjakan dengan kelengkapan yang berkelas tinggi dan international mahu berpindah ke kampung?

Jawapannya pasti ada. Mengapa IKYS Kuala Selangor yang perlu jadi mangsa atas permainan korporat di GLC Selangor?? Mengapa Inpens tidak kembali ke tempat lamanya di Shah Alam? Imej International lebih sesuai di Shah Alam atau lain-lain bandar besar.

Kursus otomotif, kecantikan dan solekan, Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara dan pendawaian elektrik ditawarkan oleh Kolej Inpens. Hah, bagaimana sebuah kolej yang sebegini berpindah randah macam berpindah rumah??

Bayangkan penempatan semula peralatan dan kos pindah. Sedikit? Do rolling stones gather mosses (say money)?

Exco Pendidikan dan Modal Insan Kerajaan Adil, beramanah, Bersih dan Berkebajikan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali nampaknya terpesona dengan geletek Nana Maidin, Takril Tasuki dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Agak menarik, Inpens juga menawarkan Sijil Elektrik MLVK. Taraf sijil ini lebih rendah berbanding sijil keluaran IKYS yang menawarkan Sijil kompetency yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga, JBE dan Persatuan Penjaga Jentera Malaysia.

Lepasan IKYS mendapat kelayakan PW1, PW2, PW3, PW4, dan sehingga chargeman jika melanjutkan kursus. Dari satu sudut tenaga pengajar IKYS lebih berpengalaman mendalam dalam bidang kompetensi elektrik.

Disinilah lojiknya Inpens “merge” dengan IKYS tetapi rencana asal merger ini tidak berlaku sebaliknya, IKYS terhalau oleh Kolej yang sentiasa berpindah randah ini. Entah pernah untung entah tidak sejak ia ditubuhkan? Menurut sumber dalaman, Inpens masih berhutang lapuk dengan Yayasan Selangor! Merger adalah lebih praktikal kerana ia mengambalikan semula Inpens kepangkuan Yayasan Selangor.

Hairan, GM Yayasan Selangor, Takril Tasuki begitu mudah mengalah malah tidak langsung mempertahankan IKYS! Seperti ada sesuatu yang tersirat. Surat arahan yang longgar dari SUK menjadi lesen untuk Inpens segera memasuki IKYS. Teori “the dream of three parties” kini sudah berasas!. SUK, Takril, dan Inpens!

Takril – Pengurus Besar Yayasan Selangor yang Non Educationist

Takril Tasuki menyertai Yayasan Selangor sebagai Timbalan Pengurus Besar II pada tahun 1998 merupakan bekas ADO Tanah di Hulu Selangor semasa pemerintahan Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib. Macam-macam cerita orang Hulu Selangor juga mengenai isu tanah di Kerling ketika beliau menjadi ADO.

Berikutan kes yang disebutkan diatas, Takril dikatakan disejukkan sebagai TPSU di Kementerian Sumber Manusia sebelum di bawa masuk oleh Tuan Hj Idrus Bahari ke Yayasan Selangor walaupun kurang disenangi oleh Dato’ Abu Hassan. Daapat difahami, Takril orang Mohd Taib.

Apabila DS Khir Toyo menjawat MB, Takril melobi jawatan Pengurus Besar melalui orang-orang kuat MB di Yayasan Selangor yang juga AJK UMNO Bahagian Sg. Besar. Dato’ Zulkarnaian Pengurus Besar tidak disambung kontrak manakala Tuan Hj Idrus Bahari, Timbalan Pengurus Besar I masuk umur bersara.

Dari segi merit dan moralnya Tuan Hj Idrus boleh dilantik menjadi GM sejak zaman Dato’ Abu Hassan malah ketika DS Khir sebagai MB kerana beliau adalah gurunya semasa menuntut di SMK Dato’ Harun dahulu namun memilih Tuan Hj Takril atau mungkin sudah menjadi rezeki dan faktor ’kejawaan’.

Sebagai gula-gula, Tuan Hj Idrus ditawarkan menjadi pengurus anak Syarikat YS iaitu YS Parking yang berorientasikan perniagaan ”parking”.

Perlantikan Tuan Hj Takril mencipta sejarah kerana satu-satunya bekas PTD yang ’non-educationist’ menjadi GM di Yayasan Selangor dan menjadi pelengkap kepada kerajaan ’jawa’ Negeri Selangor berwatak ”Kere Munggah Bale” yang menjadi penyumbang besar kejatuhan kerajaan BN kepada PR pada PRU12 .

Tuan Haji Idrus keluar ’sehelai sepinggang’ dari Yayasan Selangor dengan menumpang teduh di rumah anaknya angkara orang bawaannya dan bekas anak muridnya apabila YSP dibubarkan.

Mudah difahami ketidakupayaan Tuan Haji Takril memacu Yayasan Selangor yang ’berharta’ setaraf atau lebih hebat dengan dengan yayasan negeri lain boleh dikaitkan juga dengan ’kawalan’ pentadbiran dan politik oleh mantan MB.

Namun ia bukan alasan sekiranya beliau lebih meletakkan keutamaan kekuatan ’amanah’ melalui keazaman wawasan pendidikan yang meyakinkan seiring dengan kekuatan personaliti berbanding dengan kepentingan diri.

Melalui semakan rambang kakitangan Yayasan Selangor apabila berhadapan dengan masalah beliau lebih gemar membuat rombakan pentadbiran yang kadangkala tidak masuk akal.

Secara moral dan politik, perpindahan ke Bagan Terap adalah semata-mata keazaman para stafnya mempertahankan IKYS daripada dikuburkan dengan kesanggupan untuk berulang alik dari Kuala Selangor dan menunjukkan kegagalan besar Tuan Haji Takril sebagai anak kelahiran Kuala Selangor! MB bagaimana?

Tuan Pengurus Besar Yayasan Selangor bukan sahaja ’non educationist’ malah ’tidak ada wawasan’!

Pada tahun 2005 lawatan dari Workers Insitute Technology untuk membuka kemahiran kemahiran ’welding’ di IKYS tapi dilayan ’sejuk’ oleh Takril. Sedangkan WIT adalah badan bersifat antarabangsa dalam pentauliahan bidang kimpalan.

Begitu juga pada tahun yang sama apabila JKM menawarkan kursus jurusan pemasangan dan penyenggaraan ’air-cond’ di IKYS, beliau juga bersikap ’dingin’ tetapi tiba-tiba ’panas’ pada awal tahun ini apabila Inpens yang mempunyai kursus yang sama datang bertandang ke Kuala Selangor.

Walaupun Inpens pada awalnya tidak ’direstui’ oleh JKM kerana tidak membuat makluman perpindahan pusat latihan tetapi di atas kepintaran dan pengaruh Dato’ Mydin di SUK sambil membuat surat ’back dated’ kepada JKM memaklumkan perpindahan tersebut, maka akhirnya perintah dikeluarkan agar kursus tersebut dikendalikan Inpens.

Meloponglah Takril Tasuki kerana lakonannya hendak mempertahankan IKYS gagal! IKYS mungkin tidak diganggu-gugat oleh sesiapa jika sudah ada tiga kursus di kampus yang boleh menampung 1000 pelajar itu hanya dipenuhi oleh 200 orang pelajar jurusan elektrik.

Dengan ini terjawab sudah tuduhan yang dilemparkan bahawa IKYS tidak berusaha meningkatkan dan memperkembangkan kursus di pusat itu.

Pengurus Besar Yayasan Selangor perlu bertanggung jawab diatas kegagalannya. Pengurus Besarnya, Takril Tasuki perlu meletakkan jawatan.

Kepada Dr Halimah, ingatlah kesusahan yang di hadapi oleh pemangkin-pemangkin IKYS. Layanan biadab pegawai khas anda ketika mereka berkunjung ke pejabat anda amat dikesali. Ada yang hampir mahu membaling dan mematah-matahkan kad keahlian PAS mereka ketika itu.

Sehingga kini, belum nampak apa-apa blueprint dari exco pendidikan dan modal insan akan perancangan pendidikan di Selangor ini. Setakat yang diulang-ulang ialah hub pendidikan, perasmian, lawatan namun belum ada satu tindakan yang boleh dibanggakan untuk memperkasa industri pendidikan negeri ini.

Apakah ini kerana YB Dr Halimah juga bukan dari latar belakang pendidikan, ‘non-educationist’? Mengapa laman web-blog Dr Halimah yang one way traffic, dan tiada disertai alamat e-mail?

Kebimbangan disini adalah, jika pendidikan dan latihan di Selangor terus diuruskan secara caca marba, kemungkinan besar misi belia yang dibawa oleh MB Tan Sri Khalid akan menemui jalan buntu. ST.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erm...saya suka artikel nie...skrg nie (15th June 2010), IKYS akan ditutup sepenuhnya oleh yayasan selangor....tiada VSS @ gratuiti yg akan di offer kepada staf2...begini ruper nyer kalau pembangkang yg jajah negeri...dan begini jua permainan politik paling kotor dan jijik...moga ALLAH ampunkan dosa2 insan2 yg teringin nak tutup IKYS nie...terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

nasib para pelajar di IKYS sedang diperjudikan...IKYS diberi notis untuk penggabungan bersama INPENS..tiada hitam/putih diberikn kepada para ibubapa..pemberitahuan dalam tempoh yg singkat...dimana negeri yg adil dan berkebajikan...pelajar2 baru terpinga2....ibubapa kerisauan...fikir2 la

Tanpa Nama berkata...

IKYS sudah sampai dipenghujung nyawa, tiada siapa yang tampil dtg membela pelajar2 dan kakitangan yang akan dipindahkan ke INPENS. Fikirkan pelajar2 yang tersedia ada, mereka akan menduduki peperiksaan kompetan PWII daripada suruhanjaya Tenaga yg tersedia di tauliahkan kepada IKYS, bukan INPENS. untuk makluman, INPENS tiada pentauliahan sebagai pusat bertauliah bg manjalankan program PWII seperti IKYS. oleh itu fikirkan pelajar yg ada kini perlu mendaftar utk exm kompetan mereka. utk pengetahuan juga Suruhanjaya tenaga hanya memberi pentauliahan kepada institusi kerajaan dan separa kerajaan seperti ILP, IKM, IKBN dan IKYS (separa kerajaan). utk maklumat boleh rujuk pendaftaran pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). ST tidak mengeluarkan apa2 pentauliahan kepada kolej2 atau institusi swasta seperti INPENS dan seumpamanya, yg dibenarkan oleh ST utk kolej2 swasta cuma menjalankan "kelas" bagi calon2 yg berpengalaman bersedia utk peperiksaan ST (calon persendirian)seumpama tiusyen. sekiranya INPENS boleh memohon pentauliahan daripada ST sudah tentu byk kolej2 swasta yg akan dapat pentauliahan tersebut. perlu diingat komopetan adalah sgt berbeza dgn sijil JPK yg inpens tawarkan, perakuan kompetan termaktub di dalam akta 447 dan byk lagi klausa2 yg termaktub di dlm akta tersebut. dlm akta tersebut juga menyatakan "pemasangan elektrik" hendaklah di "kawalselia dan di endors" oleh individu yg mmpunyai sijil kompetan. oleh itu fikir2 kan lah apa yg sedang berlaku dan apa yg akan berlaku kepada IKYS yg sedang nazak di bawah tadbir yayasan selangor ini

Tanpa Nama berkata...

tak tahu nak cakap aper...tapi saya memang frust gilers....mcm nie grupernyer pembangkang memerintah negeri..hancurs impian saya nak kawen tahun nie...sebab future hubby saya kene berhenti kerja once IKYS nie tutup...dan hari nie 16.07.2010...kompem...BERHENTI SECARA TERHORMAT TANPA VSS, GRATUITI N PAMPASAN....cam SIALLLL...

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai pelajar ikys sem 1 tahun 2010 berase amat terkilan dengan perpindahan kami ke kuala selangor....mengapa perlu ikys dibuat di bagan terap sabak bernam...????mengapa tidak dibiarkan pada tempat asal ikys????pelbagai kemuskilan bermain di minda pelajar ikys.....meskipun ianya berada di pendalaman,kami sebagai pelajar sangat berpuas hati dengan ap yg kami dapat....tenaga pengajar juga menhadapi satu masalah...mereka telah mendiami ikys selama 4 tahun...dan mahu mereka berpindah dalam masa 4 hari....bagaimana dengan kehidupan mereka disini???anak2 mereka???adakah kerajaan TIDAK AMBIL peduli tentang rakyat negeri selangor....hari ini 16.7.2010 kami diberi tahu tentang berita ini..mengapa tidak sebulan yg lepas?????kenapa selapas inpens menghalau kami ke pendalaman mereka mahukan kami balik?????kami seperti sampah...sudah dibuang ditepi jalan baru hendak masukkan ke tong sampah...

Tanpa Nama berkata...

kami x paham ape kesalahan ikys...
kami dh serasi dgn kehidupan kampung...
tp ape kandaye kami bru 1 minggu masuk sudah kne pindah...
knape mase kami daftar x bagi thu yg ikys akan di pindah?????????????.......
kami plaja ikys amat2 kecewe dgn inpens....
time kasih krane menghanco kan harapan anak selango.....

Tanpa Nama berkata...

kami bru orentasi...sronok ad kwan2..sronok gn ckgu...bkan ak x tau yg sijil inpens ni x laku...x pyah nk bdohkan kami...tnpe rakyat sapela mb 2...klu kami x undi Tan Sri Khalid x akn jd mb..kang x psal2 kne pindah tmpat lin lak..dah brape kli INPENS pindh?????kdudukan pun x btol...sng2 je nk kutip kmi kt yayasan selangor..ingt ap??!!!!!!!sampah!!!!!jgn jd ****..ingt kmi ni hdap sngt gn INPENS ni..majoriti student IKYS TAK AKAN msuk inpens...

Tanpa Nama berkata...

penutupan ikys adalah perkara yg sgt rumit sbnarnya, mereka perlu mangambil kira soal pelajar, kakitangan, program dsb. penggabungan ikys-inpens sudah tentu lebih merumitkan kerana inpens adalah badan swasta sepenuhnya dgn bukti nombor pendaftaran mereka "L" (bagi pendaftaran swasta) dan "K" (bagi pendaftaran ikys iaitu separa kerajaan). kursus yang dijalankan oleh kedua2 institusi ini juga sgt berbeza. bagi mereka yg tidak faham akan mengatakan "boleh saja" digabungkan kerana kursus elektrik. tetapi sebenarnya program kedua2 ini berbeza dari segi nama, jenis, pentauliahan, grade dan level serta cabangan kementerian. semua pembaca boleh mndapatkan info JPK di bawah kementerian sumber manusia (sijil skm) dan info suruhanjaya tenaga di bawah kementerian tenaga dan teknologi hijau. jika dilihat, berdasarkan kementerian juga sudah berbeza. oleh itu fikir2kanlah

Tanpa Nama berkata...

Berita terbaru...nak dimasukkan pula ke INTRA. INTRA & Inspens tidak dpt pentauliahan dr ST utk mnjalnkn exam. Setakat sijil CIDB / JPK buang masa dan dgn berani saya katakan disini bakal majikan pun taknak ambik kerja. Lainlah ada kompeten dr ST. Majikan lebih rela ambil bangla & nepal brkerja utk buat kerja2 elektrik dr menggajikan org tempatan yg hanya ada sijil asas saja lebih murah dan mudah dicampak kemana pun. Mcm mana org kita nak maju,membangun dan naik keatas lg kalau dari awal dah dicantas & ditindas oleh org2 yg ada kepentingan. Setakat masuk INTRA/Inspens baik tak payah, nak kaut untung saja. Bagus CIDB & JPK ada usaha utk memberi ilmu kpd masyarakat, tp pd saya apa yg ditawarkan oleh CIDB & JPK sebenarnya boleh diambil bila2 masa pon hatta apabila dah berkerja sekalipon ia cuma sebagai sijil sokongan saja, tp yg paling penting dan brharga adalah mendapatkan kekompetenan dr ST. Fikirkanlah nak menduduki PW mesti ada buku log, nak ada buku log kena lah keluar latihan industrian. Intra & inspens tak ada mcm ni kan??Siapa nk membela mereka yg susah kalu bukan badan yg menggunakan nama 'yayasan'. PW1- Pw5 Ini lah yg ada sebagai permulaan utk bumiputra melangkah lebih jauh, cukup pengalaman buka syarikat sendiri, upgrade ke chargeman, buat diploma, degree dan brmacm2 lg. Saya bukan cakap kosong tp ini pengalaman sya sebagai org yg memegang kekompetenan. Lps dpt kompeten adalah keyakinan utk melangkah lebih jauh dan dianggap sebagai golongan profesional. Susah2 sgt baik budak2 ni keje cari pengalaman dpt duit, kemudian ambik kelas part time wireman/chargeman 4-6 bulan, lebih kurang kelas + pengalaman 1 - 2 tahun dah ada PW silap2 terus PW4/A0 duit pun ada pasal dah keje.. Sedarlh yg tertindas dan ditindas adalah bangsa sendiri. Saya mendoakan mereka yg mencetuskan masalah ini ahli keluarganya akan kena/merasa diperlakukan begini satu hari nanti. dan perlu ingat yg bangun akan pasti jatuh satu masa nanti. Apa dosa mereka yg berminat nak belajar dan meningkatkn taraf hidup diperlakukan begini.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih penulis di atas memberi sedikit info terbaru kepada semua anak2 dan warga ikys. seperti akrikel penulis2 d atas, sudah nyata difahamkan ikys mempunyai pentauliahan sebagai pusat bertauliah menjalankan progrm kompetan. dan apa yg di ketahui semua pentauliahan ST ini hanya dibenarkan utk institusi kerajaan/semi gov sahaja. dan setahu saya juga ST tidak dgn mudahnya memberikan tauliah kepada mana2 kolej swasta termasuklah inpens.
saya pasti akan berlaku 'havoc' diperingkat pengurusan SUK dan yayasan. apa pun harap2 smua akan sejahtera pada masa akan dtg.

Tanpa Nama berkata...

apa la nasib rakan2 staf ikys di sana tu, terkini ada info mengatakan dato maydin tidak mahu membayar gaji staf ikys yg akan berpindah ke inpens. apa hal pulak tu ye? agaknya pengurusan yayasan selangor buta dan tak pernah ambil tau akan tugas berat guru2 ikys selama hampir 10 tahun ditubuhkan. kasihan sungguh rakan2 kita di sana. utk itu siapa2 yg sepatutnya bantulah staf2 dan pelajar2 di ikys di sana

Tanpa Nama berkata...

kalau betul la mcm itu, sesuatu perlu dibuat utk mempertahankan ikys. aku pun ada mengikut perkembagan ikys ini sejak mereka bertapak di k.sel. memang mereka hanya mempunyai pelajar yg tidak sampai 300 tetapi jika diteliti semula apa yg aku tau kebanyakan pelajar yg tamat telah mendapat kerja yg berpadanan dgn kursus mereka. inpens ? yg itu aku tidak pasti, sebab aku banyak dengar komen yang negatif yg muncul dari kolej itu. aku tinggal sekitar k.selangor, sejak inpens bertapak disini byk perkara yg kurang enak didengar. ada yg kata JAIS serbu dan buat tangkapan khalwat di inpens dan macam2 lagi sehinggalah kes gaduh staf inpens dgn staf kilik kesihatan, aku pun tak tau. harap2 tidak betul la story tu, sb sebelum ni semasa ikys di sini tidak pernah pula ada kes2 mcmtu. adioss...

Tanpa Nama berkata...

terbaru ada dengar CEO yayasan selangor ada mendapatkan pentauliahan suruhanjaya tenaga untuk kolej inpens, agak meragukan kerana pentaulilahan tersebut setahu aku tidak semudah itu untuk mendapatkannya. tak sampai 2 hari dah dapat? dasyat ni, kalau macam tu aku rekemenkan kolej2 swasta yang lain pun mintak jgk. kalau dapat lagi boleh tambah untung. ST pun dah terlibat dalam politik jgk ke? susah juga ye mcmtu

Tanpa Nama berkata...

bila pulak inpens ni jadi kolej kerajaan/separuh kerajaan ? cepat betul dapt tukar status kolej, no.siri yg macam korang kata tu "L" utk inpens (swasta) tu dah tukar kepada "K" ke ? kalau betul dh bertukar mmg handal la diorg ni, sekelip mata dah tukar status.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah ader campur tgn2 ghaib,...memang swasta jd kerajaan dlm skelip mata...mcm tu jgk dgn penrauliahan ST dan sebgainyer....tgn2 keji dan hina kan ramai...diorg lah sebenarnyer penjahanam bangsa, negara...

Tanpa Nama berkata...

Dlm minggu ini ada org dr INSPENS ke ST utk merujuk soal pentauliahan ST...dan INSPENS mmg TIADA sebrg pentauliahan lg. Jadi apa cerita kenyataan Presiden INSPENS mengatakan INSPENS sudah ada pentauliahan ST dan layak menjalankan kursus & exam Wireman dan Chargeman AO sedangkan semakan yg dibuat di ST tiada. MENIPU atau sekadar SEDAPKAN HATI? Atas nasihat dr ST, INPENS diminta membuat permohonan secepat mungkin kerana kesian pd pelajar2 IKYS. Alasan kuat yg digunakan INSPENS adalah peralatan dan kelngkapan pembelajaran yg lengkap. TAPI soalnya BILA boleh lulus dan bolehkah lulus kerana INSPENS bukan status separa kerajaan!
Dpt dilihat mungkin INSPENS cuba berusaha mandapatkn pntauliahan ini agar pelajar2 yg bakal ke tempat nya tidak terlalu gusar, mungkin satu usaha yg baik dr INSPENS...tp mcm ada sebaliknya.. tidak mustahil INSPENS akan menggunakan status ini utk kepentingannya.. biasalah boleh buat kursus full/part time dan boleh dikatakan jln mudah dan cepat utk memperoleh keuntungan apabila perkara ini tidak dikawal, maka tumbulah bak cendawan selepas hujan yg lama2 kelamaan jemu dipandang. Akan lahirlah mereka yg kompeten dlm kuantiti yg banyak yg mungkin akan menjejaskn kualiti kekompetenan itu sendiri. Saya rasa sudah cukup institusi yg mendpt pentauliahan ada di negara ini. Soalnya disebalik memasukkan pelajar2 IKYS ini ke INSPENS kenapa tiada satu pun institusi yg ada pentauliahan memberi/membuka peluang kepada mereka ini utk diserapkan? saya rasa itu adalah lebih munasabah dr menunggu teka-teki dan silangkata dr IKYS dan inspens yg belum tahu nasibnya.
Terbaru ada cerita PolytechMARA menawarkn peluang kepada pelajar2 IKYS ini ke institusi mereka, jika betul itu adalah sesuatu berita yg baik dan TERIMA KASIH PolytechMARA! Cuma diharap soal yuran pembelajaran dan pinjaman dpt diurus dgn baik juga. Saya tak rasa PolytechMARA ada menyediakan kursus kekompetenan wireman/chargeman, majoriti kursusnya adalah Diploma..sekali lg jika ini yg ditawarkan kepada pelajar2 IKYS maka pelajar2 tersebut harus merebut/mengambil peluang ini dengan segera, tinggalkanlah kursus kekompetenan buat sementara, ambilah peluang utk ke Diploma ini. Nasihat kpd ibubapa /penjaga perlu mndaptkn info2 dan berhubung secara terus ke PolytechMARA agar mereka jelas dgn syarat2nya.
Kepada pelajar2 IKYS jika ada peluang yg baik jgn lah menunggu lg...rebutlah peluang ini tp harus meneliti dan mndaptkan informasi sebelum membuat apa2 keputusan...

Tanpa Nama berkata...

actually ada lg pusat yg menawarkn diri utk pelajar ikys, spt pusat latihan ybk, mereka cuba mencari jln utk pelajar2 yg tertindas di ikys, tp malangnya kebanyakan ibubapa membuat keputusan memasukkn ank2 mereka ke INPENS, sayang seribu kali sayang, mungkin parents2 ni risau ank2 mereka tiada tempat utk belajar, bukan slh mereka, yg salah adalah org2 yg menabur janji tanpa bukti yg kukuh, org yg tak salah menjadi mangsa...sedarlah org2 yg berada di atas tu, tak mustahil suatu hari nanti perkara yg sama berlaku pd ahli keluarga anda...menipu ank bangsa sendiri...

Tanpa Nama berkata...

KESAL DGN PENGGURUSAN INPENS.AKU X STUDENT 2001 BARU BELAJO KEJAP DAH KENE BUANG...TU X PER LA TAPI,BARU2 NI INPENS CALL MINTAK AKU BAYOR LAK SUKE2 ATI DIE JER DAH BERBELAS TAUN TETIBE CAL NAK MINTAK DUIT....INGAT AKU COP DUIT KER BILER CAKAP DIE ORG CKP TYUSEN PUN KENE BAYO.TUL LA ORG CKP KEREJAAN SELANGOR DAH ABIS DUIT...TAPI X PER AKU MESTI PERGI OPIS DIE,,,X LEH JDI CAMNI...KECEWE HARAP JER KATE NEGERI BERKEBAJIKAN...CAMNI KATER LAU DPT PUSAT NK BAGI PENDIDIKAN PERCUME LUPERKAN JER LA....

Tanpa Nama berkata...

Banyakkan beristigfar. Redha dengan apa yg berlaku. Terima dengan hati yg terbuka, jangan nak maki hamun.. Dapat dosa je.

Tanpa Nama berkata...

Takyah la merungut. Lgpun sekarang memang banyak jgk kolej tak diiktiraf yg tumbuh bak cendawan. Sijil tak laku. Sebelum masuk tu kaji la dulu. Salahkan diri sendiri tu kenapa pi apply.

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute