Ahad, 22 November 2009

Khalid , Guthrie dan


Khalid pernah gunakan roundtripping versi secara paling mudah untuk menipu sahabat-sahabatnya. Itu yang diceritakan dalam sebuah artikel MyKMU sini. Kami siarkan petikan artikel itu di bawah:

Pada tahun 1980an, Guthrie mempunyai sebuah syarikat kegiatan trading bernama Guthrie Trading (GTSB). Dibawah GTSB, ada anak syarikat bernama Guthrie Furniture Sdn Bhd (GFSB).

Untuk makluman, GFSB sepatutnya berperanan menjadi syarikat payung untuk membantu pengusaha-pengusaha pembuatan perabut Bumiputera. Disebabkan pengurusan yang tidak efisyen dan amanah, GFSB itu tidak memainkan peranan yang sepatutnya dan akhirnya program tersebut dihentikan. GFSB dan GTSB mengalamai kerugian besar.

Kegiatan utama GTSB adalah sebagai pembekal baja untuk kepada ladang-ladang Guthrie. Ini yang membolehkan syarikat tersebut kekal hidup walaupun sedang mengalami kerugian besar. Lesen general trading tertentu yang diberikan tidak dimanafaatkan. Syarikat pun mengalami hutang yang besar.

Apabila Khalid diperuntukan saham Guthrie dan diletakkan sebagai CEO Guthrie, dia cuba memperbaiki penyata akaun Guthrie. Antara yang dilakukannya adalah untuk mengeluarkan GTSB dan GFSB yang banyak hutang, kerugian dan bergantung hidup dengan Guthrie dengan menjual anak-anak syarikat ini.

Syarikat itu ditawarkan Khalid kepada dua orang sahabatnya dengan janji Guthrie akan kekalkan kontrak pembekalan baja dan ditambahkan kontrak tersebut. Walaupun syarikat mengalami hutang dalam belasan juta dengan Bank tertentu, ‘lembu dua ekor’ ini digula-gulakan dengan lesen general trading tersebut dan sokongan perniagaan dari Guthrie.

Dengan terjual GTSB dan anak syarikat GFSB, akaun bermasaalah ini terkeluar dari akaun Guthrie dan tercucilah penyata akaun dari jumlah yang menyakitkan mata dari operasi ini.

Guthrie selesaikan masaalah mereka tetapi lain pula cerita dua usahawan Melayu yang gopoh. Mereka terpaksa mengendung biawak hidup Guthrie – hutangnya, masaalah Bank, kerugian, masaalah dengan kesatuan sekerja, belanja pemberhentian pekerja, dan lain-lain.

Bantuan yang dijanjikan Khalid dari segi kontrak sedia ada dan sokongan dari Guthrie tidak pula kedatangan. Lesen general trading itu pun dipindahkan ke Guthrie dan tidak dikekalkan dalam GTSB seperti yang dijanji. Akhirnya GTSB dan GFSB tutup dan kedua-dua lembu tersebut bankrup.
Kami The Unspinner dok hairan macam mana Securities Commission boleh diam saja? Macam mana CIMB yang diketuai oleh Nazir Razak boleh bersekongkol bantu Khalid melakukan penipuan yang tidak beretika?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah kebijakan si gagap ni. Sekarang dia buat kerja yang sama. Beberapa kepentingan dalam PKPS sudah ditutup. PKPS landskap tutup dan beberapa bangunan industri kampong di bawah PKPS sudh diarah jual. Kilang proses keli salai di Batang Berjuntai sudah ditutup walau baru beroperasi. Khabarnya ladang buah- tropikal fruit valleypun hendak ditutup dan ditanam sawit. Sepbaik-baiknya, yang rugi atau kurang maju dibuat turn-around. Bawa masuk pakar gubal operasi.

bawa masuk orang-orang mandul dari Guthrie, apa mereka boleh buat? Pasir? Huuuh KSSB Dato Anuar, orang bengkrap dan pernah disiasat SPRM.

Kalau jual, tutup, tak payah orang ekonomi, kontraktor lesen F pun lagi pandai.

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute