Isnin, 23 November 2009

Baca yang penting di bawah itu selain dari keberanian pelajar tersebut, ialah sapa setiausaha MB yang terima memorandum tersebut. Norzatun ialah setiausaha yang diwarisi Khalid dari Khir Toyo ....woi Khalid kami naik benci dengan kamu ....nanti kata kamu disabotaj minta tolong.... tapi kamu yang bangang simpan biawak dalam pejabat sendiri....

Sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim campurtangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut.

Kolej tersebut - yang terletak di Nilai - adalah milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) di KUIS, Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil, kepada ketua setiausaha sulit menteri besar, Norzatun Aini Mohd Kassim di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) di Shah Alam jam 3.30 petang ini.

Ahmad dan kira-kira 40 pelajar KUIS tiba di bangunan SUK untuk menyerahkan memorandum itu pada kira-kira 3 petang..

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata Norzatun Aini berjanji akan akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri besar untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sejak 2007 yuran pengajian dinaikkan secara sebanyak 50 peratus yuran bagi peringkat diploma, berbanding tahun sebelumnya.

"Sebagai contoh, pelajar diploma Syariah membayar RM45 untuk satu jam kredit pada 2006. Tetapi ianya dinaikkan sebanyak RM95 pada 2007 - naik sebanyak RM50.

"Ini bermakna, pelajar diploma membayar kira-kira RM1,500 semester pada 2006. Selepas kenaikan itu, mereka kena bayar kira-kira RM 2,500 pada 2007," katanya.

Menurutnya rata-rata pelajar pengajian diploma, menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM 4,000 setiap semester.

Pelajar peringkat ijazah pula, katanya, ada antara mereka yang terpaksa membayar yuran pengajian kira-kira RM5,000 semester, sedangkan menerima pinjaman kira-kira RM 8,000 dari PTPTN..

"Baki pinjaman itu pula perlu digunakan untuk membiayai perbelanjaan seharian selama empat bulan berikutnya dan ini membebankan pelajar dari keluarga berpendapatan yang rendah," tambahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute