Isnin, 16 November 2009

Nazree menipu ?

Semalam Nazree proksi Ezam untuk jaga GERAK menafikan bahawa penglibatan PAS atau lebih tepat Hassan Ali disebalik serangan GERAK terhadap Khalid Ibrahim. Kenapa ini berlaku tiba - tiba ? Mungkin kerana Hassan Ali dan juaknya risau akan jika Nazree mendedahkan sesuatu yang benar dan tak boleh terjawab dalam keadaan dia sedang menyusun langkah memperkuatkan agenda geng kerajaan perpaduanya. Nazree mengeluarkan kenyataan setelah ditawar sesuatu oleh geng Hassan Ali bagi menutup janji lama yang tak tertunai ?

Kepada Nazree kamu budak baik jangan tertipu dengan permainan janji - janji politik.... lihat sahaja janji Ezam pada kamu.... sekarang pejabat GERAK di Kelana Jaya sudah ditutup.... GERAK hanya digunakan Ezam untuk mendapat perhatian Umno.... apabila agenda itu selesai maka pejabat gerak tidak beerti.... mujur kereta baru dan keluarga kamu masih di sara sikit - sikit oleh geng Umno yang berada di belakang Ezam.....

Umno Reform juga ada mendedahkan.

Nazree berbohong – PAS memang terlibat
Written by Webmaster
Tuesday, 17 November 2009


Nazree Yunus, Pengerusi GERAK hari ini menafikan pembabitan PAS dalam membekal fakta dan dokumentasi mengenai rasuah MB Selangor, Khalid Ibrahim. Kenyataan beliau menafikan kenyataan laman ini mengenai ada unsur penglibatan PAS dalam isu rasuah Tan Sri Khalid. Kenyataan yang di buat beliau tersiar dalam www.malaysiakini.com klik sini . Kenyataan www.umno-reform2.com mengenai pembabitan PAS boleh di akses pada capaian klik sini bertajuk Siapa tikam Khalid Ibrahim. Sungguhpun penafian itu agak lewat tetapi www.umno-reform2.com percaya Nazree kemungkinan tidak mahu melibatkan politik kepartian dalam isu rasuah ini. www.umno-reform2.com percaya dan mempunyai asas kukuh untuk menunjukkan bahawa terdapat penglibatan PAS dalam soal menjatuhkan Khalid dan ini semestinya dilakukan untuk tujuan politik tertentu. PAS akhir-akhir ini diasak dengan berbagai-bagai isu yang mampu menjejas kredibiliti beliau. Penafian Nazree hanya akan mengundang pendedahan yang lebih terperinci oleh www.umno-reform2.com dan butiran ini dipercayai akan terkeluar sekiranya prosiding mahkamah saman Khalid Ibrahim terhadap Nazree berjalan terus. PAS bagi www.umno-reform2.com semakin rancak bermain politik. Perpecahan dalam PAS tidak mungkin dapat diatasi dengan hanya seminar penyelesaian kerana sehingga hari ini – seminar penyelesaian hanya sebagai langkah politik menutup masalah yang ada. Isu berpuak-puak semakin ketara dan isu ini akan memuncak – lebih dahsyat lagi sekiranya Nik Aziz melepaskan jawatan MB Kelantan. Sehingga hari ini – percaturan pengganti Nik Aziz semakin hebat dilakukan. Isu ini semakin bergegar dan masalah ini akan membesar. Apa pun www.umno-reform2.com akan terus meneliti laman berita www.malaysiakini.com sekiranya Ketua Penerangan PAS Selangor dan mereka yang dikatakan terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Khalid berani membuat komen. www.umno-reform2.com akan mendedahkan seterusnya Penglibatan PAS dalam memastikan MB Selangor di gugurkan. Menurut salah satu sumber terdekat juga isu rasuah Khalid akan turut dibawa ke mahkamah oleh SPRM. SPRM dikatakan akan mendakwa Tan Sri Khalid dalam masa terdekat ini.

Kami kenal webmaster Umno Reform dan kami kenal Nazree mereka pernah rapat ketika bertugas di bawah sebuah institut. Kami yakin Umno Reform ada bukti yang dikatakan itu.... dedahkan sahaja.... buat Hassan Ali masuk terus lah Umno senang kami yang tinggal nak buat kerja.....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa kerajaan selangor ganggu penjaja di bandar baru bangi? sedangkan mereka semua menyokong pakatan rakyat pilihanraya lepas..kesian mereka bila stall burger, gerai nasi lemak dan goreng pisang di anggkut oleh mpkj..itu saja periuk nasi mereka selama ni..mereka cari makan dengan cara itu..tak kesian ke anak bini mereka di rumah tanpa pendapatan..yg dikejar ZON BERSIH..tak bersih pun kawasan tu kalau mereka tak berniaga..kata negeri berkebajikan..kebajikan utk rakyat..apa kebajikan ini? mereka juga tahu jaga kebersihan selepas berniaga..maaf lah..saya org PAKATAN RAKYAT yg tak akan menyokong kamu lagi..sia sia kami berjuang utk menangkan PAS di DUN BANGI..tapi ini balasan yg kami dapat utk org yg kami sokong bermati2an..zaman umno dulu tetap ada begini..tapi sekadar kompaun dan disaran mengambil permit penjaja..tak pula sampai angkut barang2nya..air mata selangor..keluarkan cerita ini..kesian penjaja yg mencari rezeki utk anak bini..mereka terinaya oleh kerajaan selangor sekarang..

airmataselangor berkata...

ini sabotaj dari penguat kuasa majlis daerah...

PBT sentiasa bertindak buruk agar kerajaan negeri dapat imej buruk tapi hahahaha khalid dan exco tidur...dgn pegawai bawah pun depa kena main

Tanpa Nama berkata...

kalau begitu jawapan kamu bongkarkan perkara ini..saya dengar cerita selepas di soal siasat oleh kawan2 dlm pakatan ini kerja ahli majlis..mana satu yg betul?

Tanpa Nama berkata...

Masa sambutan hari raya rumah terbuka Datuk hasan Ali, Nazree macam tamu kehormat. Duduk di main table bro, tak tau ke? Apasal nak jatuhkan Khalid yang memang nak jatuh dah tu?

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute