Selasa, 3 November 2009

Tan Sri Khalid - masalah pada Selangor?

ImageAzmin Ali – ADUN Bukit Antarabangsa mendesak kerajaan negeri merombak barisan EXCO dan menyifatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebagai “mahkamah”. Ini merupakan satu kejutan kepada kerajaan Selangor apabila Azmin Ali bertindak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau mengenai pentadbiran Negeri Selangor. Adakah ini sebenarnya baru dalam Selangor? Adakah Selangor sebenarnya mempunyai masalah dengan Tan Sri Khalid.? Setakat ini ramai penyokong khususnya dari gerakan reformasi yang wujud pada tahun 1998 mengkritik kuat pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid yang sebelum ini tidak pernah berada dalam sirkulasi reformasi di lantik menjadi MB Selangor setelah PRU ke 12 lalu dikatakan mentadbir Selangor dengan corak korporat. Khalid turut dikatakan tidak peka dengan perjuangan khususnya mereka yang terlibat dalam reformasi 1998. Adakah kenyataan Azmin Ali ini merupakan satu signal kuat satu pergolakan akan berlaku di Negeri Selangor? Adakah mungkin Khalid Ibrahim gagal menerajui Selangor selaras dengan apa yang mahu dan di harapkan oleh penyokong Anwar Ibrahim?

Setakat ini www.airmataselangor.blogspot.com pernah menerima berbagai-bagai e-mel yang menyuarakan ketidakpuasan khususnya golongan reformasi 1998 terhadap cara dan pentadbiran Khalid. Adakah mungkin akan terselongkar lebih banyak isu-isu mengenai cara pentadbiran Khalid Ibrahim yang sehingga hari ini masih lagi belum menyelesaikan masalah pinjaman dan saman Bank Islam yang bernilai hampir USD 18.5 juta dalam pembelian saham Guthrie. kami akan cuba mencungkil lebih banyak isu mengenai Khalid Ibrahim selain dari kes-kes yang pernah dibawa oleh perbagai pihak dalam mengemukakan laporan kepada SPRM mengenai Khalid Ibrahim. Kami pernah bertemu dengan beberapa golongan reformis yang turut menyuarakan masalah terhadap pentadbiran Khalid sebagai MB. Hari ini juga terkeluar juga dalam www.malaysiakini.com mengenai Khalid mempertahankan kedudukan Rosmah Mansur dalam UNISEL. Kenapa terdapat penentangan terhadap Khalid dan apakah yang akan berlaku kepada PR Selangor

0 ulasan:

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute