Isnin, 16 November 2009

Tan Sri sedang perangkap DSAI ?

kami team airmata selangor mulanya gembira dengan keputusan kerajaan selangor (baca: Khalid Ibrahim) menamakan DSAI sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri. Sudah tentu dengan Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berketepatan sekali , pengalaman dan kehebatan beliau dalam bidang ekonomi serta mantan Menteri Kewangan tidak dapat dinafikan . Malah masyarakat antarabangsa termasuk Turkey, World Bank [WB] dan International Money Fund [IMF] mengiktiraf teori pengurusan ekonomi global Anwar Ibrahim, dan telah melantik beliau sebagai Penasihat Ekonomi Turkey, Perunding Kewangan WB dan Penasihat Kewangan IMF.

Melalui pidato, penglibatan dan sumbangan Anwar Ibrahim dalam gerak kerja ekonomi global, membawa kepada pelbagai pengiktirafan cendekiawan antarabangsa terhadap beliau sebagai berikut: Tokoh Asia Baru oleh pertubuhan cendekiawan Filipina, Lambang Kebangkitan Tamadun Timur oleh pertubuhan cendekiawan Amerika Syarikat dan anugerah Guru Asia diberikan oleh pertubuhan cendekiawan Indonesia. Beliau juga adalah Antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia, Pemimpin Paling Baik Asia serta "Asian of the Year" oleh Newsweek International pada 1998.

Namun setelah diteliti ia mungkin jalan keluar buat Khalid yang gagal.

Khalid sedar Selangor sedikit bermasalah dari aspek ekonomi khususnya dengan kelemahan dia dalam beberapa bab pengurusan seperti pasir. Dengan menamakan DSAI sudah tentu kesalahan jika prestasi ekonomi dipertikaikan maka DSAI lah yang akan mendapat imej buruk.

Apa maksud Khalid umumkan elaun seringgit ? untuk mencadikan DSAI bahan lelucon politik ? bukankah baik terus saja umumkan DSAI sebagai penasihat ekonomi secara sukarela....

Khalid juga dikhabarkan mengidam kerusi Timbalan KEADILAN yang akan dipertandingkan tahun depan, dia tahu bukan sedikit ahli parti marah denganya dalam bab pengurusan ekonomi, bukan sahaja orang parti diketepikan malah semua kawanya seperti dari guthrie dan PNB mendapat tempat. Semua ini akan terpadam apabila strateginya mengalihkan kesalahan kepada DSAI menjadi.

Lantikan DSAI dibuat kerana Khalid sudah 'muak' dengan tekanan, dia seorang 'pengurus' yang ego maka selama ini DSAI bersungguh memberikan beberapa nasihat pengurusan di selangor yang keluhatan kucar kacir. Bukan rahsia Khalid tak dengar cakap DSAI namun mungkin kerana 'muak' dengan tekanan maka Khalid dengan egonya melantik DSAI secara rasmi tetapi paling penting adakah saranan atau nasihat DSAI akan didengar nanti ? jangan nanti jika gagal DSAI akan dipersalahkan sedangkan bab untung disapu oleh Khalid dan puak PNB serta Guthrie dan sedikit lagi oleh puak - puak exco yang mula sombong dan lupa diri. Maka kerana itu Khalid sengaja mengenakan DSAI dengan isu elaun RM 1.

Bukan setakat DSAI kalaupun penasihat dari langit kalau Khalid tak nak ubah perangai maka ia tak mebawa erti.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saetahu saya, sekumpulan MPN datang je rumah Khalid tuntut supaya DSAI dilantik. Wuihhh, DSAI yang kena datang, hanya melalui pesanan SMS dari Khalid. "Sila ke rumah saya, nak bincang"!!!????? Empat orang wakil bersama DSAI termasuk seorang naib presiden.

Khalid ke boss, Anwar boss??

Tanpa Nama berkata...

Saya tahu apa Khalid cakap bila dia di desak : " EHH, SAYA MEMANG NAK LANTIK DSAI JADI PENASIHAT EKONOMI" - Pandai.

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute