Rabu, 18 November 2009

Khalid lantik DSAI penasihat hanya untuk berlindung dibelakang DSAI ?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan kontroversi untuk mengambil alih tanggungan hutan Talam Corporation berjumlah RM391.7 juta.

Katanya, keputusan itu adalah urusan kerajaan negeri. Ia adalah satu keputusan yang sukar difahami kerana urusan ini memerlukan pemahaman yang tinggi dalam soal teknikal.

"Urusan ini menuntut seseorang yang memiliki tahap perakaunan yang tertentu untuk memahami keseluruhan proses pengambilalihan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Khalid jelas sombong dan cuba mempertahankan tindakanya dengan menyalahkan rakyat kononya bodoh dan tak paham tindakan tokoh korporat sepertinya.

Khalid juga menjelaskan, semua perkara yang berkaitan dengan pengambilalihan itu telah pun melalui proses konsultansi yang mendalam dengan para akauntan dalaman serta pengurus besar semua anak syarikat yang terlibat dalam urusan ini. Adakah ini dakwaan benar, maklumat dari dalam anak syarikat menyatakan tindakan ini hanyalah tindakan peribadi Khalid.

“Dah tentu dalam urusan ini, matlamat kita ialah untuk melindungi kepentingan awam," tegas beliau.

Ketika ditanya, siapakah konsultan dalaman yang beliau maksudkan, Khalid secara bersahaja menjawab dengan angkuh; “Konsultan itu adalah Khalid Ibrahim kerana saya orangnya yang membuat cadangan tersebut dan saya akan memastikan proses pelaksanaannya nanti."

“Dan kos untuk konsultansi dalaman itu adalah percuma melainkan saudara-saudari semua nak saya caj kerajaan negeri,” katanya memberikan jawapan umpama bola tanggung kepada pembangkang di Selangor.

Dalam pada itu, Exco Kanan Kerajaan Negeri, Teresa Kok turut mempertahankan keputusan itu sebagai satu langkah yang betul untuk menebus semula kerugian yang dialami.

Seperti biasa Exco yang menyokong Khalid membabi buta sebaliknya menyalahkan Barisan Nasional (BN) di atas kegagalan untuk mengutip semula kerugian tersebut sejak 10 tahun yang lalu.

Teresa juga mempertahankan Kerajaan Negeri yang sebelum ini diserang oleh beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat yang mempertikaikan keputusan untuk mengambilalih kerugian Talam Corp.

Katanya, setiap minggu kerajaan negeri perlu membuat keputusan melibatkan pelbagai isu dan adalah mustahil untuk Exco melaporkan kepada parti masing-masing apa yang telah diputuskan.
Beliau mengharapkan para pemimpin PKR, DAP and PAS perlu meletakkan kepercayaan masing-masing kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh PR.

Semalam seorang pemimpin utama KEADILAN telah mengirim e-mail kepada semua ahli parlimen parti itu dan juga ahli dewan undangan negeri mempertikaikan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pada 9 November lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM391.7 juta untuk sayap pelaburan Kerajaan Negeri, iaitu Perbadanan Menteri Besar membeli hutang yang ditanggung Talam Corp kepada beberapa agensi kerajaan negeri.
Jumlah hutang itu termasuklah hutang Talam dengan PKNS, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) and Universiti Selangor (Unisel).

Ini adalah satu tindakan bail out ala Bn yang merugikan negeri.

Jauh dari itu DSAI akan terpalit kerana selaku Penasihat Ekonomi beliau akan terpalit dengan tindakan salah ini sedangkan DSAI tidak dilibatkan dengan tindakan tersebut.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mula baca blog ini aku ingat ia ditulis oleh kumpulan keadilan yang kecewa dan dengki kerana tak dapat projek...

lepas itu aku ingat bukan ia ditulis oleh umno...

tapi lepas baca betul2 blog ini pertahan dsai dan rupanya ia ditulis oleh org yang sokong pakatan pertahan selangor tapi benci hassan ali dan khalid ibrahim kerana pentingkan diri

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan ulasan 1. Wahhh, beli hutang Talam. Chan Ah Chye tu siapa? Boss Talam yang pegang 5 persen saham KDEB. Pemegang saham minoriti yang paling besar. Ini cerita apa bro? Saya kenal seseorang dalam KDEB. Katanya, bab main paper shuffling ni, memang mereka pakar.. Kerajaan negeri tak perlu bayar Khallid, tapi Talam boleh tolong langsaikan hutang Khalid yang bertimbun, beratus juta tu barangkali?

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute