Rabu, 25 November 2009

Pembersihan di Selangor – ‘precedent’ yang bahaya

Laporan sedang berlakunya pembersihan di Selangor menjadi bahan yang agak panas lewat minggu yang lalu. Bagaimanapun kepanasan itu tenggelam dengan sensasi sodomi Anwar Ibrahim – Saiful Bukhari.

Laporan Sinar Harian, 5 Julai 2008, sehingga kini , Maimunah Said (Muzium), Prof Razali Agus (Unisel),Takril Tasuki dan Seorang Pengurus Asrama Yayasan Selangor merupakan antara “casualty” awal “departmental cleansing” di Selangor Negeri Maju dibawah teraju Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Takril Tasuki dan Pengurus AYS masih bertugas, malahan Takril Tasuki diberitakan akan dinaik pangkat memimpin sebuah GLC besar Selangor. Untuk satu catatan, Yayasan Selangor berada di zaman keemerosotan sejak Takril Tasuki menjadi CEO nya.

Dalam isu pembersihan ini, Menteri Besarnya Abd Khalid Ibrahim menjadi sasaran kritikan lantaran kenyaataannya yang berupa “mulut dulu baru kepala”.

Contohnya, dalam kes pemberhentian Maimunah Mohd Said, Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar menunjukan sifat “non-statemanship” dengan mudah memberi gelar “artifak” kepada Maimunah sedangkan pada masa yang sama, Khalid juga layak diartifakkan kerana usianya yang lebih. Bukankah Khalid juga layak mengisi borang Takaful warga emas Selangor? Jika sakit dapatlah meringankan kos rawatan hospital dan jika mati mendapat wang pampasan yang ciput bagi Khalid.

Pembersihan seterusnya bergerak ke UNISEL, Universiti Swasta milik Kerajaan Negeri Selangor. Professor Razali Agus menjadi pilihan untuk ditamatkan siarannya kerana tidak dikekalkan dalam jawatan sebanyak dua kali tempuh percubaan. Razali dicutikan sehingga tamat tempuhnya dengan gaji penuh kira-kira RM22 ribu sebulan.

Bagaimanapun Timbalannya, Profesor Rustam Abbas juga diperintahkan pulang ke sarang lamanya di UiTM. Pada asalnya Rustam diminta menghabiskan tempuh sebulan tetapi seminggu selepas itu arahan baru dari Pejabat Menteri Besar ialah keluar pejabat dengan segera seperti mana arahan kepada Razali Agus.

Antara Razali dan Rustam, kedua-dua mereka tidak bertemu angin dan kini dua-dua juga ditamatkan siarannya. Beberapa misteri yang tidak terongkai ditrasai dalam penamatan khidmat kedua mereka ini.

Pertama, mengapa Razali sebagai NC Unisel tidak dikekalkan ke jawatan sehingga dua kali? Siapakah yang bertanggungjawab dalam perkara ini? “Who Actually hire & fire in Selangor?”

Jika Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertanggung jawab, satu penjelasan perlu dibuat. Ini kerana dari sudut profesional amat mengaibkan bagi Razali Agus untuk diberhentikan kerana gagal dalam dua tempuh percubaan! Perlu diingat, Razali Agus bukan menjawat jawatan kerani atau pegawai rendah.

Pemberhentian Razali juga jika dijadikan sebagai kes rujukan masa hadapan akan memberi natijah yang tidak sihat dalam struktur perkhidmatan di Selangor.

Kedua, Rustam Abbas juga dihantar balik ke sarang lamanya walaupun masih ada empat bulan tempuh perkhidmatannya iaitu sehingga bulan Disember. Mengikut sumber yang boleh dipercayai dalam mesyuarat lembaga universiti, Exco Pendidikan, Halimah Ali menimbulkan isu laporan BPR terhadap Rustam.

Persoalannya apakah pihak BPR sudah menyelesaikan siasatan samada membersihkan nama Rustam atau mendakwa beliau.

Sebelum pemberhentian dua akademia ini, Hj Yahya Saari, Pegawai Khas Mentri Besar juga digantung jawatan selama dua bulan lantaran ada siasatan BPR terhadapnya kerana memberi surat sokongan kerja kepada kontraktor.

Penggantungan ini lebih bermaksud pemecatan kerana serentak itu, pihak Menteri Besar sudah menyenaraikan Saudara Zahir Hasan sebagai ganti Yahya. Kerana itu juga Hj Yahya terus menghantar surat perletakan jawatannya.

Sejak bilakah siasatan BPR dijadikan sebagai asas pemberhentian dan pemecatan? Undang-undang sendiri menjelaskan seseorang itu tidak bersalah sehingga ia didapati bersalah oleh mahkamah keadilan. Jika asas siasatan BPR diambil sebagai asas pemecatan, maka ia akan menjadi satu precedent yang amat bahaya di masa hadapan.

Bagaimana nanti jika lahir lebih ramai manusia seperti Remy Iskandar, yang mahu melapor apa yang diarahkan kepadanya tanpa usul periksa akan berlakukah pemecatan dan penggantungan segera seperti dalam kes-kes terpilih di atas?

Apakah nanti ada mana-mana pelacur diupah untuk mengaku berzina dengan menteri besar, dibuat laporan, maka Menteri Besar perlu digantong atau terus pecat jawatan?

Apakah nanti jika ada dakwaan bahawa Halimah Ali melakukan rasuah atau tindakan berunsur rasuah, maka beliau juga perlu digantung atau dipecat sebelum mahkamah membuat keputusan?

Atau… Apakah pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Khalid hari ini melakukan pembersihgan terpilih? Apakah ada usaha untuk mewujudkan sebuah Kerajaan YES Man di Selangor?. Pergerakan ke arah itu semakin menyerlah, beri sedikit masa, jawapan pasti muncul.

Selangor akan menghadapi ‘brain- drain’ dalam masa mendatang kerana rasa tidak ’secure’ untuk berkhidmat di Negeri Selangor. Akhirnya, Khalid Ibrahim sendiri perlu membuat kira-kira apakah dia juga sudah “secure’ ???

1 ulasan:

IBU TIJA berkata...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute