Isnin, 10 Ogos 2009

maaf jika anda bukan Guthrie / PNB ...

bukan rahsia, apabila Khalid Ibrahim hanya memilih golongan bumiputera yang terdiri daripada kroni beliau sendiri yang terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie untuk terlibat dalam projek dan aktiviti kerajaan negeri. Kumpulan Semesta adalah satu contoh sikap memilih Khalid ini yang mana Kumpulan Semesta terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie.

Tetapi sebelum kita teliti perkara ini kita lihat dulu Sungai Klang..... yang ada kaitan dengan Madam Low, kesayangan Khalid

Apa di sebalik Projek pembersihan Sungai Klang?

Khalid mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang dan pada 18 Mei 2009 lawatan ke Singapura dibuat untuk meneliti perkara ini dan hasilnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Apa yang menjadi pertikaian ialah tanah-tanah rezab Melayu di sepanjang 6km Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat Singapura terbabit sebagai pertukaran kepada pembiayaan pembersihan Sungai Klang.

Pertukaran ini yang menimbulkan kontroversi kerana diakhirnya siapa yang mengaut keuntungan dalam pembangunan persisiran Sungai Klang ini?

Setelah dibangunkan nanti adakah orang melayu mampu membeli semula aset-aset yang dibangunkan,sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain,dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal dan akhir sekali tanah-tanah rezab melayu tergadai tanpa pembelaan.

Pembabitan syarikat Singapura ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim.

Maknanya di atas semua ini Khalid Ibrahim sudah dikawal oleh mereka-mereka ini dalam membuat keputusan di Selangor.

Adakah ini gambaran pemimpin yang mementingkan rakyat dan mementingkan kebajikan?

Penyisihan dan layanan buruk ini adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan dan tidak patut di kala pemimpin itu sendiri dikatakan bernaung di bawah parti yang berlandaskan keadilan dan integriti.

Sebab itu kami berani menyatakan rakyat kini sedang menangis di Selangor kerana melihatkan sikap kerajaan Selangor yang hanya mementingkan diri-sendiri dan kroni-kroni sahaja.

Persoalannya, adakah kerajaan Selangor peduli?

Khalid jauh dari orang Parti KEADILAN tetapi terus mempercayai kroni dia sendiri yang baru dan lama dikenali......

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami ada bukti bgmana Ahli Majlis (AM) di MPS dlm DUN Rawang yg menyalahgunakan peruntukkan sebanyak RM2500 sebulan dgn langsung tidak menggunakan wang tersebut (krn digunakan sendiri dlm poket)sebaliknya membuat tuntutan yg mana alamat AMnya adalah alamat ADUN Rawang iaitu Gan Pei Nei. Bgmana hal ini boleh berlaku? Manakala SuPol ADUN dgn lagak angkuh tlh menamakan begitu byk tanah atas nama kroni n kaum kerabat.
Menurut k/tgn MPS yg menyebelahi PR, mereka tlh diarahkan utk menuntut semua hutang2 yg ditinggalkan olh PBT, GLC n agensi2 k'jaan BN dahulu agar k'jaan PR skang x berduit. Lihatlah akhbar Sinar bertarikh 9 Ogos 09. Ini juga melibatkan di PBT2 lain.
MB memang pekak n wajar diarak buang ke dlm Sg Klang.

Tanpa Nama berkata...

Jika dahulu Khir Toyo dikatakan "menjawakan pentadbiran Selangor", Khalid Ibrahin@Sahak pula cuba untuk "meng-Guthriekan" Selangor. Cara Khalid melantik pula ada beberapa keutamaan. Jika anda alumni dari Australia, jika anda bekas PNB, jika anda bekas Guthrie, nescaya akan mendapat tempat.

Khalid sanggup menunggu hampir setahun untuk memberikan tempat kepada Dr Rosti Saruwono untuk menjadi NC Unisel. Rosti adalah rakan Khalid dalam Alumni Australia.

Jika anda perhatikan, tidak ada kawan-kawan Khalid yang rapat dengannya mahu berkhidmat dengan nya kecuali mereka yang ada kepentingan jaga perut dan bontot.

Tanpa Nama berkata...

Kita selalu mempersoal semua perkara di keliling kita dan membuat andaian macam-macam tanpa menyelidik betul ke tidak fakta yang kita ada dan tanpa menilai apa yang kita buat (telah usahakan) selain dari bercakap semua perkara itu tidak betul.

Persoalan? Adakah TSKI betul-betul tidak membantu orang lain selain dari orang-orang tertentu sahaja?

1. Buktikan siapa yang telah dapat manafaat dari TSKI dan apa yang dia dapat?

2. Sedarkah kita bahawa segala tindakan / keputusan TSKI akan di nilai oleh pihak BN khususnya SPRM dari sudut unsur2 rasuah.

3. Adakah kita membantu TSKI dari sudut mengujudkan / membuat cadangan-cadangan perniagaan yang "melalangkaui jangkaan tangan" pihak SPRM, bermakna cadangan tu baik.

4. Adakah kita mempunyai kesanggupan untuk bersemuka dan mengemukakan cadangan-cadangan perniagaan, sanggup bersoal jawab dari sudut-sudut perniagaan, kewangan, risiko-risiko, pelaksanaan, pemasaran dll untuk memuaskan hati orang yang dipertanggung jawabkan untuk meluluskan ATAU kita lebih suka bercakap di belakang di sebabkan kita takut untuk menghadapi TSKI secara berdepan (ilmu & pglaman mungkin kurang)?

Dan akhirnya terlalu mudah untuk bercakap bhw semua perkara itu tidak betul tetapi amat payah untuk kita sama2 membuat perkara yg betul.

Tanpa Nama berkata...

Kita suka mengaitkan semua permasalahan dan penyalahgunaan kuasa sebelum-sebelum ini di Negeri Selangor ni dengan nama "Khir Toyo"

PERSOALAN NYA;

1. Betul ke kita?
2. Apa faktanya?

KES Banglo Rm 24 juta di rujuk..

A. Faktanya....

1. Khir mengaku yang dia membeli rumah terbengkalai tersebut dengan harga Rm 3.5 juta (pinjaman) + kos menyiapkan tambahan 500 - 600 ribu.
2. Andaian jumlah 4 mil.

B. Tuduhan YB Sekincan....

1. Jumlah kos Rm 24 mil.
2. YB tsb mempunyai bukti (maknanya, hitam putih senarai kerja-kerja penyiapan + baucer pembayaran).
3. Shortfall / perbezaan Rm 20 mil.

C. TEORINYA.......andaian.

1. YB Sekincan telah mendapat capaian / akses kepada doc inbois (dlm inbois ada senaraian kerja + harga) dan di sokong dengan baucer pempayaran (oleh siapa, ada no cheque + blh di perincikan). Tetapi dari mana? Kenapa YB Sekincan? ADAKAH YB SEKINCAN TELAH MEMBUAT SEMAKAN PERINCIAN TERHADAP KERJA-KERJA YANG DI BUAT DI BANGLO TSB (ada / tidak) ATAU TAKE THINGS FOR GRANTED?

Pendapat peribadi....

1. Inbois telah di keluarkan (say ABC Sdn. Bhd.) tanpa kerja di buat di tapak banglo tersebut (di luar pengetahuan pemilik) + inbois tersebut di pegang oleh "orang yang paling rapat dengan Khir Toyo".

2. Inbois tersebut di kemukakan kepada mana-mana Ketua Jab / Ceo GLC / GM Perbadanan milik Negeri dan peg tersebut memanggil syarikat-syarikat kroni untuk membuat "pembayaran bagi pihak" (3rd party payment).

3. Pembayaran tersebut di buat kepada syarikat yang mengeluarkan inbois (say ABC Sdn. Bhd) dan di janjikan "projek-projek" yang akan datang.

4. Mungkin ada 10 inbois tersebut dan setiap satu bernilai Rm 2 juta? Jumlah Rm 20 juta (shortfall)

5. Kenapa YB Sekincan? Dari mana doc inbois tu di perolehi? Jab / GLC / Perbadanan mana blh di perincikan kalau kita dapat melihat doc2 tersebut...

6. Siapa yang "sudah kene" sebab pjk2 akan datang tersebut belum di luluskan dan BN tewas dalam PRU 12?

Kesimpulan dan pengajarannya?

JANGAN KITA BERCAKAP (memutuskan) BERDASARKAN APA YANG KITA LIHAT DAN DENGAR TETAPI KITA BERCAKAP DARI APA YANG KITA NILAI. Lihat dan dengar cuma proses untuk mendapatkan fakta untuk di nilai.

Tanpa Nama berkata...

......sambungan ulasan no.4.

"SIAPA YANG KENE"....pendapat peribadi.


7. Perkara tersebut berlaku sebelum PRU 12, ini bermakna Jab / GLC / Perbadanan tersebut belum meluluskan "projek-projek akan datang" tetapi "tandamata telah di beri"?.... Sila rujuk kepada YB Sekincan memandangkan YB tersebut "mengakui dia mempunyai bukti pasal kos keseluruhan banglo tersebut". Rm 24 mil.

8. Sekitar bulan Nov / Dis 09 terdapat PERBEZAAN PENDAPAT di antara YB Hassan Ali terhadap perlantikan Mdm Law sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS..

Faktanya?

a. YB Hassan Ali melihat "Integrity" Mdm Law boleh di pertikaikan.

b. YB Teresa Kok (DAP Kinrara) menuduh YB Hassan Ali rasist tanpa menilai butiran perincian dari YB Hassan Ali...Kaitan mula terserlah antara YB Sekincan - YB Kinrara - Mdm Law (sekarang penasihat MB Inc.?)

c. Siapa Mdm Law? Kenapa di begitu kebal di PKNS? Siapa Sang Pemayung? Kenapa "Sang Pemayung" begitu kebal di PKNS?

d. Siapa yang payungkan "sang pemayung"? Kira-kira mcm payung pasar tani....? BESARRRRRRRRRRRRRR....

e. Adakah Jab / GLC / Perbadanan tersebut adalah PKNS?

So, apakah perincian yang YB Hassan Ali bawa semasa berlakunya PERBEZAAN PENDAPAT tersebut? Sila rujuk kepada YB Hassan Ali (OSA?)


............akan bersambung.

Pendapat peribadi adalah himpunan pemerhatian dan akan menerangkan permainan kuasa watak-watak tertentu yang bernama pemimpin, samada dari parti UMNO, PAS, DAP atau PKR mahupun pegawai kerajaan.

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute