Isnin, 10 Ogos 2009

Semesta lagi...



Mari kita semak asal-usul kejadian Kumpulan Semesta ini.

Kerajaan Negeri menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan memberi hak perlombongan pasir Selangor kepada lapan syarikat (majoriti milik kaum cina) iaitu 4 antaranya Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hai Tong Construction, Low hai Eng Sons Trading Sdn Bhd dan Resvil Holding Sdn Bhd.

Perlantikan Kumpulan Semesta ini adalah tanpa persetujuan exco-exco kerajaan negeri dan amat malang sekali yang menguruskan syarikat Kumpulan Semesta ini adalah terdiri daripada kroni-kroni Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu bekas pegawai Guthrie dan PNB. Dato Anuar Mohd Nor yang mengetuai Semesta juga pernah muflis dan mempunyai rekod buruk apabila bersama MTDC.

Lihat bagaimana bijaknya Tan Sri Khalid memilih kroni beliau untuk menguruskan perlombongan pasir di Selangor dan mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan negeri Selangor.

Adakah Khalid tidak pernah memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kerajaan Selangor mengalami kerugian?
Adakah nasib rakyat adalah seperti saham yang sewenang-wenangnya beliau permainkan?


Jelas sekali atas kerugian yang dasyat ini, rakyat negeri Selangor tidak perlukan C.E.O sebagai Menteri Besar mereka.
Rakyat Selangor kini sedang dibelenggu akibat kesan krisis ekonomi, tetapi Khalid Ibrahim sewenang-wenangnya mempermainkan nasib mereka dengan melantik orang-orang yang tidak layak dan culas serta menyebabkan kerugian besar kepada kewangan negeri Selangor.

Rakyat kini menangis di Selangor, persoalannya adakah kerajaan Selangor peduli?

Pelbagai cerita kita dengar mengenai kumpulan Semesta yang menguruskan perlombongan Pasir di Selangor. Terbaru adalah mengenai laporan polis yang dibuat kerana Kumpulan Semesta telah menggunakan cara 'samseng ' dalam menangani masalah pasir di Selangor.

Pernah mengulas mengenai perkara Kumpulan Semesta ini di dalam blog ini dengan seperti di bawah:

Misalnya mereka membuat unjuran RM 150 - 200 juta setahun untuk hasil pasir. Mereka menempelak kerajaan lalu sebagai rasuah dan korup kerana mengutip hasil pasir yang sedikit.

Malangnya di Dewan kita dimaklumkan sasarang tersebut jauh tersasar. Jumlah pengeluaran pasir negeri setakat ini hanya RM 22 juta. Sehingga kini kerajaan negeri hanya mengutip RM 4 juta dari doket pasir dan RM 7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Hanya RM 11.5 juta dari RM 22 juta dapat kepada kantung kerajaan.


Apa yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan Kumpulan Semesta gagal menguruskan perlombongan pasir dengan baik di Selangor.

Alasan Menteri Besar adalah dengan menyalahkan pencuri pasir yang mencuri pasir di Selangor.

Persoalannya :

Kita pun hairan mengapa curi pasir di Selangor masih berlaku biar pun Barisan Nasional telah tumbang setahun lalu.

Bukankah dahulu parti-parti pembangkang seperti DAP, Pas dan PKR menuduh terdapat ahli politik UMNO melindungi pencuri pasir di Selangor?

Sekarang siapa melindungi pencuri pasir ini lagi?

Jika dahulu saban bulan kita melihat operasi menangkap pencuri pasir ini dan juga penyitaan jentera, sekarang hampir tiada tindakan.Jika ada pun mereka bertindak seperti samseng dan kejam.

Justeru kita tertanya-tanya apakah sekarang ini terdapat ahli politik tertentu dalam kerajaan Selangor yang melindungi pencuri pasir ini?

Menurut The Star kerajaan negeri Selangor dianggarkan rugi berjuta ringgit sebulan akibat kegiatan curi pasir ini.

Siapakah yang harus bertanggungjawab sekarang?

Jika dahulu mudah menuduh orang apakah tindakan kerajaan negeri hari ini?

Tampaknya kerajaan negeri lebih berminat mencari salah kerajaan dahulu berbanding mentadbir kerajaan hari ini.

Apa sudah jadi kepada Kumpulan Semesta yang dipertanggungjawabkan dan kononnya boleh menghasilkan keuntungan sekitar RM 200 juta setahun kepada kerajaan?

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang melayu mana pandai lombong pasir, jual konsesi pasir ada laa..... kat Johor banyakkk!!!!! semua KJ punya proxy, lepas tuh jual kat Singapore.... bertongkang-tongkang......

Tanpa Nama berkata...

yang baik kita ikut, yang tak betul kita tegur cara berhemah...orang tua lebih 50 tahun pun jalan tak betul..ini kan baru setahun jagung..sama-sama lah kita buktikan kita dipihak yang benar..bantulah sesama kita. Kalau tak sis-sia je kita berperang dengan orng2 UMNO totok tu..maaf la ye

Tanpa Nama berkata...

SEMESTA tu tiada masalahnye...orang2 yang irihati je selalu tak puas hati..industri pasir ni..bukan mudah semudah MENCURI pasir..harap2 faham la. Bukan soal Guthrie/PNB..soalnya dulu tu ada pencuri. Bukan soal jumlah RM...tapi nilai sumbangan kerajaan kpd rakyat...dulu pencuri 1 sen pun tak bagi kat rakyat, semua masuk poket sendiri..skrg ada semesta..tahu gak kita mana duit pasir tu pergi..selama ni GHAIB kena kebas di toyoL je..
Kalau sesiapa berminat dgn industri pasir kat selangor...daftarlah dgn semesta..masuk la tender. Sama2 lah kita cintai alam sekitar kita demi masa depan generasi akan datang...bukan kuasa politik je kena jaga...negeri pun kena jaga gak. Pencuri tu perosak bangsa dan tanah air...nak kaya diri sendiri je...SYABAS TAN SRI KHALID, DATO ANUAR DAN SEMESTA. KALIAN lah penyelamat alam sekitar utk anak2 masa depan...

Tanpa Nama berkata...

industri pasir kat selangor ni sebenarnya da x ada, sebab
a) monopoli kerajaan selangor (semesta)
- hanya satu syarikat sahaja yang layak melombong pasir dalam selangor, tak kira tanah kerajaan / sungai atau tanah sendiri. semua kena lalu semesta
b) penyeludupan pasir negeri lain
- pasir dr perak lagi murah, lg kualiti & cda sapa nak kacau dorang masuk selangor
c) kecurian besar-besaran dalam negeri
- pencuri pasir seronok, coz bila pasir mahal dorang untung lebih, x dengar pun ada yg kena tangkap. tp cuba p tgk tepi sungai. byk lg mesin korek pasir
d) syarat dan kelayakan yang mengarut dari semesta
- daftar je semesta, xde pengalaman pun xpe, yg penting harga tinggi, dpt panggilan interview, puji semesta lebih sket dpt la tender. mmg telus dan terbuka sampai orang yg jual kek pun layak amik tender. xde PKK? xpe, janji bleh kasi masyuk sama semesta. susah nak jual coz mahal? tu ko punya pasal, sapa suruh masuk harga tinggi.

Tanpa Nama berkata...

hahaha... aku x suka semesta sebab pengurusannya bercelaru.. kenapa aku ckp mcm tuh?? sbb aku ex-staff kump semesta.. org yg pernah duduk dlm semesta je tahu mcm mana huru haranya kampeni tu.. ramai lg staff yg da berhenti sbb x puas hati dgn pengurusan.. banyak sgt penglibatan org luar.. semesta x jauh beza ngan penyangak2 pasir masa zaman BN..

Tanpa Nama berkata...

ermmm seronok jugsk bscs lsmsn ni tspi bisrlsh saya terang kan melalui pengalaman saya,bila kita mohon sebaik mungkin klu boleh tak nak mencuri, mohon ikut cara semesta tapi bla kuar tender orang lain gak yg dapat,kita buat permohonan cara tulus alasan tak hadir waktu lawatan tapak tapi berbulan berperang dgn ptg,semesta dah lulus permohonan melepas jugak ,kecewa jgn cakaplah buat kerja bersih kawasan, besar jalan, untuk kontraktor d lantik oleh semesta. bila ditanya alasan tk hadir takan kita nak bukak web 24 jam sehari maklumlah cara bersurat kan lebih afisien.saya adalah salh satu kontraktor yg amat kecewa kerna saya melayu dalam mencuba menjadi pengusaha pasir di selangor.

Tanpa Nama berkata...

Pelbagai komentar dari pembaca... tetapi apa yang pasti... YB Tan Sri Khalid perlulah mengambil tindakan. Selidik semula siapakah pemimpin SEBENAR di Kumpulan Semesta. Jika mahu terus-terusan dimalukan oleh orang ramai, silakanlah menutup mata dan telinga dan telan sahaja bulat-bulat apa yang di persembahkan oleh Pegurusan SEBENAR ini.
Buat Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta yang dilantik, tuan-tuan juga perlu berfikir secara profesional kerana tuan-tuan adalah terdiri dari golongan profesional.

Sama-samalah kita mengambil tindakan supaya rakyat menerima apa yang sepatutnya mereka terima.

Tanpa Nama berkata...

Ramli Abd Majed tk pnh ade kne mengna dn guthrie n PNB..As i Know...cmne tue??comment boleh?

Tanpa Nama berkata...

salam..sy ni staff kumpulan semesta yg dah berkhidmat hampir setahun di HQ...sy tgok berita bagai nk rak suruh semesta ttup la ape la..x pikir ke staff2 bawahan mcm sy ni, yg kerja sebagai staff2 biasa je kalau cmpny tu ditutup, mana kami nk cari keje dlm masa yg terdekat..?? pikir la sikit,jgn ikut suka hati jer...kenapa tak buang je semua director tu ganti org lain, kalau fikir diorg x bagus utk handle semesta?....ade org cop sy ni kroni pakatan sebab dpt msuk semesta.....dlu mase2 nk apply keje sni sy x tau lgsung pn pasal2 kroni2 pakatan,bn,umo,pas,dap ape benda semua tu....sy msk pn dr jobsmalaysia...ade plak org anggap sy kroni pakatan la sbab dpt msk semesta..ape hal plak?? korang x rase apa yg sy rasa selama ni.....1 benda korang fikir sendiri la, base on my experience bekerja kat sni la..

sblm semesta bukak dlu, curi pasir berleluasa kan? ade diorg bayar royalty kat tuan tanah tu??? 1 sen pn xde..semua msuk poket sendiri..

bile semesta handle..semesta bayar tau royalty kat tuan tanah..sebab kasi korek pasir kat tanah diorg....salah 1 cmpny tuan tanah tu hanya mengharapkan royalty la utk bayar gaji staf2 diorg...semesta untung byk mana pn..itu gross aje..blom tolak royalty...

pikir2 sendiri la, bayangkan lah kalau korang ade sedara mara ke, anak, kawan yg kerja sbgai staf2 bawahan yg mne xde background education yg bagus2 mcm staf2 kat site tu, kalau dibuang mereka dr kerja sbab semesta dah tutup...ape jd?? masalah menganggur bertambah tau..diorg pn kesian tau tak..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum tuan2..setahu saya berkenaan isu curi pasir ni adalah dibawah kuasa Pejabat Tanah dan Galian.Kumpulan semesta tidak ada hak untuk menangani masalah kecurian pasir.Begitu juga soal untuk menangkap atau mencegah kejadian mencuri pasir.Kumpulan semesta harus melaporkan kepada pihak PTG untuk tindakan yang selanjut nya. Kepada tuan2 yang tahu tentang aktiviti mencuri pasir ini lapor kan perkara ini kepada pihak PTG. jangan buat tindakan atau kenyataan yang melulu.Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Saya anak negeri selangor

Payeik berkata...

Cuba sekali lagi. Sekarang pengurusan tertinggi org2 br. Byk dlm proses pembetulan. Yg penting buang yg bkn real player dlm industri ni

Payeik berkata...

Betul. Terima kasih atas komen

Payeik berkata...

Betul. Terima kasih.

Payeik berkata...

Betul. Terima kasih.

Payeik berkata...

Cuba sekali lagi. Sekarang pengurusan tertinggi org2 br. Byk dlm proses pembetulan. Yg penting buang yg bkn real player dlm industri ni

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute