Isnin, 17 Ogos 2009

Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-UMNO di Selangor

Amaran kepada YB Saari Sungip dan Mereka yang Seangkatan: Kamu akan Dibersihkan

Saya telah mendapat maklumat dari salah seorang yang menghadiri mesyuarat JK Khas di Bangunan SUK pada 30 Julai 2009 sekitar tengahari. Maklumat ini datang dari aktivis PAS yang tidak sanggup melihat PAS Selangor ditunggang bagai haiwan demi kepentingan politik pribadi beberapa orang yang berkepentingan.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh penyokong2 UMNO dalam PAS Selangor. Antara yang hadir adalah Hj Yusof Ludin ( bekas SU Negeri, bekas SB Bukit Aman), Roslan SMS, Suwardi Yaakob (penasihat PJ serta lawyer yang telah dipecat Bar Council) dan beberapa tokoh yang beraliran PAS Terengganu. Rata2 mereka yang dijemput adalah mereka yang selama ini dilihat pro kepada usaha membawa PAS masuk BN.

Agenda utama mesyuarat tersebut adalah memastikan senarai wakil-wakil rakyat PAS pada PRU yang terkehadapan adalah mereka-mereka yang dikenal pasti tidak sealiran dengan Pesuruhjaya Negeri.. Dengan kata lain, wakil-wakil rakyat yang dilihat tidak bersetuju dengan usaha Dato Hasan Ali membawa PAS bekerja sama dengan BN akan dipastikan tidak menjadi calon dalam PRU yang terkehadapan ini.

Orang yang paling terkehadapan membawa idea ini dalam mesyuarat rahsia di SUK tersebut adalah Hj Yusof Ludin, YDP PAS PJU merangkap bekas pegawai Special Branch Bukit Aman. Dan idea beliau disokong kuat oleh Suwardi Yaakob, sekarang ini penasihat kuat kepada PJ.

Dalam mesyuarat tersebut, Hj Yusof Ludin telah menjalankan tugas beliau sebagai seoarng agen SB yang cukup hebat. Beliau mengutarakan betapa pentingnya wakil-wakil rakyat yang tidak “wala’” ini mesti dibuang dari senarai calon pada PRU depan.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa nama ADUN PAS yang jelas dibenci dan mahu dibunuh karier mereka telah disebut. Nama-nama tersebut adalah:

  1. YB Saari Sungib – Dia adalah “top-of-the-list”.

  2. YB Yunus Khairi dari Kuala Langat

  3. YB Dr Rani Osman – Meru

  4. YB Dr Halimah (pun disebut)

Dan ahli-ahli Parlimen yang mahu digugurkan adalah:

  1. YB Khalid Samad – Shah Alam

  2. YB Dr Siti Mariah – Kota Raja

  3. YB D Dzul – Kuala Selangor

Nama Saari Sungip adalah antara yang paling lama dibahaskan. Marah sungguh mereka ini kepada Saari Sungip. Saya rasa kerana Saari Sungip banyak mendedahkan rahsia terutamanya dari segi pemberian kontrak dan projek kepada umum.

Idea Hj Yusof Ludin ini disokong kuat oleh Roslan SMS dan Suwardi Yaakob. Hebat sungguh jarum Hj Yusof Ludin tapi tak hairan kerana background nya dilatih di Bukit Aman sebagai SB.

Bagaimana dengan Penentangan Ahli?

Pada mulanya idea “pembersihan” ini mendapat sedikit tentangan dari mereka yang menghadziri mesyuarat tersebut. Alasan utama adalah mereka takut akan tindakbalas dari ahli dan penyokong di atas keputusan yang bakal dibuat Pesuruhjaya nanti.


Tapi, Hj Yusuf Ludin memberi jaminan bahawa sejauh mana kemarahan ahli kelak, akhirnya mereka tetap akan tunduk kepada keputusan parti untuk memilih calon. Ini kerana tahap ketaatan ahli PAS ini tinggi kepada parti. Begitulah hebat Hj Yusof Ludin dari segi berhujjah kerana hujjah ini berjaya mendorong mesyuarat ke arah membuat keputusan yang seterusnya.

Natijah dari mesyuarat tersebut, ditubuhkan sebuah JK Khas yang bersifat rahsia terus dibawah Dr Hasan Ali bagi mengkaji serta menyiasat senarai calon yang baru.

Dengan kata lain, bagi senarai calon yang tidak disukai, JK Khas ini akan mengumpulkan sebanyak mana fakta dan hujjah, samada betul atau tidak, untuk digunakan bagi memastikan calon itu tidak dicalonkan.

JK ini juga akan mengkaji orang-orang yang hendak mereka naikkan sebagai wakil rakyat yang kelak akan menjadi pengikut setia kepada Dato Hasan Ali dan agenda beliau untuk menjadi MB dan berkawan dengan UMNO itu.

Di dalam organisasi PAS, kita sudah ada Jabatan Pilihanraya Negeri yang bertanggungjawab ke atas urusan menyenaraikan calon. Biasanya senarai calon akan dipersetujui oleh Perhubungan Negeri.


Siapa dia Suwardi Yaakob?

Suwardi Yaakob ini bekas calon PAS di Perlis pada 1999. Beliau adalah seorang peguam yang telah dipecat dari Bar Council atas kesalahan disiplin. Biasanya Bar Council sukar untuk memecat ahlinya kecuali ahlinya telah melakukan penipuan terhadap anak guam mereka secara jelas dan terang.

Suwardi ini juga adalah rapat dan menjadi penasihat kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Dr Harun Din. Tidak hairan kedua-dua tokoh ini pro kepada PAS bekerjasama dengan UMNO.

Suwardi inilah ”culprit” sebenar. Oleh kerana background beliau adalah lawyer maka beliau mampu meyakinkan beberapa pimpinan Pusat untuk mempercayai berita-berita karut berkenaan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Dalaman PAS Selangor

0 ulasan:

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute