Selangor ini memang kecoh pasal lantikan ahli Majlis. Namun oleh kerana Selangor ada MB yang pekak maka kecoh ini dia buat tak dengar. Dia cuma dengar orang rapat dengan dia sahaja yang sedia nak ampu dia bila - bila masa dia memerlukan ampu sana ampu sini.
Jangan tengok tempat lain tengok terus ke Kuala Selangor. Sehingga kini di Kuala Selangor lantikan ahli Majlis tidak lengkap, Khalid ketepikan Timbalan Ketua Cabang Kuala Selangor dan AJK yang lain. Dia hanya dengar seorang yang sedia ampu dia iaitu seorang Profesor asal keturunan Sarawak - Brunei, Prof. Razali Bolhi.
Fokus semula bantahan Cabang Kuala Selangor terhadap lantikan Ahli Majlis Kuala Selangor bernama Thirumoorthy a/l Periasamy. Ia baru masuk parti 24 April 2009 dan dilantik sebagai ahli Majlis mewakili kuota Parti Keadilan Rakyat Kuala Selangor pada Jun 2009.
Apa keistimewaannya ? Adakah kerana dia sanggup membayar RM200 menjadi ahli seumur hidup sehingga Exco Kerajaan Negeri yang juga Ketua bahagian Kota Raja sanggup menulis surat rasmi bertarikh 5 Mei kepada Setiausaha Agong bagi menghantar borang Thuri ini seorang ?
Bekas guru ini terus mendapat kedudukan ekspress menjadi ahli Majlis hasil lobi YB. Dr. A. Xavier Jeyakumar ......
Sudahlah tidak menjengok ke Cabang, mengenepikan Cabang dalam banyak hal sedangkan Jawatankuasa Cabang Kuala Selangor inilah yang sering 'cover' Khalid yang dirindui pengundi Ijok.
Malangnya lantikan seperti ahli Majlis dan seumpamanya pendapat cabang diketepikan malah tiada yang dalam jawatankuasa cabang diberi ruang apa - apa jawatan untuk menyumbang.
Pada 8 Julai yang lepas Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Selangor dengarnya sudah bermesyuarat dengan korum yang lengkap berdasarkan perlembagaan parti. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Cabang itu telah dihadiri 28 J/kuasa Cabang, AMK dan Wanita telah membuat keputusan membuat undi tidak percaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Ketua Cabang.
Malah oleh kerana kecewa dengan sikap dan kesombongan Khalid mesyuarat itu juga membuat keputusan mendesak Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan, ADUN Ijok dan MB Selangor.
Ini kerana Khalid jelas melanggar peruntukan perlembagaan parti fasal 25.10 iaitu menetapkan jawatankuasa Cabang hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan. Cabang Kuala Selangor kali terkahir bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Khalid akhir November 2008 dan selepas itu cuma mesyuarat tidak rasmi kerana Khalid mengelak untuk memanggil mesyuarat.
Sebelum ini perkara ini pernah dibangkitkan Khalid panik dan suruh YB Nik Nazmi (s/u Politik MB) serta YB Abdullah Sani,Timbalan Pengerusi Perhubungan untuk hadir bincang dengan Jawatankuasa Cabang. Persoalan kenapa perlu hantar orang lain kenapa tidak turun sendiri ? Tidak apalah khabarnya jawatakuasa cabang terima baik usaha itu, namun semua janji manis...... sehingga kini semua janji Nik Nazmi dan Abdullah Sani senyap...
Dalam bab perlembagaan rujuk 25.14.8 yang secara jelas menyatakan tanggungjawab jawatankuasa cabang ialah mencadangkan nama calon pilihanraya, ahli majlis PBT, Penghulu, AJK Kampung dan lain - lain jawatan serupa kepada Majlis Pimpinan negeri untuk pertimbangan.
Rujuk semula lantikan Thurimurthy sebagai ahli Majlis. Beliau ialah anggota Kota Raja baru beberapa bulan masuk jadi anggota. Bagaimana dia boleh dilantik sebagai ahli majlis ? Mana cadangan cabang ? bagaimana cabang nak buat cadangan Khalid pun tak panggil mesyuarat cabang ?
Dengarnya semua permasalahan ini telah ditulis dalam bentuk memorandum dan dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar telah memanggil Khalid untuk dinasihati.....namun seperti yang dijangka Khalid tidak pernah mendengar nasihat kerana egonya tinggi.....
Hasil dari dinasihati Anwar dia telah ke Kuala Selangor panggil orang - orang tertentu termasuk Prof. Razali Bolhi bersama Osman (penasihat Politik dari bandar Tun Razak yang dirusuh jaga politik Ijok).....Khalid mengarahkan semuanya bersedia dia sedang nak rancang singkirkan semua ajk termasuk pengasas keadilan Kuala Selangor Arshad yang kini menjadi timbalan selepas melepaskan jawatan ketua bahagian kerana beri laluan kepada Khalid.
Khabarnya lagi orang - orang lama KEADILAN di Kuala Selangor sudah mula bosan dengan TS Khalid yang mereka gelar Sahak ini. Rayuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sahak @ Khalid ini sudah benar - benar melampau.....buatlah sesuatu..
Laman sekutu
Blog Archive
-
▼
2009
(50)
-
▼
Ogos
(15)
- janji tinggal janji.... Khalid dibuang cabang sendiri
- Khalid jadi cacing kepanasan
- Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menen...
- maaf jika anda bukan Guthrie / PNB ...
- Semesta lagi...
- Kami punya bukti SEMESTA lindungi kegiatan curi pasir
- Kenapa Xavier perlu sibuk-sibuk di Cabang Kuala Se...
- Ahli Majlis Perbandaran Selanyang tidur ?
- Isu arak MBSA apa yang berlaku ?
- Khalid Ibrahim tunduk dengan ugutan bogel
- email Pembaca : Selangor gagal memanfaatkan ruang ...
- Lantikan ahli Majlis yang kecoh
- Hajiman ini siapa ?
- Khalid bukan setakat gagal kendali negeri bahagian...
- Kita berdemo bagai nak mati ...tapi mana MB...
-
▼
Ogos
(15)
Pengikut
Selasa, 4 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
siapa kami
blog ini dikendalikan oleh sekumpulan aktivis reformasi yang amat kecewa dengan kesombongan Khalid Ibrahim dan kegagalan serta kelemahanya menjalankan tugas sebagai MB. Kami telah menegur secara elok, sampaikan juga kepada pimpinan parti namun keadaan tidak berubah maka kami putuskan untuk menerbitkan blog ini.
Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.
Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB...ketika Anwar keluar Khalid masuk parti....kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya...
namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu...
kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu...
Kami boleh dihubungi di airmataselangor@gmail.com
Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.
Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB...ketika Anwar keluar Khalid masuk parti....kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya...
namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu...
kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu...
Kami boleh dihubungi di airmataselangor@gmail.com
6 ulasan:
memang btl la...sahak ni dah x btul kot...dia ni nak rosakkan parti dan bkn nak jg parti...klu terus mcm ni, khir toyo akan gelak semula sbb bn akan rampas selangor sbb sahak yang x waras ni
Sebuah Ranting PKR di Pasir Tuntunf, sebelah rumah Hajiman akan di buka. Ironisnya, Hajiman yang mahu jadi ketua. Bolehkah? Dia adalah Ketua Kampung. Ketua Kampung tidak dibenarkan memegang jawatan parti. Hebatnya, Hajiman diberitakan akan bawa Khalid Ibrahim buat pelancaran, betul ke? Hebat, kalau ini betul jelas sekali, Khalid Ibrahim sudah bengkrap pemikiran politiknya. Malah dia tidak pernah punya fikiran politik yang bagus. Zero!
Professor Kangkung. Professor, Dato' Seri, Dr Razali Bolhi. Cuba semak di Sawarak, tanya Hafsah Harun, Granda Aing atau mana-mana geng PKR Sarawak. Siapa dia ni?
apa kurangnya dengan ketua amk bahagian k.selangor tu..kalau x silap faizal baharudin. dengar cerita masuk keadilan baru 2007 lepastu ambil jawatan ketua tanpa ada mesyuarat agong. alasan ketua lama lari.
perangai lagi teruk dari pemuda umno. pau kontraktor sana sini untuk lobi projek. sorang cina k.selangor dah buka cerita untuk dapat projek PKPS.
sekarang ni dengar cerita melobi kuat untuk jadi ahli majlis. tengok jelah perangai dia bila dah jadi ahli majlis nanti.
Pembetulan. Thirumurthy jadi ahli PKR pada JUn 2009, bukan 2004.
perkara seperti tiru tiru Thirumooty sudah lama sejak pru12. apa penyangak Tukang cabut gigi tu bapa pada samy voollo. bukan reformasi lagi =preformasi=
Catat Ulasan