Memorandum itu diberitakan antara lain membidas Khalid kerana gagal memimpin Cabang Kuala Selangor. Dinyatakan juga kegagalan Khalid memanggil mesyuarat Cabang Kuala Selangor melebihi 9 bulan sejak November 2008. Kegagalan ini amat bersalahan dengan perlembagaan Parti, kata sumber tersebut. Sumber itu juga menegaskan Khalid Ibrahim sejak memimpin Cabang Kuala Selangor sudah menukar 5 Setiausaha Cabang.
Selain itu juga, tindak-tanduk Khalid membelakangkan parti dan mengetepikan perlembagaan parti dalam perlantikan Ahli-ahli Majlis juga mendapat bantahan keras dari JK Cabang Kuala Selangor.
Perlantikan Thirumoorti Periasamy yang baharu menjadi ahli parti tidak sampai dua bulan menimbulkan kemarahan anggota parti. Perlantikan ahli majlis masih tidak mengikut pra-syarat yang disebutkan oleh Khalid sebelum ini. Misalnya syarat berkelulusan minima SPM. Namun Khalid sendiri melantik yang tidak berkelulusan. Pendek kata Khalid @ Sahak ni, lidah bercabang, biawak.
Pecat Pegawai Khas - Zefri Miskon
Pada 8 Ogos yang baru berlalu, Khalid Ibrahim memecat Zefri Miskon sebagai Pegawai Khas DUN Ijok. Alasan yang Khalid berikan ialah Zefri dikatakan turut sama menyokong memorandum undi tidak percaya terhadap Khalid sebagai Mb, ADUN dan Pengerusi Cabang. Bagaimanapun Zefri masih belum dipecat sebagai Setiausaha Cabang. Kita tunggu dan lihat beranikah Khalid dia berbuat demikian. Keadilan perlu diberikan kepada Zefri, Khalid sebaliknya perlu dihukum!
Ini amat hairan kata satu sumber dari Ijok.Mengapa ada pegawai lain yang juga AJK Cabang turut menyokong memorandum itu tidak dipecat jika itu isunya. Oh, mungkin Sahak sudah cuba bermain api politik. Akan terbakarlah dia nanti. Bara yang merah ibarat lahar gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa sahaja lagi.
Sumpah Setia Ala UMNO.
Kelmarin, Khalid, dalam kegawatan kehilangan kepercayaan dan mula dibenci pengundi di Ijok, memanggil seramai 17 Ketua JDM, dan memberi penjelasan mengapa dia memecat Zefri. Diakhir persembahannya, satu ikrar angkat sumpah taat setia dilaungkan oleh semua Ketua JDM Ijok yang ramai terpinga-pinga. Ini semua ala UMNO, cara UMNO. Malu benar jika Selangor terus berMBkan Khalid.
Kita masih segar dalam ingatan bagaimana sigagap ini tersasul - "undilah Barisan Nasional", lewat PRK Ijok 2007.
Khalid dan Isu Arak.
Jelas sekali mamat Khalid ni kurang arif dan sensitif sentimen Islam. Hari ini dia ulang cara lama dia, "pass the buck". Dia melepaskan tanggungjawab itu kepada Persekutuan. Tak gunalah jadi kepala negeri jika tidak faham peruntukan-peruntukan kecil dalam Enakmen Kerajaan Negeri. Lebih baik jadi kepala hangguk sahaja.
Khalid dan Malik Imtiaz Sarwar.
Ini bukti jelas Khalid Ibrahim tidak ada sensitiviti langsung. Dia memilih Malik Imtiaz menggantikan Sulaiman Abdullah sebagai peguamnya. Tidak kah Khalid tahu Malik Imtiaz ini selalu membantai Datuk Seri Anwar Ibrahim? Kurang sangat kah peguam dari kalangan Pakatan Rakyat? Bangsat betul manusia bernama Khalid ini. Dilaporkan Anwar sudah beberapa kali menegur Khalid akan tingkah laku bebalnya, tetapi dia lebih suka ikut keras kepala dan ego nya.
Selangor tidak akan mampu bertahan jika terus dipimpin oleh Khalid. Fikir-fikirkanlah.
4 ulasan:
zefri tu lah jentera khalid masa PRU12 dipecatnya..dia dah tak ada jentera lagi. memang saja #@&* la dia ni
Seburuk manapun gambaran yang diberikan pada Zefri, dia tetap berjasa kepada parti dan TSKI. Bagaimana dengan Osman Karim dari Bandar Tun Razak yang kini menjadi penyelaras DUN Ijok? Bagaimana dengan Hj Rahman Yaakob berusia 64 tahun yang kini menggantikan Zefri? Mana asal usul dia? Bila dia jadi ahli parti? Tahu sangatkah dua manusia ini lopak, lorong dan solok di Ijok?
Bodoh dan bengaplah semua orang Ijok hingga tidak layak untuk berkhidmat dikampong sendiri...
Hari ini nyawa politik Khalid Ibrahim bergantung kepada seorang bekas Ahli Majlis Daerah. Khalid puji dia, setelah dia pusing 360 darjah..
Hentikan Air Mata Selangor!
klik nie : http://tinyurl.com/airmata
dah memang pengikut PKR semua bebal,nak kata macam mana... tengok umno dan pas... steady..
Catat Ulasan