Selasa, 4 Ogos 2009

Khalid bukan setakat gagal kendali negeri bahagian sendiri pun dia gagal...

Khalid Ibrahim bukan setakat gagal kawal negeri tetapi dia juga gagal kawal bahagian (cabang) sendiri.

Kami dapat maklumat sejak jadi Ketua Cabang/Bahagian KEADILAN Kuala Selangor dia telah tukar 4 / 5 orang setiausaha Bahagian dalam masa 2 tahun.

Khalid dikhabarkan masih berhutang RM 25 ribu sumbangan yang dijanjikan kepada Cabang sehingga kini habuk pun tak ada ....aktiiti Cabang terpaksa perah wang aktivis lama.

Rungutan mengenai tak turun kawasan di Ijok makin kuat kedengaran, dengarnya ada kumpulan pengundi yang nak kumpul tandantangan hantar pada DSAI untuk tolak Khalid sebagi ADUN Ijok.

Ramai ahli bukan Melayu yang masuk KEADILAN di Ijok kini sudah bosan dengan Khalid dan sudah mula begerak masuk Kelab Penyokong PAS.

Ada JDM di Ijok dah turnkan papan tanda JDM kerana bosan dengan Khalid

Khalid tidak turun tetapi asyik suruh orang itu - orang ini turun jumpa AJK tanya apa masalah tetapi tak pernah selesai.

Terbaru Osman Karim (ahli PKR Bandar Tun Razak) turun jumpa AJK Kuala Selangor dengan titlenya konon sebagai Setiausaha Khas Khalid untuk urus pentadbiran di Ijok. Kemudian datang juga Hj. Rahman, selaku pegawai khas pentadbiran urus politik di Ijok. Kehadiran kedua - dua mereka lebih memparahkan kemelut KEADILAN Cabang Kuala Selangor, ramai yang tak puas hati kerana tindakan Khalid lantik orang luar amat kurang ajar dan tak menghormati mereka.

Itu Maklumat yang kami dapati dari dengar - dengar....tunggu pengesahanya apabila kami sendiri turun jumpa orang sumber di Kuala Selangor.

Malam ini ada pertemuan dengan sumber Kuala Selangor ....esok pasti ada yang meletup !

Kami juga sedang menyusun bagaimana Khalid menghancurkan GLC Selangor dengan terus membuka ruang pada Umno dan buang orang pro Pakatan Rakyat

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kata Kerajaan Negeri Baru pimpinan Khalid tidak mengamalkan Nepotisma,tetapi macamana Adik Sendiri dilantik jadi ketua Kampong ni? Kata tidak boleh pilih mereka yang ada jawatan dalam Parti, Kenapa dah pilih baru suruh letak jawatan? Sepatutnya dia kena letak jawatan dulu baru lantik sebab syaratnya tiada orang politik dilantik jadi Ketua Kampong, ini sudah cakap tak serupa bikin.

Inilah rupanya kerajaan yang dikatakan BERSIH, TELUS dan TULUS ini?

Aduhai Khalid. Sejak kamu jadi Menteri Besar, kepala kamu semakin besar. Dalam rekod perlantikan semuanya mengikut kehendak kamu.

Tanpa Nama berkata...

Awas! Sesiapa yang didapati menulis di dalam Airmata Selangor akan dipecat sebagai ahli parti! Itulah antara kata dua yang Khalid ucapkan dalam mesyuarat perhubungan yang terbaharu, dihadiri hanya 13 orang datang dari semua Cabang di Selangor.

Wah, dia bercakap panjang lebar tentang Airmata Selangor. Tak taulah kalau dia sendiri meleleh airmata tiapkali nak tidor.

Nampaknya Mamat Khalid ni dah macam hakim gegula hacks. Dia cadang, dia bicarakan dan dia hukum.

Mamat Khalid ni lupa, kesalahan yang besar dalam parti ialah melanggar perlembagaan parti.

Oh ya, kita juga dah dengar, mamat Khalid ni dan mula berkempen untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Khabarnya semasa di Kuching Sarawak dia sempat berkempen sehingga terlupa dia di sana atas urusan negeri, mengiringi Al Sultan ke program Majlis Raja-raja.

Kini Khalid semakin gah mahu jawatan. Mungkin esok bila dia rasa dia semakin kuat, dia akan lawan Presiden, mungkin juga nak jadi ketua umum?

Semalam saya sempat minum kopi dengan seorang pengamat politik. Katanya, dia hairan kenapa Khalid amat perlahan. Dia gelar Khalid Mr. KIV. Yes Mr. KIV

Tanpa Nama berkata...

Terbaharu!!!!

Khalid akan pecat beberapa pegawai tempatan di Pejabat Kerja Mb di Ijok untuk memberi tempat yang mutlak kepada pemain-pemain import.

Alahai Khalid...

Tanpa Nama berkata...

Pengumuman Penting :

Khabarnya balaci nombor satu Khalid ialah seorang Datuk Sri Professor dan seorang doktor. Rupanya dari Sarawak. Tup-tap, kami dapat laporan orang PKR (berjawatan) Sarawak bertanya, ehhh bila dia ni dapat Dato' Sri? Professor lagi?

Kata sahabat dari Kuala Selangor, dia ni lah yang kuat puji Khalid.

Alahai Khalid. Guane mu?

Tanpa Nama berkata...

Mengulas sedikit akan senario pertelagahan pendapat antara dua Exco, Hasan Ali dan Ronie Liu dalam isu arak.

Kami pernah mendapat maklumat bahawa Khalid sepanjang menjadi MB tidak pernah memberi ruang kepada PAS untuk menegakkan sinar Islam melalui mesyuarat EXCO. Ini diakui oleh Dato; Hasan sendiri.

Jelas sekali Khalid ini kurang minat dan cetek pandangan dalam Islam. Baru-baru ini jelas melihatkan betapa ceteknya pengetahuan Khalid. Dia mencadang supaya diujud mekanisma kutipan zakat dari bukan Islam.

Yang kita tahu dalam Islam ada jizyah atau cukai kepala, itupun jika pemerintahan Islam ditegakkan.

Khalid, oh Khalid.

Sejak kamu jadi MB, apa sangat yang kamu buat untuk agama kamu?

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute