Saya merupakan 'blogger' yang mengendalikan beberapa laman blog dan turut terlibat dalam sebuah news portal. Ini bukanlah email pertama yang dihantar kepada DSAI atau pemimpin keADILan, PAS mahupun DAP. Saya bukan ahli mana - mana parti tetapi keperihatinan saya hanyalah untuk melihat sebuah kerajaan PAKATAN RAKYAT yang kuat dan benar - benar mampu merialisasikan manifesto yang dijanjikan.Sebagai seorang wartawan dan blogger saya mendapat perbagai maklumat dari bukti / dokumen salah guna kuasa pemimpin BN hinggalah pemimpin PAKATAN. Rungutan dan komen 'rakyat biasa' mengenai perbagai perkara juga sering dilontar memalui blog, email mahupun surat kepada editor di laman news portal saya bertugas.
Kali ini saya ingin memohon 'campur tangan' atau pandangan jelas/keras Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan rungutan dalam Selangor.
- Kelompok peniaga sudah mula 'bising-bising'
- melalui maklumat percampuran sehari hari dan email yang dihantar kelompok peniaga sederhana dan besar sudah mula merungut, khususnya kontraktor mengenai kelembapan ekonomi Selangor. Semuanya berjalan terlalu pelahan. Keputusan tidak boleh di buat. Projek besar tertangguh tanpa mengetahui status. Beberapa projek besar seperti KLORR yang menghubungkan Kajang (Sg. Ramal - Karak) yang telah di luluskan pertukanya oleh Kementerian Kewangan tetapi sehingga kini gagal mendapat perhatian Menteri Besar. Projek seperti ini di lihat mampu untuk merancakkan semula ekonomi Selangor. Malangnya bulan hadapan jika tiada perkembangan mengenai projek ini maka MOF akan menarik semula projek ini dan memindahkan peruntukan ke Sabah.
- isu air yang tidak kesudahan
- sememangnya di akui Selangor / KL - sistem pembekalan airnya sudah dimonopoli oleh Puncak Niaga (TS Rozali) yang merupakan kroni Umno secara 'brutal', dengan tarif air yang menggila sudah tentu menjanjikan TS Rozali yang kaya raya dan rakyat makiin menderita. Maka janji air percuma oleh TS Khalid sedikit memberikan nafas lega. Namun sehingga kini sebenarnya tiada istilah air percuma tersebut. TS Rozali terus menikmati keuntungan. Malah lebih muda kerana mendapat jutaan ringgit (11juta sebulan dibayar oleh KDEB) sekali bayar oleh anak syarikat kerajaan negeri bukan dari kutipan kaunter bil. Menjelang Mac 2009 tarif air akan dinaikan. Sememangnya Datuk Seri Najib musuh politik keADILan tetapi dalam bab air ini Najib selaku pengerusi SPAN telah banyak beralah dalam membolehkan pengambilalihan air Selangor oleh kerajaan negeri. Malah sepatutnya tarif air naik Januari ini tetapi melalui SPAN ia telah ditangguhkan sehingga MAc 2009 untuk membolehkan kerajaan Selangor menyelesaikan segera proses pengambil alihan dan kenaikan taif tidak berlaku. Namun sehingga kini kelihatan TS Khalid seolah hilang punca dalam isu ambil alih air ini. Yang diketahui ratusan mesyuarat dibuat sehingga lewat malam namun hasilnya hanya air liur. Penyelesaian yang tidak produktif antaranya ialah mengupah price water house RM200 ribu untuk membuat audit dan menambah RM200 lagi untuk meendapat kebenaran menggunakan nama Price Water House dalam laporan. menjelang MAC 2009 tarif air pasti naik 37 % dan akan kedengaran pula kerajaan Selangor menyalahkan kerajaan Bn yang terdahulu. Rakyat akan menjadi lebih bosan kerana sudah diberi kuasa tetapi keADILan asyik menyalahkan kerajaan lama.,.....maka apa guna diberi kuasa.???
- GLC / kontrak kerajaan yang tidak tersusun dan terus dipunggah UMNO
- soal GLC ini juga soal serius. Sebagai tokoh korporat amat memalukan kerana masalah penyusunan GLC dan kontrak kerajaan ini gagal diselesaikan oleh TS Khalid.
- Yayasan Selangor sehingga kini masih dikuasai oleh puak - puak Umno. Isu borang tender barangan bermasak rm2000 masih tidak mampu diselesaikan oleh MB lagi walaupun exco berkaitan sudah menyerahkan laporan.
- Tidak masuk akal langsung setiausaha sulit Dr. Khir Toyo kini sudah jadi setiausaha sulit Menteri Besar Selangor.
- GLC masih banyak yang gagal di susun oleh MB selaku pengerusi semua GLC selangor.... di akui bahawa bukan mudah untuk mencari yang layak menaungi GLC besar. Amat setuju GLC besar yang membuat keuntungan khususnya yang 'kepala' GLCnya sanggup mengikut arus harus di kekalkan. Seperti KDEB/Peransang di mana Presidenya kelihatan begitu menyokong Datuk Seri dan Tan Sri harus dikekalkan lagipun beliau mampu membawa keluar syarikat gergasi selangor tersebut dari beban hutang kepada membuat keuntungan besar. Tetapi bagaimana dengan GLC lain yang sudah memang membuat kerugian. Tukar sahaja segera. Tetapi nampaknya MB tidak menumpukan GLC lain malah membiarkan GLC lain menyalurkan dana secara tidak lansung kepada Umno. Sebaliknya MB mengambil jalan mudah terus 'menyerang' KDEB dengan perbagai perkara seperti membayar air percuma atas nama kerajaan selangor. terbaru maklumat dari Perbendaharaan Negeri Selangor KDEB di minta memberikan RM6.5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Selangor. Dr. Khir yang 'tamak' gagal menjahanamkan KDEB kita gusar TS Khalid yang terlalu berhati - hati hingga tidak buat apa 'berjaya' menjahanamkan KDEB.
Laman sekutu
Blog Archive
-
▼
2009
(50)
-
▼
Julai
(12)
- SEMESTA beri imej buruk pada Selangor
- Sultan murka Khalid buat sombong
- Tender pelik Yayasan Selangor
- Peringatan yang pernah kami hantar Januari lalu
- Khalid lemah tangani kemelut lantikan ahli Majlis
- Ronie Liu pijak kepala Khalid ?
- Zatun tulis surat bagi pihak MB lepas Khir hilang
- Dr. Anuar Mohd Nor 'kekasih' Khalid....
- Siapa mereka ?
- MB lemah akan jadi punca kerajaan PR Selangor jatuh
- SURAT TERBUKA UNTUK TAN SRI KHALID IBRAHIM
- Penyelewengan Tan Sri Khalid
-
▼
Julai
(12)
Pengikut
Khamis, 30 Julai 2009
Peringatan yang pernah kami hantar Januari lalu
berikut ialah petikan email yang pernah kami hantar kepada ramai pemimnan parti dan negeri Selangor Januari lalu. Namun surat kami dilayan seperti sampah. Hanya YB Teressa Kok sahaja yang sudi membalas dan menafikannya. Surat ini dimuatkan untuk bacaan dan penilaian semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
siapa kami
blog ini dikendalikan oleh sekumpulan aktivis reformasi yang amat kecewa dengan kesombongan Khalid Ibrahim dan kegagalan serta kelemahanya menjalankan tugas sebagai MB. Kami telah menegur secara elok, sampaikan juga kepada pimpinan parti namun keadaan tidak berubah maka kami putuskan untuk menerbitkan blog ini.
Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.
Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB...ketika Anwar keluar Khalid masuk parti....kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya...
namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu...
kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu...
Kami boleh dihubungi di airmataselangor@gmail.com
Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.
Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB...ketika Anwar keluar Khalid masuk parti....kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya...
namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu...
kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu...
Kami boleh dihubungi di airmataselangor@gmail.com
1 ulasan:
salam re4mis...suara rakyat suara keramat.suara rakyat suara sakti..demi untuk membangun semula parti keadilan tidak salah menegur dan mengusik..kerana kan itu untuk kebaikkan!!selamat datang ke KEM MANTAP..kita bersatu dari luar..dari dalam.amin!!
Catat Ulasan