Khamis, 30 Julai 2009

Tender pelik Yayasan Selangor

Ini adalah tulisan seorang dari kami sekitar 22 Januari dan dijadikan posting dalam beberapa laman blog sejak hujung 2008. Namun ia mungkin dipandang tidak penting oleh Khalid Ibrahim mahupun exco - exconya. Kecuali kami mengesan YB Dr. Halimah ada cuba bertindak mengenainya namun oleh kerana MB tidak peduli perkara ini gagal ditangani dan berterusan.

Khalid sibuk menempatkan 'kekasih-kekasihnya' dari PNB dan Guthrie dalam banyak GLC Selangor, membuang yang sedia untuk menjadi Pro Rakyat ...... namun agen - agen Umno yang menjahanamkan kerajaan Khalid gagal tangani.

berikut di muatkan tulisan lama buat tontonan dan penilaian semua.

BERIKUT ADALAH SATU EMAIL MENGENAI TENDER YANG AMAT MENYELEWENG DIKELUARKAN OLEH YAYASAN SELANGOR PIMPINAN PENGURUS BESARNYA HAJI TAKRIL TASUKI YANG TELAH DITERIMA MELALUI EMAIL.

Berapa besarkah nilai tender ini sehingga borangnya dijual pada harga RM2000.00 dan RM1500.00. Biasanya kerja yang bernilai berpuluh juta sahaja dijual pada harga sedemikian.

Bahawa setiap buah Asrama Yayasan tidak melebihi 300 pelajarnya atau kurang. Jika satu kepala RM11 sehari, anda kiralah sendiri. Layakkah harga kertas tender dijual begitu mahal?

Biasanya seorang petender akan memasuki tender pada satu tajuk dengan beberapa borang, biasanya 3 untuk memberi kemungkinan kejayaan yang lebih. Bagaimana jika satu tajuk 3 borang, maka bermakna RM6,000.00. Bagaimana jika 5 tajuk? RM15,000 dan kemungkinan gagal masih ada.

Menurut sumber di Yayasan, petender tidak akan dikembalikan wang membeli borang. Apakah puak-puak UMNO dalam Yayasan Selangor ini terlalu tidak pandai dan tidak mengerti apa itu konsep tender?

Apakah Yayasan Selangor menghalang orang ramai dari cuba berniaga di sana? Apakah sudah ditentukan akan kroni yang akan mendapat kerja ini. Jika harga kertas murah, ramai orang masuk, pening kepala? Berhenti dan letak jawatan sahajalah lebih baik.

Ilmu urusniaga manakah yang digunakan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor ini?

Baru-baru ini Yayasan Selangor memutuskan membeli kenderaan baru bagi GM dan Timbalamnya. Diberitakan pembekalnya juga terdiri dari kroni Gm Takril Tasuki yang telah melubukkan kaum kerabatnya di sana. Pengurus Besar Pentadbiran adalah diberitakan anak saudaranya sendiri.

Exco Pendidikan Selangor Halimah Ali, bukalah mata anda. Dari dahulu bercerita tentang hub,hub,hub.
Masalah yang perlu dibetulkan terbiar begitu sahaja.

Pembongkaran Yayasan Selangor akan bersambung….

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang telah berdaftar dengan YAYASAN SELANGOR dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 0 – Sub Kepala 8 – (Makanan Bermasak / Kantin, Makanan Bermasak dan Makanan Bermasak Islam) bagi menyertai tender berikut:

TAJUK TENDER : TAWARAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DI ASRAMA PUSAT / KEM / PLKN YAYASAN SELANGOR

TEMPAT KERJA :

1. Asrama Tun Doktor Ismail, Kampong Pandan
2. Asrama Toh Puan Norashikin, Kampong Pandan
3. Asrama Yayasan Selangor Klang
4. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam
5. Kem Bina Semangat, Ampang Pecah
6. Kem Latihan Khidmat Negara, Ampang Pecah

TARIKH BUKA : 17 November 2008 (Isnin)

TARIKH TUTUP : 28 November 2008 (Jumaat)

2. Dokumen tender boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 17 November 2008 hingga 21 November 2008 di Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia, Yayasan Selangor, Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor.

3. Dokumen tender boleh didapati dengan harga RM 2,000.00 satu set namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat / wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Daftar Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 0 – Sub Kepala 8 – (Makanan Bermasak / Kantin, Makanan Bermasak dan Makanan Bermasak Islam).

4. Dokumen tender yang telahlengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor sebelum jam 12 tengah hari pada 28 November 2008 (Jumaat). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

5. Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diberikan kepada syarikat / Wakil Syarikat dan kehadiran syarikat / Wakil Syarikat adalah DIWAJIBKAN. Syarikat / Wakil Syarikat yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 17 November 2008
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang telah berdaftar dengan YAYASAN SELANGOR dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang masih sah tempohntya dibawah Kepala 2 – Sub Kepala 2 – (Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan dan Mengangkat Sampah) bagi menyertai tender berikut:

TAJUK TENDER : KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI BANGUNAN / INSTITUT / KEM YAYASAN SELANGOR

TEMPAT KERJA :

1. Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya
2. Bangunan Yayasan Selangor, Kampong Baru
3. Bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang
4. Kem Bina Semangat / Program Latihan Khidmat Negara
5. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS), Bagan Terap

TARIKH BUKA : 17 November 2008 (Isnin)

TARIKH TUTUP : 28 November 2008 (Jumaat)

2. Dokumen tender boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 17 November 2008 hingga 21 November 2008 di Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia, Yayasan Selangor, Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor.

3. Dokumen tender boleh didapati dengan harga RM 1,500.00 satu set namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat / wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Daftar Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 2 – Sub Kepala 2 – (Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan dan Mengangkat Sampah).

4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor sebelum jam 12 tengah hari pada 28 November 2008 (Jumaat). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

5. Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diberikan kepada syarikat / Wakil Syarikat dan kehadiran syarikat / Wakil Syarikat adalah DIWAJIBKAN. Syarikat / Wakil Syarikat yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 17 November 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor

1 ulasan:

airmataselangor berkata...

Surat terbuka kepada Dato Dr. Hassan Ali

Salam ;

Suka atau tidak suka, keputusan Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 pada Mac 2008 telah memutuskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerajui kerajaan Selangor. Antara tawaran yang menyebabkan pengundi Selangor tertarik untuk mengundi PKR pada PRU lepas ialah tawaran air percuma.

Selepas pilihanraya perbagai cerita kedengaran berdebatan di media mengenai air percuma ini. Kedengaran di Parlimen tuduhan air percuma tidak harus diberikan kerana ia rasuah kepada rakyat dan rakyat akan lebih membazir. Ini satu tuduhan gila. Kalau air percuma merupakan rasuah rasuah bagaimana pula dengan kenaikan minyak mendadak ? Tuduhan jika air percuma rakyat membazir juga tuduhan liar. Rakyat sudah matang dan bijak. Bil saya dan jiran – jiran tidaklah naik mendadak malah ada yang turun bil airnya walaupun kini ada 20 meterpadu air percuma.

Dari Mac 2008 akhirnya Jun 2008 barulah rakyat Selangor mendapat air percuma seperti dijanjikan itupun baru kononya hanya mampu ditunaikan 20meterpadu dahulu itupun selepas cerita kong kalikong panjang antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bh (Syabas) dan Kerajaan Selangor serta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Syabas yang dimiliki 'majoriti' oleh Puncak Niaga menyatakan mereka punya hak kerana perjanjian konsesi, mereka tidak terlibat politik, perniagaan bersifat keuntungan. Jika mahu dibekalkan air percuma maka mesti ada pihak yang perlu membayar bil air percuma itu. Kerajaan Selangor cuba mengatakan bahawa pembayaran 'bil' air percuma itu perlu ditangguhkan sehingga proses pengambil alihan Syabas selesai. Namun Puncak Niaga berkeras dan mujur KDEB berjaya menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan menjadi 'pembayar' kepada bil air '20meter padu percuma' kea rah menunaikan janji PRU 12 PKR. Kerana itu dalam tiap bil Syabas yang diperolehi mulai Jun 2008 tertera 'dibayar oleh KDEB'

Maknanya proses pemberian air percuma ini masih belum selesai. KDEB walaupun anak syarikat kerajaan negeri tetapi kini KDEB sedang membayar jutaan ringgit setiap bulan kepada Syabas (baca ; Tan Sri Rozali; Puncak Niaga). Tetapi bagi pengguna biasa mereka tidak peduli sekurang – kurangnya 20 meterpadu air mula percuma.

Namun beberapa minggu lepas ramai pengguna air di Selangor mula gelisah semula apabila Syabas/ Puncak Niaga mengumumkan memohon membenarkan Syabas menaikan tariff air seperti yang terdapat dalam perjanjian konsesi.

Kegusaran saya selaku pengguna ialah sejauh mana serius kerajaan Selangor dalam membekalkan air percuma kepada rakyat seperti yang dijanjikan. Selepas bergelut teruk dari Mac – Jun dalam isu air percuma dan selepas KDEB menjadi 'pembayar', seolah kerajaan Negeri senyap dari proses ambil alih atau penstrukturan air di Selangor.

Seharusnya tumpuan terhadap isu air ini tidak terhenti dengan pemberian air percuma sahaja. Itupun sebenarnya tidak selesai kerana Kerajaan Selangor Cuma bernasib baik kerana punya KDEB yang sanggup menjadi pembayar.

Malangnya sebagai rakyat biasa melihat selepas berjaya membekalkan 20meterpadu air percuma Kerajaan Selangor tidak lagi menumpukan proses penstrukturan air seperti yang diperkatakan. Jangan nanti bila kerajaan pusat meluluskan tariff air dinaikkan barulah kerajaan Selangor 'termengah-mengah' berperang semula dan menjadikan isu air kembali sesnsasi di media.

Kami selaku rakyat biasa cuma mahukan nasib kami terbela oleh kerajaan yang kami pilih. Jangan nanti dapat 20meter padu air percuma tetapi kerana punya pentadbiran yang leka dan lambat kami terpaksa bayar lebih tinggi kerana tariff naik.

Shahrul Haziq Abd Rahman

Shah Alam, Selangor

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute