Khamis, 30 Julai 2009

SEMESTA beri imej buruk pada Selangor

Satu laporan polis telah dibuat berikutan KSSB menggunakan kaedah gedebe dalam menangani masalah pasir di Selangor. Kumpulan SEMESTA yang diketuai oleh Dato Anuar Mohd Nor sudah semakin dipersoalkan kemampuannya untuk menjadikan pasir sebagai satu sumber ekonomi yang mantap untuk rakyat Selangor.


Laporan ini yang dibuat oleh seorang dari masyarakat orang asli telah menyelar KSSB dan melabel Menteri Besar Selangor sebagai pembohong.


Sejak kebelakangan ini pelbagai persoalan telah berkisar sekitaran Dato' Anwar yang dikira tidak layak untuk memegang jawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor. Bagaimanapun oleh kerana dia adalah kawan (sebut kekasih) Khalid Ibrahim maka ia diberikan tempat walaupun dikatakan pernah bengkrap. Lebih ironis, Dato' Anuar mendabik dada menyatakan bahawa beliau adalah orang UMNO.


Beberapa perlantikan Khalid sebelum ini juga dipersoalkan.

Jelas sekali nepotisma dan kronisma sudah mula menjadi amalan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang berlatar korporat.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RM 4 juta hasil pasir tahun lepas? EXCO buat apa? Pecat Dato' Anwar? Hairan sekali para exco Selangor pun sama seperti spesis peliharaan yang sudah dikembiri. Tidak seorang berani menegur Khalid. Tegur setakat lepas syarat. Khalid jenis specis yang tidak boleh dicabar. Dia tak perduli, dia lantak semedang. Dia ni tak pernah faham erti berparti dan berpersatuan. Kata teman di Kuala Selangor, Mamat Khalid ni suka benar pecat sana pecat sini. Terbaru kata sumber berita, pemandu dia yang bernama Pak Akil dan direhatkan tanpa sebab. Mengikut laporan hanya kerana Pak Akil memohon diselaraskan gajinya. Salh ke mohon? Mohon, bukan paksa. Katanya juga, di Ijok, rakyat disini tak panggil dia MB atau Menteri Besar. Duduk kedai kopi, dengarlah bagaimana rapatnya orang kutuk dia. Khalid itu, Khalid ini... Khalid jer mereka panggil MB.

Tanpa Nama berkata...

Si Sahak ni tak sedar diri. Dia ingat dia menang PRU kerana dia hebat, terlalu hebat sampai merayu rakyat mengundi BN. Tanpa parti Sahak siapa ?
Tapi, nak salahkan dia sepenuhnya tak adil. Parti juga bersalah memilih seorang bebal seperti Sahak ni yang satu hari akan tahu ada langit ada bumi.
Mungkin jalan terhormat untuk beliau ialah menyerahkan jawatan MB kepada orang lain sebelum kerajaan Selangor punah dan rakyat hukum PR.
Tapi, kata orang yang kenal Sahak ni, egonya melangit, orang lain semua bodoh, takde orang yang lebih bijak dari beliau.
Kesian Puan Sri.

Tanpa Nama berkata...

memang le sahak ni bebal...bodoh sombong
die ingat die sorang je yg ade master, degree dan pnh jadi ceo...
tapi perangai macam unta

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute