Rabu, 4 November 2009

Khalid jangan lembab sangat tengokkan SEMESTER sebelum ditengokan SPRM





Dokumen ini dihantar kepada kami tanpa sebarang penjelasan yang terperinci. Kenyataan yang dikeluarkan adalah ‘ Kumpulan Semesta Sendirian Berhadbela mereka yang disyaki mencuri pasir’

Dokumen itu apa bila dikaji memuatkan

  1. Notis Kesalahan - lori milik , Tetuan Tulen Ehsan Holdings Sdn Bhd yang ditahan kerana Mengeluarkan/mengalih/mengangkut bahan batuan tanpa wibawa yang sah dan melanggar Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 ( Akta 56/1965)
  2. Dokumen butiran Lori tersebut
  3. Tawaran kompaun dengan jumlah 25,000
  4. dan yang paling pelik adalah Kumpulan Semesta Sendirian Berhad – meminta rayuan kepada Pegawai Daerah untuk mengurangkan kos kompaun.

Mencari perihal syarikat Semesta – kami terserempak dengan satu laman blog di http://airmataselangor.blogspot.com/2009/08/semesta-lagi.html

Maklumat diberi mengenai Semesta adalah seperti berikut:

  1. Kerajaan Negeri menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan memberi hak perlombongan pasir Selangor kepada lapan syarikat (majoriti milik kaum cina) iaitu 4 antaranya Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hai Tong Construction, Low hai Eng Sons Trading Sdn Bhd dan Resvil Holding Sdn Bhd.
  1. Perlantikan Kumpulan Semesta ini adalah tanpa persetujuan exco-exco kerajaan negeri dan amat malang sekali yang menguruskan syarikat Kumpulan Semesta ini adalah terdiri daripada kroni-kroni Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu bekas pegawai Guthrie dan PNB. Dato Anuar Mohd Nor yang mengetuai Semesta juga pernah muflis dan mempunyai rekod buruk apabila bersama MTDC.
  1. Ambil Contoh berikut petikan dari tulisan www.airmataselangor.blogspot.com : Misalnya mereka membuat unjuran RM 150 - 200 juta setahun untuk hasil pasir. Mereka menempelak kerajaan lalu sebagai rasuah dan korup kerana mengutip hasil pasir yang sedikit.
  1. Malangnya di bawah Tan Sri Khalid dan kronis nya : tulisan www.airmataselangor.blogspot.com : Malangnya di Dewan kita dimaklumkan sasaran tersebut jauh tersasar. Jumlah pengeluaran pasir negeri setakat ini hanya RM 22 juta. Sehingga kini kerajaan negeri hanya mengutip RM 4 juta dari doket pasir dan RM 7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Hanya RM 11.5 juta dari RM 22 juta dapat kepada kantung kerajaan.

Apa sebenarnya yang berlaku di Selangor. Apa sebenarnya yang mahu dinyatakan oleh dokumen yang dihantar kepada kami ini. Ada lagi 2 set dokumen yang di kirim melalui email yang akan kami dedahkan selepas ini. Berikut adalah scan dokument set pertama yang kami keluarkan. Set seterusnya akan kami siarkan tidak lama lagi.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setelah buat komen kat atas, aku p tanya kawan2 pasir hal semesta ni, so byk gak le respon yg aku dpt. rata2 x puas hati coz suma kata semesta ni menyusahkan. yang betul terasa ialah kwn pasir yg main politik. x kira Bn or PR dua2 merungut. kalo Bn tu aku x la heran sgt, tp yg PR pun skt kepala. bl selidik, perkara asa yg suma org sebut ialah harga yg tinggi. ni aku list perkara yg dorang sebut :
a) harga upah pengeluaran rendah (RM8 p/tan max)
b) harga royalti tinggi (RM6 p/tan min)
c) customer prefer beli dr pencuri @ RM 12 p/tan hantar sampai site dorang, kalo beli yg halal RM16 p/tan, lori bayar sendiri
d) kalo amik tender semesta, gagal boleh kene terminate, tp kalo semesta gagal, sape nak terminate?
e) pertindihan kuasa antara JPS, PTG & semesta utk keluar permit pasir. fungsi semesta yg keluarkan tender ramai org JPS & Luas x suka. PTG plak xsuka coz bila nak kuatkuasa pgl dorang, bl kluar kerja dorang xdpt apa2. kalo buat operasi PTG yg kene dok tgh jln smpai 24jam, duit bjuta suma p semesta.
f) pemilihan tender x perlu kelayakan. harga tinggi menentukan pemenang, ada tmpat yg kluar tender 2 kali, coz pemenang asal masuk harga tinggi sgt smpai x viable. then serah semula kerja coz xleh buat.
g) semesta x mlaksanakan tanggungjawab sbg maincon dgn baik. suma perkara diserah pd subcon. (mining scheme, penyediaan tapak dan kelulusan berkaitan). ini TIDAK berlaku dulu, syarikat kroni KHIR TOYO (kunci produktif sdn bhd) bsama menanggung risiko kerja. siap tlg bayar deposit lagi.
h) semesta merupakan satu lg org tgh yg perlu dibayar utk dpt kerja. total suma = JPS,PTG,Luas,PBT,JKR,EIA & semesta da ada 7 pihak yg kene dibayar
i) semesta x cukup kelayakan utk buat kerja pasir, kalo sub sape2 pun boleh. x bdaftar PKK pun xpe ke?
j) semesta tlampau rigid dlm syarat pelaksanaan. menyebabkan agensi lain x bminat nak tlg semesta. angkuh & x tahu hormat org lain adalah sifat yg selalu disebut. nama yg disebut Ir Ramli
k) semesta hanya tunduk pd TS khalid, dua YB yg sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk bantu khalid dorang buat x reti je. aku difahamkan exco (yaakob sapari) & pembantu exco (suhaimi shafiei) membute ke

Tanpa Nama berkata...

khalid ibrahim jangan lah sombong kami pilih ramai wakil rakyat dalam selangor ini kerana dsai...maka bila dsai cakap dgrlah.... kalau ada yang tak setuju bincanglah jangan buat pekak mcm dengar tapi tak ikut satu pun....

Tanpa Nama berkata...

kenapalah ....

khalid....khalid...

selangor ada pengerusi perhubungan yang bangang... dan ketua pemuda yg syok sendiri...

malang malang

Tanpa Nama berkata...

aku tahu yahya saari di sebalik web ini....

Tanpa Nama berkata...

stupid blog, this is an example of Malayness, Malaysia Boleh, Jaguh Kampung, were fighting each other for a piece of a small pie on a piece of a small rock when we should be fighting the bigger enemy on the other side. What I got to say is bye bye Pakatan Rakyat's chance to going to PutraJaya, with all this infighting, I'm voting for Umno next General Election thanks to this blog.. And personally, I think Tan Sri Khalid is an admirable leader with quality, not a faceless snitch that hides behind a badly-desinged blog.

Tanpa Nama berkata...

di dalam parti keadilan masih ada hasrat dengki seperti do dalam UMNO, pilihan raya umum nanti, saya tidak mahu memilih pakatan rakyat kerana blog ini yang memunjukkan perangai dengki and tidak professionalism ahli-ahli parti keadilan, saya akan pilih UMNO

Tanpa Nama berkata...

sama gak ngan aku..malas nk undi pakatan..dah bagi undi ini jadinya..menghancurkan negeri selangor..bagi air rm11 tapi duit cukai kita jugak yg dibayar semula pada syabas..ni bukan subsidi..ni rolling duit namanya..aku paling benci khir toyo..tapi logik apa yg dikatakan dalam blog nya..jgn bodohkan org profesional mcm kami..saya juga akan pilih umno semula..

Tanpa Nama berkata...

aku pun malas undi pkr..tapi umno lagi teruk..simpan pembunuh..jadi aku akan undi PAS..janji pakatan pegang..

Tanpa Nama berkata...

betul !...umno lagi teruk dulu...serik dah 22 tahun..walaupun pakatan x perform, tapi umno lagi hancur beb!...undi tetap ke pakatan walau hati sakit...kita bg chance lagi sekali

Tanpa Nama berkata...

aku duduk di selangor..bagi aku pakatan di selangor lagi baik dari umno di johor...bulat2 kena jual pada cina singapore

Tanpa Nama berkata...

kau duduk di johor kat mana?..aku duduk sepang..aku org ganu..ganu lagi teruk beb...rakyat dilacurkan umno siang malam...bini aku org n9..MB n9 seludup duit puluh juta haram sprm nak siasat

Tanpa Nama berkata...

Aku fikir Khalid perlu bertanggung jawab. Buat keputusan tak ikut mesyuarat exco. Pada mamat yang cakap inglish tu, datangler ke tempat Khalid, duduk kedai kopi ka, dengar apa cerita. Ingat lu, lu pandai cakap omputih lu sangat bijak ka macha? Khalid tara banyak pandai lah macha. Tomolo, if Khalid got catch bye SPLM lu mesti kata ooooo, itu macam kaaa Khalid. Lu mana tau, ini olang hutang manyak bosat ooo. Ada libih 280 juta oooo. Bukan satu itu bank Islam saja oooo, ada lagi bank rakyat, ada lagi itu labuan offshore. Ikut Islamik laww a, law by law aa, olang manyak otang tada boleh kasi pigang amanah besar. Selupa loyar, manyal hutang mau kasi gantong dia punya lesen plaktis. Sama juga ini olang boleh banyak pandai kongkalikong. Hutang tala mu bayar. Lu ingat lu suka Khalid, lu suka la. Wa tla suka wa punya suka la. Kita olang, berani bilang kita olang tahulaaa.

Ohhhh yooo ada olang bilang ini web Yahya bikin. Wa ingat itu tada betul. Tuduh tara bukti, kalo salah sudah dosa ooo. Waaa atu lah sapa mikin ini blog. Balangkali itu Khalid olang maaa.

Catat Ulasan

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute