Sejak penubuhannya pada tahun 2000 Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)di Kuala Selangor ia lebih dikenali sebagai institusi pindah-randah kerana sudah 4 kali berputar-putar sekitar Kuala Selangor.
Kini IKYS sedang terhalau dari bumi kelahirannya oleh kuasa luar yang rakus dan bergaya sombong..
IKYS ditubuhkan di Kuala Selangor iaitu tanah kelahiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor bermula dengan kampusnya menyewa deretan bangunan kedai di Bandar Malawati dengan kos pengubahsuian tidak sampai RM400,000.00.
Program ini di asaskan oleh bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Tuan Haji Idrus Bahari yang juga rakan senior sepersekolahan Tan Sri MB. Oleh kerana sifatnya sebagai pendidik tulin, Haji Idrus tewas kepada politicking dalam Yayasan Selangor.
Haji Idrus terkeluar dari Yayasan Selangor bersama pemikiran pendidikannya yang terkehadapan itu. Sebagai kredit Hj Idrus Bahari adalah antara tenaga pemikir awal dalam penubuhan Unisel.
IKYS sebelum ini di kenali sebagai Pusat Latihan Kemahiran Yayasan Selangor mendapat pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga yang sebelumnya di kenali Jabatan Bekalan Elektrik untuk menjalankan kursus pendawaian fasa I sehingga III secara sepenuh masa dan separuh masa untuk pengajian 4 semester. Bantuan pinjaman kewangan juga disediakan kepada pelajar.
Ketiadaan Tuan Haji Idrus, IKYS dipindahkan ke bangunan peninggalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di Jalan Tanjong Keramat dengan kos pengubahsuaian lebih kurang RM3 juta pada tahun 2003.
Pada tahun 2005 berpindah pula ke bangunan kosong yang dicadangkan untuk Institut Latihan Keusahawanan di Seksyen 19, Kuala Selangor dengan kos pengubahsuaian lebih kurang RM3juta juga.
Sekarang ini IKYS para stafnya (akan berulang-alik setiap hari kerana 80% tinggal di Kuala Selangor) sedang bertungkus lumus mengemas lagi untuk berpindah ke Bagan Terap kerana kampusnya ‘ditakluk’ Kolej Inpens yang di ketuai oleh Presidennya Dato’ ‘Nana’ Mydin. Bagi Kolej Inpens ini adalah pindah yang kelima. Sebelum ini Kolej Inpens yang tidak float ini mengisi bangunan milik Brisdale di Pulau Indah.
Sekali lagi pengubahsuaian dilakukan. Kos pengubahsuaian kompleks pertumbuhan desa di Bagan Terap yang ‘design’ asalnya bukan untuk tujuan pendidikan berjumlah RM7.2 juta dilakukan sebelum PRU12.
Kontrak ini juga diberikan kepada orang dalam Yayasan Selangor sendiri. Sebahagiannya mungkin untuk ‘dana’ pilihanraya BN DUN Sekinchan.
Campur tolak IKYS sudah berbelanja pengubahsuaian lebih RM10 juta sejak lapan tahun hanya untuk setiap pengambilan 48 pelajar setiap semester!
Ini tidak termasuk kos pindah randah, emolumen staf, pengurusan, penyelengaraan dan pinjaman pelajar. Mengapa kos sebegini besar hanya untuk kursus setakat fasa III? Sepatutnya boleh melahirkan ‘chargeman’.
Jawapannya tentu berada dalam simpanan Pengurus Besar Yayasan Selangor dan Timbalannya. Yayasan Selangor kini diketuai oleh CEO nya Hj Takril Tasuki yang tidak ada langsung kelayakan pendidikan atau pengurusan pendidikan.
Bukan objektif penubuhann IKYS dipertikaikan, keperluannya disangsikan tetapi adakah kos sebegini besar dilakukan secara berhemah dan telus yang sebenarnya boleh menampung perbelanjaan sebuah sekolah menengah dengan penuntutnya 1000 orang selama 5 tahun tanpa berpindah randah!
Yayasan Selangor selama ini seolah-olah kebal dari pandangan media termasuk ‘bloggers’ perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor agar fungsinya dapat dikembalikan ke landasan yang asal objektif penubuhannya.
Tunggu pendedahan seterusnya .......
0 ulasan:
Catat Ulasan