Azmin Ali – ADUN Bukit Antarabangsa mendesak kerajaan negeri merombak barisan EXCO dan menyifatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebagai “mahkamah”. Ini merupakan satu kejutan kepada kerajaan Selangor apabila Azmin Ali bertindak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau mengenai pentadbiran Negeri Selangor. Adakah ini sebenarnya baru dalam Selangor? Adakah Selangor sebenarnya mempunyai masalah dengan Tan Sri Khalid.? Setakat ini ramai penyokong khususnya dari gerakan reformasi yang wujud pada tahun 1998 mengkritik kuat pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid yang sebelum ini tidak pernah berada dalam sirkulasi reformasi di lantik menjadi MB Selangor setelah PRU ke 12 lalu dikatakan mentadbir Selangor dengan corak korporat. Khalid turut dikatakan tidak peka dengan perjuangan khususnya mereka yang terlibat dalam reformasi 1998. Adakah kenyataan Azmin Ali ini merupakan satu signal kuat satu pergolakan akan berlaku di Negeri Selangor? Adakah mungkin Khalid Ibrahim gagal menerajui Selangor selaras dengan apa yang mahu dan di harapkan oleh penyokong Anwar Ibrahim?
Setakat ini www.airmataselangor.blogspot.com pernah menerima berbagai-bagai e-mel yang menyuarakan ketidakpuasan khususnya golongan reformasi 1998 terhadap cara dan pentadbiran Khalid. Adakah mungkin akan terselongkar lebih banyak isu-isu mengenai cara pentadbiran Khalid Ibrahim yang sehingga hari ini masih lagi belum menyelesaikan masalah pinjaman dan saman Bank Islam yang bernilai hampir USD 18.5 juta dalam pembelian saham Guthrie. kami akan cuba mencungkil lebih banyak isu mengenai Khalid Ibrahim selain dari kes-kes yang pernah dibawa oleh perbagai pihak dalam mengemukakan laporan kepada SPRM mengenai Khalid Ibrahim. Kami pernah bertemu dengan beberapa golongan reformis yang turut menyuarakan masalah terhadap pentadbiran Khalid sebagai MB. Hari ini juga terkeluar juga dalam www.malaysiakini.com mengenai Khalid mempertahankan kedudukan Rosmah Mansur dalam UNISEL. Kenapa terdapat penentangan terhadap Khalid dan apakah yang akan berlaku kepada PR SelangorLaman sekutu
Blog Archive
-
▼
2009
(50)
-
▼
November
(21)
- “SAYA ORANG PAK LAH” – Siri 3 Pendedahan Yayasan S...
- Siri Pendedahan dan Penilaian Semula Yayasan Selan...
- PECAT NC UNISEL, CEO & PENGURUS ASRAMA YAYASAN SEL...
- BN Supporters, Unknowns, convicts as Ahli Majlis
- Pembersihan di Selangor – ‘precedent’ yang bahaya
- Pandangan kami tentang Khir 'toyol'
- Siri Pendedahan dan Penilaian Semula Yayasan Selan...
- Baca yang penting di bawah itu selain dari keberan...
- MB Selangor flip flop
- Nik Aziz nasihat Ariffahmi letak jawatan
- Kronisma Dalam Pemilihan Ahli Majlis
- Khalid , Guthrie dan
- Khalid lantik DSAI penasihat hanya untuk berlindun...
- Kenapa Khalid pertahan I city
- Nazree menipu ?
- Tan Sri sedang perangkap DSAI ?
- Khalid jangan lembab sangat tengokkan SEMESTER seb...
- ISU INPENS dan Yayasan Selangor ; Khalid terus pekak
- Jatuhkan Khalid ? Usaha PAS atau Hassan Ali ?
- Kerana kelemahan Khalid, Hassan Ali naik tocang
- Tan Sri Khalid - masalah pada Selangor?
-
▼
November
(21)
Pengikut
Selasa, 3 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
siapa kami
blog ini dikendalikan oleh sekumpulan aktivis reformasi yang amat kecewa dengan kesombongan Khalid Ibrahim dan kegagalan serta kelemahanya menjalankan tugas sebagai MB. Kami telah menegur secara elok, sampaikan juga kepada pimpinan parti namun keadaan tidak berubah maka kami putuskan untuk menerbitkan blog ini.
Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.
Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB...ketika Anwar keluar Khalid masuk parti....kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya...
namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu...
kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu...
Kami boleh dihubungi di airmataselangor@gmail.com
Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.
Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB...ketika Anwar keluar Khalid masuk parti....kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya...
namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu...
kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu...
Kami boleh dihubungi di airmataselangor@gmail.com
0 ulasan:
Catat Ulasan