

Beberapa perlantikan Khalid sebelum ini juga dipersoalkan.
Jelas sekali nepotisma dan kronisma sudah mula menjadi amalan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang berlatar korporat.
Beberapa perlantikan Khalid sebelum ini juga dipersoalkan.
Jelas sekali nepotisma dan kronisma sudah mula menjadi amalan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang berlatar korporat.
Minggu ini berlangsung Persidangan Majlis Raja-raja Melayu di Kuching, Sarawak.
Semua Raja-raja Melayu dan Gabenor hadir bersama menteri besar atau Ketua Menteri masing-masing. Mereka adalah tetamu paling kehormat kerajaan Negeri Sarawak.
Malam tadi diadakan Majlis Santapan Diraja. Semua hadir termasuk Tuanku Sultan Selangor.
Tan Sri Khalid Ibrahim tiba di Kuching, petang semalam jam 4 ptg. Beliau dijadualkan untuk hadir bersama Sultan Selangor di majlis santapan DiRaja itu.
Namun amat lah biadapnya beliau tidak menghadiri majlis santapan Diraja itu. Khalid menghilangkan diri selepas mendarat di Kuching. Beliau lupa bahawa beliau adalah tetamu Rasmi kerajaan negeri bersama Sultan Selangor.
Kemana Khalid menghilang yer? Kurang ajar pertama bila dia melupakan bahawa Sultan ada di Kuching. Kurang ajar ke dua bila dia tak mengiringi Sultan ke Majlis Santapan itu.Nampaknya Khalid bukan setakat sombong dan tak dengar cakap teman pimpinan parti yang jauh lebih berpengalaman dari dia .,.....dengan Sultan pun dia sombong.... Khalid...Khalid...
BERIKUT ADALAH SATU EMAIL MENGENAI TENDER YANG AMAT MENYELEWENG DIKELUARKAN OLEH YAYASAN SELANGOR PIMPINAN PENGURUS BESARNYA HAJI TAKRIL TASUKI YANG TELAH DITERIMA MELALUI EMAIL.
Berapa besarkah nilai tender ini sehingga borangnya dijual pada harga RM2000.00 dan RM1500.00. Biasanya kerja yang bernilai berpuluh juta sahaja dijual pada harga sedemikian.Bahawa setiap buah Asrama Yayasan tidak melebihi 300 pelajarnya atau kurang. Jika satu kepala RM11 sehari, anda kiralah sendiri. Layakkah harga kertas tender dijual begitu mahal?
Biasanya seorang petender akan memasuki tender pada satu tajuk dengan beberapa borang, biasanya 3 untuk memberi kemungkinan kejayaan yang lebih. Bagaimana jika satu tajuk 3 borang, maka bermakna RM6,000.00. Bagaimana jika 5 tajuk? RM15,000 dan kemungkinan gagal masih ada.
Menurut sumber di Yayasan, petender tidak akan dikembalikan wang membeli borang. Apakah puak-puak UMNO dalam Yayasan Selangor ini terlalu tidak pandai dan tidak mengerti apa itu konsep tender?
Apakah Yayasan Selangor menghalang orang ramai dari cuba berniaga di sana? Apakah sudah ditentukan akan kroni yang akan mendapat kerja ini. Jika harga kertas murah, ramai orang masuk, pening kepala? Berhenti dan letak jawatan sahajalah lebih baik.
Ilmu urusniaga manakah yang digunakan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor ini?
Baru-baru ini Yayasan Selangor memutuskan membeli kenderaan baru bagi GM dan Timbalamnya. Diberitakan pembekalnya juga terdiri dari kroni Gm Takril Tasuki yang telah melubukkan kaum kerabatnya di sana. Pengurus Besar Pentadbiran adalah diberitakan anak saudaranya sendiri.
Exco Pendidikan Selangor Halimah Ali, bukalah mata anda. Dari dahulu bercerita tentang hub,hub,hub.
Masalah yang perlu dibetulkan terbiar begitu sahaja.Pembongkaran Yayasan Selangor akan bersambung….
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang telah berdaftar dengan YAYASAN SELANGOR dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 0 – Sub Kepala 8 – (Makanan Bermasak / Kantin, Makanan Bermasak dan Makanan Bermasak Islam) bagi menyertai tender berikut:
TAJUK TENDER : TAWARAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DI ASRAMA PUSAT / KEM / PLKN YAYASAN SELANGOR
TEMPAT KERJA :
1. Asrama Tun Doktor Ismail, Kampong Pandan
2. Asrama Toh Puan Norashikin, Kampong Pandan
3. Asrama Yayasan Selangor Klang
4. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam
5. Kem Bina Semangat, Ampang Pecah
6. Kem Latihan Khidmat Negara, Ampang PecahTARIKH BUKA : 17 November 2008 (Isnin)
TARIKH TUTUP : 28 November 2008 (Jumaat)
2. Dokumen tender boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 17 November 2008 hingga 21 November 2008 di Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia, Yayasan Selangor, Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor.
3. Dokumen tender boleh didapati dengan harga RM 2,000.00 satu set namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat / wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Daftar Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 0 – Sub Kepala 8 – (Makanan Bermasak / Kantin, Makanan Bermasak dan Makanan Bermasak Islam).
4. Dokumen tender yang telahlengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor sebelum jam 12 tengah hari pada 28 November 2008 (Jumaat). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
5. Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diberikan kepada syarikat / Wakil Syarikat dan kehadiran syarikat / Wakil Syarikat adalah DIWAJIBKAN. Syarikat / Wakil Syarikat yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 17 November 2008
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya SelangorTawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang telah berdaftar dengan YAYASAN SELANGOR dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang masih sah tempohntya dibawah Kepala 2 – Sub Kepala 2 – (Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan dan Mengangkat Sampah) bagi menyertai tender berikut:
TAJUK TENDER : KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI BANGUNAN / INSTITUT / KEM YAYASAN SELANGOR
TEMPAT KERJA :
1. Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya
2. Bangunan Yayasan Selangor, Kampong Baru
3. Bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang
4. Kem Bina Semangat / Program Latihan Khidmat Negara
5. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS), Bagan TerapTARIKH BUKA : 17 November 2008 (Isnin)
TARIKH TUTUP : 28 November 2008 (Jumaat)
2. Dokumen tender boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 17 November 2008 hingga 21 November 2008 di Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia, Yayasan Selangor, Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor.
3. Dokumen tender boleh didapati dengan harga RM 1,500.00 satu set namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat / wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Daftar Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 2 – Sub Kepala 2 – (Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan dan Mengangkat Sampah).
4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor sebelum jam 12 tengah hari pada 28 November 2008 (Jumaat). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
5. Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diberikan kepada syarikat / Wakil Syarikat dan kehadiran syarikat / Wakil Syarikat adalah DIWAJIBKAN. Syarikat / Wakil Syarikat yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 17 November 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor
Saya merupakan 'blogger' yang mengendalikan beberapa laman blog dan turut terlibat dalam sebuah news portal. Ini bukanlah email pertama yang dihantar kepada DSAI atau pemimpin keADILan, PAS mahupun DAP. Saya bukan ahli mana - mana parti tetapi keperihatinan saya hanyalah untuk melihat sebuah kerajaan PAKATAN RAKYAT yang kuat dan benar - benar mampu merialisasikan manifesto yang dijanjikan.Sebagai seorang wartawan dan blogger saya mendapat perbagai maklumat dari bukti / dokumen salah guna kuasa pemimpin BN hinggalah pemimpin PAKATAN. Rungutan dan komen 'rakyat biasa' mengenai perbagai perkara juga sering dilontar memalui blog, email mahupun surat kepada editor di laman news portal saya bertugas.
Kali ini saya ingin memohon 'campur tangan' atau pandangan jelas/keras Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan rungutan dalam Selangor.
- Kelompok peniaga sudah mula 'bising-bising'
- melalui maklumat percampuran sehari hari dan email yang dihantar kelompok peniaga sederhana dan besar sudah mula merungut, khususnya kontraktor mengenai kelembapan ekonomi Selangor. Semuanya berjalan terlalu pelahan. Keputusan tidak boleh di buat. Projek besar tertangguh tanpa mengetahui status. Beberapa projek besar seperti KLORR yang menghubungkan Kajang (Sg. Ramal - Karak) yang telah di luluskan pertukanya oleh Kementerian Kewangan tetapi sehingga kini gagal mendapat perhatian Menteri Besar. Projek seperti ini di lihat mampu untuk merancakkan semula ekonomi Selangor. Malangnya bulan hadapan jika tiada perkembangan mengenai projek ini maka MOF akan menarik semula projek ini dan memindahkan peruntukan ke Sabah.
- isu air yang tidak kesudahan
- sememangnya di akui Selangor / KL - sistem pembekalan airnya sudah dimonopoli oleh Puncak Niaga (TS Rozali) yang merupakan kroni Umno secara 'brutal', dengan tarif air yang menggila sudah tentu menjanjikan TS Rozali yang kaya raya dan rakyat makiin menderita. Maka janji air percuma oleh TS Khalid sedikit memberikan nafas lega. Namun sehingga kini sebenarnya tiada istilah air percuma tersebut. TS Rozali terus menikmati keuntungan. Malah lebih muda kerana mendapat jutaan ringgit (11juta sebulan dibayar oleh KDEB) sekali bayar oleh anak syarikat kerajaan negeri bukan dari kutipan kaunter bil. Menjelang Mac 2009 tarif air akan dinaikan. Sememangnya Datuk Seri Najib musuh politik keADILan tetapi dalam bab air ini Najib selaku pengerusi SPAN telah banyak beralah dalam membolehkan pengambilalihan air Selangor oleh kerajaan negeri. Malah sepatutnya tarif air naik Januari ini tetapi melalui SPAN ia telah ditangguhkan sehingga MAc 2009 untuk membolehkan kerajaan Selangor menyelesaikan segera proses pengambil alihan dan kenaikan taif tidak berlaku. Namun sehingga kini kelihatan TS Khalid seolah hilang punca dalam isu ambil alih air ini. Yang diketahui ratusan mesyuarat dibuat sehingga lewat malam namun hasilnya hanya air liur. Penyelesaian yang tidak produktif antaranya ialah mengupah price water house RM200 ribu untuk membuat audit dan menambah RM200 lagi untuk meendapat kebenaran menggunakan nama Price Water House dalam laporan. menjelang MAC 2009 tarif air pasti naik 37 % dan akan kedengaran pula kerajaan Selangor menyalahkan kerajaan Bn yang terdahulu. Rakyat akan menjadi lebih bosan kerana sudah diberi kuasa tetapi keADILan asyik menyalahkan kerajaan lama.,.....maka apa guna diberi kuasa.???
- GLC / kontrak kerajaan yang tidak tersusun dan terus dipunggah UMNO
- soal GLC ini juga soal serius. Sebagai tokoh korporat amat memalukan kerana masalah penyusunan GLC dan kontrak kerajaan ini gagal diselesaikan oleh TS Khalid.
- Yayasan Selangor sehingga kini masih dikuasai oleh puak - puak Umno. Isu borang tender barangan bermasak rm2000 masih tidak mampu diselesaikan oleh MB lagi walaupun exco berkaitan sudah menyerahkan laporan.
- Tidak masuk akal langsung setiausaha sulit Dr. Khir Toyo kini sudah jadi setiausaha sulit Menteri Besar Selangor.
- GLC masih banyak yang gagal di susun oleh MB selaku pengerusi semua GLC selangor.... di akui bahawa bukan mudah untuk mencari yang layak menaungi GLC besar. Amat setuju GLC besar yang membuat keuntungan khususnya yang 'kepala' GLCnya sanggup mengikut arus harus di kekalkan. Seperti KDEB/Peransang di mana Presidenya kelihatan begitu menyokong Datuk Seri dan Tan Sri harus dikekalkan lagipun beliau mampu membawa keluar syarikat gergasi selangor tersebut dari beban hutang kepada membuat keuntungan besar. Tetapi bagaimana dengan GLC lain yang sudah memang membuat kerugian. Tukar sahaja segera. Tetapi nampaknya MB tidak menumpukan GLC lain malah membiarkan GLC lain menyalurkan dana secara tidak lansung kepada Umno. Sebaliknya MB mengambil jalan mudah terus 'menyerang' KDEB dengan perbagai perkara seperti membayar air percuma atas nama kerajaan selangor. terbaru maklumat dari Perbendaharaan Negeri Selangor KDEB di minta memberikan RM6.5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Selangor. Dr. Khir yang 'tamak' gagal menjahanamkan KDEB kita gusar TS Khalid yang terlalu berhati - hati hingga tidak buat apa 'berjaya' menjahanamkan KDEB.