Isnin, 16 November 2009

Tan Sri sedang perangkap DSAI ?

kami team airmata selangor mulanya gembira dengan keputusan kerajaan selangor (baca: Khalid Ibrahim) menamakan DSAI sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri. Sudah tentu dengan Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berketepatan sekali , pengalaman dan kehebatan beliau dalam bidang ekonomi serta mantan Menteri Kewangan tidak dapat dinafikan . Malah masyarakat antarabangsa termasuk Turkey, World Bank [WB] dan International Money Fund [IMF] mengiktiraf teori pengurusan ekonomi global Anwar Ibrahim, dan telah melantik beliau sebagai Penasihat Ekonomi Turkey, Perunding Kewangan WB dan Penasihat Kewangan IMF.

Melalui pidato, penglibatan dan sumbangan Anwar Ibrahim dalam gerak kerja ekonomi global, membawa kepada pelbagai pengiktirafan cendekiawan antarabangsa terhadap beliau sebagai berikut: Tokoh Asia Baru oleh pertubuhan cendekiawan Filipina, Lambang Kebangkitan Tamadun Timur oleh pertubuhan cendekiawan Amerika Syarikat dan anugerah Guru Asia diberikan oleh pertubuhan cendekiawan Indonesia. Beliau juga adalah Antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia, Pemimpin Paling Baik Asia serta "Asian of the Year" oleh Newsweek International pada 1998.

Namun setelah diteliti ia mungkin jalan keluar buat Khalid yang gagal.

Khalid sedar Selangor sedikit bermasalah dari aspek ekonomi khususnya dengan kelemahan dia dalam beberapa bab pengurusan seperti pasir. Dengan menamakan DSAI sudah tentu kesalahan jika prestasi ekonomi dipertikaikan maka DSAI lah yang akan mendapat imej buruk.

Apa maksud Khalid umumkan elaun seringgit ? untuk mencadikan DSAI bahan lelucon politik ? bukankah baik terus saja umumkan DSAI sebagai penasihat ekonomi secara sukarela....

Khalid juga dikhabarkan mengidam kerusi Timbalan KEADILAN yang akan dipertandingkan tahun depan, dia tahu bukan sedikit ahli parti marah denganya dalam bab pengurusan ekonomi, bukan sahaja orang parti diketepikan malah semua kawanya seperti dari guthrie dan PNB mendapat tempat. Semua ini akan terpadam apabila strateginya mengalihkan kesalahan kepada DSAI menjadi.

Lantikan DSAI dibuat kerana Khalid sudah 'muak' dengan tekanan, dia seorang 'pengurus' yang ego maka selama ini DSAI bersungguh memberikan beberapa nasihat pengurusan di selangor yang keluhatan kucar kacir. Bukan rahsia Khalid tak dengar cakap DSAI namun mungkin kerana 'muak' dengan tekanan maka Khalid dengan egonya melantik DSAI secara rasmi tetapi paling penting adakah saranan atau nasihat DSAI akan didengar nanti ? jangan nanti jika gagal DSAI akan dipersalahkan sedangkan bab untung disapu oleh Khalid dan puak PNB serta Guthrie dan sedikit lagi oleh puak - puak exco yang mula sombong dan lupa diri. Maka kerana itu Khalid sengaja mengenakan DSAI dengan isu elaun RM 1.

Bukan setakat DSAI kalaupun penasihat dari langit kalau Khalid tak nak ubah perangai maka ia tak mebawa erti.


Rabu, 4 November 2009

Khalid jangan lembab sangat tengokkan SEMESTER sebelum ditengokan SPRM





Dokumen ini dihantar kepada kami tanpa sebarang penjelasan yang terperinci. Kenyataan yang dikeluarkan adalah ‘ Kumpulan Semesta Sendirian Berhad – bela mereka yang disyaki mencuri pasir’

Dokumen itu apa bila dikaji memuatkan

  1. Notis Kesalahan - lori milik , Tetuan Tulen Ehsan Holdings Sdn Bhd yang ditahan kerana Mengeluarkan/mengalih/mengangkut bahan batuan tanpa wibawa yang sah dan melanggar Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 ( Akta 56/1965)
  2. Dokumen butiran Lori tersebut
  3. Tawaran kompaun dengan jumlah 25,000
  4. dan yang paling pelik adalah Kumpulan Semesta Sendirian Berhad – meminta rayuan kepada Pegawai Daerah untuk mengurangkan kos kompaun.

Mencari perihal syarikat Semesta – kami terserempak dengan satu laman blog di http://airmataselangor.blogspot.com/2009/08/semesta-lagi.html

Maklumat diberi mengenai Semesta adalah seperti berikut:

  1. Kerajaan Negeri menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan memberi hak perlombongan pasir Selangor kepada lapan syarikat (majoriti milik kaum cina) iaitu 4 antaranya Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hai Tong Construction, Low hai Eng Sons Trading Sdn Bhd dan Resvil Holding Sdn Bhd.
  1. Perlantikan Kumpulan Semesta ini adalah tanpa persetujuan exco-exco kerajaan negeri dan amat malang sekali yang menguruskan syarikat Kumpulan Semesta ini adalah terdiri daripada kroni-kroni Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu bekas pegawai Guthrie dan PNB. Dato Anuar Mohd Nor yang mengetuai Semesta juga pernah muflis dan mempunyai rekod buruk apabila bersama MTDC.
  1. Ambil Contoh berikut petikan dari tulisan www.airmataselangor.blogspot.com : Misalnya mereka membuat unjuran RM 150 - 200 juta setahun untuk hasil pasir. Mereka menempelak kerajaan lalu sebagai rasuah dan korup kerana mengutip hasil pasir yang sedikit.
  1. Malangnya di bawah Tan Sri Khalid dan kronis nya : tulisan www.airmataselangor.blogspot.com : Malangnya di Dewan kita dimaklumkan sasaran tersebut jauh tersasar. Jumlah pengeluaran pasir negeri setakat ini hanya RM 22 juta. Sehingga kini kerajaan negeri hanya mengutip RM 4 juta dari doket pasir dan RM 7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Hanya RM 11.5 juta dari RM 22 juta dapat kepada kantung kerajaan.

Apa sebenarnya yang berlaku di Selangor. Apa sebenarnya yang mahu dinyatakan oleh dokumen yang dihantar kepada kami ini. Ada lagi 2 set dokumen yang di kirim melalui email yang akan kami dedahkan selepas ini. Berikut adalah scan dokument set pertama yang kami keluarkan. Set seterusnya akan kami siarkan tidak lama lagi.

Selasa, 3 November 2009

ISU INPENS dan Yayasan Selangor ; Khalid terus pekak

Kolej Inpens – Pakar Pindah Randah

“INPENS International College is a private higher learning institution fully backed by the Selangor State Government. The college was established on 19th September 1993.”

Oleh Ibnu Khuzaimah, Zamlan Arabi

“INPENS stands for Industri Pendidikan Negeri Selangor (Selangor Education Industry). Its first campus was in the Emile Woolf building at Jalan Pudu, Kuala Lumpur. INPENS then shifted its operation to Ainomichi building in Kelana Jaya. In May 1998, INPENS was again relocated to Maxi Segar building in Pandan Perdana before moving to Section 7, Shah Alam in March 1999. Currently, INPENS International College is located in Pulau Indah, Port Klang.

Current campus has an infrastructure that is second to none and is equipped with the teaching-learning facilities. At present, INPENS is able to plan its various programmes and training on par with the need to supply skilled workers who are both dynamic and patriotic.”

Sejarah asal Inpens sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1985 bertapak di Kampus Kelana Jaya berketuakan Allahyarham Dr. Katni Kamsono Kibat, di bawah kawalan SAP Holdings dan kemudian di ganti oleh Dr Kamal Bashah di bawah kawalan Yayasan Selangor. Ia kemudian dipimpin Allahyarham Tuan Hj Ani Sujak.

Melalui laporan dalam laman webnya, Kolej Inpens sudah 5 kali berpindah randah. Pada satu ketika hanya 4 bulan di Maxi Segar Pandan Perdana sebelum berpindah ke Shah Alam.

Mengapa Kolej yang kerjanya berguling-guling ini masih dibiarkan berguling sehingga ke Kuala Selangor?
Mengapa setelah berjuta-juta dibelanjakan dengan kelengkapan yang berkelas tinggi dan international mahu berpindah ke kampung?

Jawapannya pasti ada. Mengapa IKYS Kuala Selangor yang perlu jadi mangsa atas permainan korporat di GLC Selangor?? Mengapa Inpens tidak kembali ke tempat lamanya di Shah Alam? Imej International lebih sesuai di Shah Alam atau lain-lain bandar besar.

Kursus otomotif, kecantikan dan solekan, Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara dan pendawaian elektrik ditawarkan oleh Kolej Inpens. Hah, bagaimana sebuah kolej yang sebegini berpindah randah macam berpindah rumah??

Bayangkan penempatan semula peralatan dan kos pindah. Sedikit? Do rolling stones gather mosses (say money)?

Exco Pendidikan dan Modal Insan Kerajaan Adil, beramanah, Bersih dan Berkebajikan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali nampaknya terpesona dengan geletek Nana Maidin, Takril Tasuki dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Agak menarik, Inpens juga menawarkan Sijil Elektrik MLVK. Taraf sijil ini lebih rendah berbanding sijil keluaran IKYS yang menawarkan Sijil kompetency yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga, JBE dan Persatuan Penjaga Jentera Malaysia.

Lepasan IKYS mendapat kelayakan PW1, PW2, PW3, PW4, dan sehingga chargeman jika melanjutkan kursus. Dari satu sudut tenaga pengajar IKYS lebih berpengalaman mendalam dalam bidang kompetensi elektrik.

Disinilah lojiknya Inpens “merge” dengan IKYS tetapi rencana asal merger ini tidak berlaku sebaliknya, IKYS terhalau oleh Kolej yang sentiasa berpindah randah ini. Entah pernah untung entah tidak sejak ia ditubuhkan? Menurut sumber dalaman, Inpens masih berhutang lapuk dengan Yayasan Selangor! Merger adalah lebih praktikal kerana ia mengambalikan semula Inpens kepangkuan Yayasan Selangor.

Hairan, GM Yayasan Selangor, Takril Tasuki begitu mudah mengalah malah tidak langsung mempertahankan IKYS! Seperti ada sesuatu yang tersirat. Surat arahan yang longgar dari SUK menjadi lesen untuk Inpens segera memasuki IKYS. Teori “the dream of three parties” kini sudah berasas!. SUK, Takril, dan Inpens!

Takril – Pengurus Besar Yayasan Selangor yang Non Educationist

Takril Tasuki menyertai Yayasan Selangor sebagai Timbalan Pengurus Besar II pada tahun 1998 merupakan bekas ADO Tanah di Hulu Selangor semasa pemerintahan Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib. Macam-macam cerita orang Hulu Selangor juga mengenai isu tanah di Kerling ketika beliau menjadi ADO.

Berikutan kes yang disebutkan diatas, Takril dikatakan disejukkan sebagai TPSU di Kementerian Sumber Manusia sebelum di bawa masuk oleh Tuan Hj Idrus Bahari ke Yayasan Selangor walaupun kurang disenangi oleh Dato’ Abu Hassan. Daapat difahami, Takril orang Mohd Taib.

Apabila DS Khir Toyo menjawat MB, Takril melobi jawatan Pengurus Besar melalui orang-orang kuat MB di Yayasan Selangor yang juga AJK UMNO Bahagian Sg. Besar. Dato’ Zulkarnaian Pengurus Besar tidak disambung kontrak manakala Tuan Hj Idrus Bahari, Timbalan Pengurus Besar I masuk umur bersara.

Dari segi merit dan moralnya Tuan Hj Idrus boleh dilantik menjadi GM sejak zaman Dato’ Abu Hassan malah ketika DS Khir sebagai MB kerana beliau adalah gurunya semasa menuntut di SMK Dato’ Harun dahulu namun memilih Tuan Hj Takril atau mungkin sudah menjadi rezeki dan faktor ’kejawaan’.

Sebagai gula-gula, Tuan Hj Idrus ditawarkan menjadi pengurus anak Syarikat YS iaitu YS Parking yang berorientasikan perniagaan ”parking”.

Perlantikan Tuan Hj Takril mencipta sejarah kerana satu-satunya bekas PTD yang ’non-educationist’ menjadi GM di Yayasan Selangor dan menjadi pelengkap kepada kerajaan ’jawa’ Negeri Selangor berwatak ”Kere Munggah Bale” yang menjadi penyumbang besar kejatuhan kerajaan BN kepada PR pada PRU12 .

Tuan Haji Idrus keluar ’sehelai sepinggang’ dari Yayasan Selangor dengan menumpang teduh di rumah anaknya angkara orang bawaannya dan bekas anak muridnya apabila YSP dibubarkan.

Mudah difahami ketidakupayaan Tuan Haji Takril memacu Yayasan Selangor yang ’berharta’ setaraf atau lebih hebat dengan dengan yayasan negeri lain boleh dikaitkan juga dengan ’kawalan’ pentadbiran dan politik oleh mantan MB.

Namun ia bukan alasan sekiranya beliau lebih meletakkan keutamaan kekuatan ’amanah’ melalui keazaman wawasan pendidikan yang meyakinkan seiring dengan kekuatan personaliti berbanding dengan kepentingan diri.

Melalui semakan rambang kakitangan Yayasan Selangor apabila berhadapan dengan masalah beliau lebih gemar membuat rombakan pentadbiran yang kadangkala tidak masuk akal.

Secara moral dan politik, perpindahan ke Bagan Terap adalah semata-mata keazaman para stafnya mempertahankan IKYS daripada dikuburkan dengan kesanggupan untuk berulang alik dari Kuala Selangor dan menunjukkan kegagalan besar Tuan Haji Takril sebagai anak kelahiran Kuala Selangor! MB bagaimana?

Tuan Pengurus Besar Yayasan Selangor bukan sahaja ’non educationist’ malah ’tidak ada wawasan’!

Pada tahun 2005 lawatan dari Workers Insitute Technology untuk membuka kemahiran kemahiran ’welding’ di IKYS tapi dilayan ’sejuk’ oleh Takril. Sedangkan WIT adalah badan bersifat antarabangsa dalam pentauliahan bidang kimpalan.

Begitu juga pada tahun yang sama apabila JKM menawarkan kursus jurusan pemasangan dan penyenggaraan ’air-cond’ di IKYS, beliau juga bersikap ’dingin’ tetapi tiba-tiba ’panas’ pada awal tahun ini apabila Inpens yang mempunyai kursus yang sama datang bertandang ke Kuala Selangor.

Walaupun Inpens pada awalnya tidak ’direstui’ oleh JKM kerana tidak membuat makluman perpindahan pusat latihan tetapi di atas kepintaran dan pengaruh Dato’ Mydin di SUK sambil membuat surat ’back dated’ kepada JKM memaklumkan perpindahan tersebut, maka akhirnya perintah dikeluarkan agar kursus tersebut dikendalikan Inpens.

Meloponglah Takril Tasuki kerana lakonannya hendak mempertahankan IKYS gagal! IKYS mungkin tidak diganggu-gugat oleh sesiapa jika sudah ada tiga kursus di kampus yang boleh menampung 1000 pelajar itu hanya dipenuhi oleh 200 orang pelajar jurusan elektrik.

Dengan ini terjawab sudah tuduhan yang dilemparkan bahawa IKYS tidak berusaha meningkatkan dan memperkembangkan kursus di pusat itu.

Pengurus Besar Yayasan Selangor perlu bertanggung jawab diatas kegagalannya. Pengurus Besarnya, Takril Tasuki perlu meletakkan jawatan.

Kepada Dr Halimah, ingatlah kesusahan yang di hadapi oleh pemangkin-pemangkin IKYS. Layanan biadab pegawai khas anda ketika mereka berkunjung ke pejabat anda amat dikesali. Ada yang hampir mahu membaling dan mematah-matahkan kad keahlian PAS mereka ketika itu.

Sehingga kini, belum nampak apa-apa blueprint dari exco pendidikan dan modal insan akan perancangan pendidikan di Selangor ini. Setakat yang diulang-ulang ialah hub pendidikan, perasmian, lawatan namun belum ada satu tindakan yang boleh dibanggakan untuk memperkasa industri pendidikan negeri ini.

Apakah ini kerana YB Dr Halimah juga bukan dari latar belakang pendidikan, ‘non-educationist’? Mengapa laman web-blog Dr Halimah yang one way traffic, dan tiada disertai alamat e-mail?

Kebimbangan disini adalah, jika pendidikan dan latihan di Selangor terus diuruskan secara caca marba, kemungkinan besar misi belia yang dibawa oleh MB Tan Sri Khalid akan menemui jalan buntu. ST.

Jatuhkan Khalid ? Usaha PAS atau Hassan Ali ?

PAS Selangor TERBABIT DALAM USAHA UNTUK MENJATUHKAN TS KHALID?

Kami telah mendapat maklum bahawa Selangor bakal menyaksikan pergelutan antara PKR dan PAS sungguhpun perkara ini disenyapkan oleh mereka dari Pakatan Rakyat. Laman ini telah membongkar mengenai dokumen pengambilan pasir – bagaimana dikatakan ada penyelewengan dalam isu konsesi pasir dan kecurian pasir di Selangor – yang melibatkan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor dan pentadbiran yang lemah kerajaan Negeri dalam menguruskan isu-isu mengenai pasir. (klik sini ) Itu satu bab, tetapi satu bab yang berasingan adalah bagaimana dokumen ini boleh terkeluar – siapa orang dalam yang mahu melihat Tan Sri Khalid tersungkur selain dari menceritakan kebenaran mengenai keburukan Tan Sri Khalid. Dalam hal ini berbagai-bagai nama telah di keluarkan oleh pelayar termasuk menuduh Azmin Ali sebagai orang yang terlibat dalam mencari jalan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid.

Namun satu pendedahan baru terkeluar untuk perhatian kita – adakah PAS juga terbabit dalam skandal mahu menjatuhkan TS Khalid Ibrahim? Isu rasuah Tan Sri Khalid mengenai lembu dan kereta Lexus yang digunakannya telah dikemukakan oleh GERAK atau Gerakan Anti Korupsi yang di terajui sebelum ini oleh Ezam Mohd Nor dan kemudiannya di ambil alih oleh Nazree Yunus. Nazree Yunus telah membuat laporan BPR mengenai isu ini dan sekarang berhadapan dengan tuntutan saman dari TS Khalid. Namun setakat ini pengakuan oleh Nazree Yunus adalah – dokumen itu tidak tahu siapa yang serahkan namun dari hasil tinjauan dan maklumat yang kami terima – dokumen TS Khalid dalam isu lembu dan Lexus datangnya dari PAS.

Adakah benar bahawa pendedahan dokumen yang dilaporkan oleh Gerak datangnya dari PAS? Adakah PAS terbabit dalam usaha menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar dengan mendedahkan keburukan TS Khalid. Mungkin ini satu pembaharuan dalam Pakatan Rakyat – mendedahkan kepincangan MB demi rakyat dan tidak hipokrit pada parti. Mungkin ini adalah corak politik yang mahu kita serapkan. Sekiranya kepimpinan itu tidak wajar memimpin – melakukan rasuah – kronisme dan nepotisme maka – dalam Pakatan mereka sendiri – mereka akan ambil tindakan untuk menolak kepimpinan tersebut. Adakah ini yang dilakukan oleh PAS – menggunakan GERAK dan Nazree Yunus dalam mendedahkan rasuah. GERAK sekiranya mahu nampak telus tidak seharusnya menipu dalam mengatakan siapa yang membuat tuduhan sebenar sekiranya mahu menjaga kepentingan rakyat khususnya rasuah. Kami mempunyai beberapa asas kekuatan untuk mula memaparkan isu – sama ada PAS Selangor – khususnya kepimpinan tertentu yang telah membocorkan dokumen semata-mata untuk menjatuhkan TS Khalid dan mungkin dengan agenda tersendiri – mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Namun tindakan ini mungkin baik bagi sesebelah pihak tetapi merupakan satu pengkhianatan kepada gerakan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Kami harap Hassan Ali atau Nazre menerima cabaran ini, PAS Selangor menjalankan gerakan menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dan GERAK dijadikan alat untuk tujuan ini : NAFIKAN !

Kerana kelemahan Khalid, Hassan Ali naik tocang

Khalid Ibrahim terlalu lemah dan melakukan banyak kesalahan yang senang dikesan maka itu menyebabkan ramai orang mula naik tocang.

Pokok rebah kura - kura pun naik memanjat !

Begitulah Hassan Ali yang memang dari awal gila - gila nak kan jawatan MB Selangor. Hassan Ali telah menggunakan siri kesilapan Khalid untuk menyerang kerajaan PAKATAN dengan harapan dia boleh jadi MB.

Antara taktik yang digunakan oleh Hassan Ali ialah menggunakan GERAK yang menjadi NGO Umno yang ditubuhkan oleh Ezam untuk menyerang Khalid. Kami telah mendapat bukti bahawa GERAK digunakan oleh Hassan Ali.

Kami cabar Hassan Ali nafikan.... atau kalau berani Nazre, Pengerusi GERAK nafikan.

Dalam isu GERAK – kami telah mencabar Sdra Nazree Yunus untuk mendedahkan, kerana sekiranya tidak maka kemungkinan dalam saman Khalid terhadap GERAK maka perkara ini akan muncul juga. Untuk tujuan itu, kami sekali lagi mencabar Nazree untuk tampil ke hadapan kerana nama-nama berikut mungkin amat signifikan bagi Pengerusi Gerak dalam isu mendakwa Khalid Ibrahim dalam isu rasuah lembu dan kereta.

Adakah Nazree ingat pada nama-nama berikut : Setiausaha Politik kepada Tn Hj Hadi Awang, Roslan SMS – PAS Selangor. Kami mendapat maklumat dan kami juga mempunyai sebab nama-nama berikut kami keluarkan kemungkinan untuk menyegarkan ingatan Nazree dalam isu pembabitan PAS dalam usaha menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Namun ini semua kerana Selangor ada MB yang lembab dan Exco yang mimpi jadi MB......

Tan Sri Khalid - masalah pada Selangor?

ImageAzmin Ali – ADUN Bukit Antarabangsa mendesak kerajaan negeri merombak barisan EXCO dan menyifatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebagai “mahkamah”. Ini merupakan satu kejutan kepada kerajaan Selangor apabila Azmin Ali bertindak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau mengenai pentadbiran Negeri Selangor. Adakah ini sebenarnya baru dalam Selangor? Adakah Selangor sebenarnya mempunyai masalah dengan Tan Sri Khalid.? Setakat ini ramai penyokong khususnya dari gerakan reformasi yang wujud pada tahun 1998 mengkritik kuat pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid yang sebelum ini tidak pernah berada dalam sirkulasi reformasi di lantik menjadi MB Selangor setelah PRU ke 12 lalu dikatakan mentadbir Selangor dengan corak korporat. Khalid turut dikatakan tidak peka dengan perjuangan khususnya mereka yang terlibat dalam reformasi 1998. Adakah kenyataan Azmin Ali ini merupakan satu signal kuat satu pergolakan akan berlaku di Negeri Selangor? Adakah mungkin Khalid Ibrahim gagal menerajui Selangor selaras dengan apa yang mahu dan di harapkan oleh penyokong Anwar Ibrahim?

Setakat ini www.airmataselangor.blogspot.com pernah menerima berbagai-bagai e-mel yang menyuarakan ketidakpuasan khususnya golongan reformasi 1998 terhadap cara dan pentadbiran Khalid. Adakah mungkin akan terselongkar lebih banyak isu-isu mengenai cara pentadbiran Khalid Ibrahim yang sehingga hari ini masih lagi belum menyelesaikan masalah pinjaman dan saman Bank Islam yang bernilai hampir USD 18.5 juta dalam pembelian saham Guthrie. kami akan cuba mencungkil lebih banyak isu mengenai Khalid Ibrahim selain dari kes-kes yang pernah dibawa oleh perbagai pihak dalam mengemukakan laporan kepada SPRM mengenai Khalid Ibrahim. Kami pernah bertemu dengan beberapa golongan reformis yang turut menyuarakan masalah terhadap pentadbiran Khalid sebagai MB. Hari ini juga terkeluar juga dalam www.malaysiakini.com mengenai Khalid mempertahankan kedudukan Rosmah Mansur dalam UNISEL. Kenapa terdapat penentangan terhadap Khalid dan apakah yang akan berlaku kepada PR Selangor

Jumaat, 16 Oktober 2009

Bagaikan tompok Harimau Bintang
Pepatih Inggeris berkata, “A leopard could never change it’s spot” atau terjemahannya, Harimau bintang tidak boleh membuang tompoknya. Ia bermaksud seseorang yang sifat dan naluri semulajadi sudah sedemikian, agak susah untuknya menukar.

Perhubungan lama dan rapat antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Dato Lim Kim Hong bukan lagi rahsia di kalangan ahli korporat tempatan.

Lim adalah bekas pemegang saham utama Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Berhad, dan kini menguasai Sumurwang Sdn Bhd dan I Berhad. Selain dikenali sebagai jenama elektrik dan IT, I Berhad adalah pemaju yang membangunkan I-City di Shah Alam yang menelan belanja RM1.5 billion.

Dengan bantuannya, Khalid telah dapat mengumpulkan benih modal untuk membeli saham Guthrie yang ditawarkan padanya pada harga murah. Khalid pula membantu dalam beberapa urusniaga membeli jual syarikat dan perniagaan.

Setelah menjadi ahli politik dan berdegar dengan retorik pentadbiran yang bersih, telus dan cekap, adakah Khalid sudah merenggangkan hubungan urusniaganya dengan Lim?

Jika keadaan terdesak, berapa lama harimau bintang boleh terus menyembunyi tompoknya?

Dari Ahli Korporat Ke Menteri Besar

Setelah kalah di pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat nafas baru untuk memenangi kerusi Dewan Undangan yang sama dan kerusi Parlimen Bandar Tun Abdul Razak pada pilihanraya Mac 8hb lepas.

Khalid diakui adalah seorang tokoh korporat yang telah memainkan peranan yang besar pada tahun-tahun awal Permodalan Nasional Berhad (PNB). Namun, diakhir-akhir kerjayanya dengan PNB, khususnya semasa mengurus Guthrie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), professionalisma dan etika kerjanya mula berubah dan pelbagai urusniaga mula mencurigakan.

Akhirnya Khalid dihentikan dari jawatan CEO dan khabarnya suatu penyaisatan telah dilakukan ke atas uruniaganya di dalam Guthrie. Sedikit demi sedikit telah didedahkan salahlaku urusniaga dalam pembelian saham dan pengurusan Guthrie.

Ada blog pro Umno ini pernah mendedahkan urusniaga Khalid di dalam tulisan bertarikh Jun 2007. Lim Kim Hong mempunyai peranan yang besar di dalam urusniaga utama Khalid. (Sila baca di sini)

Sebenarnya Khalid telah gagal sebagai ahli politik tetapi diselamatkan oleh tsunami politik. Dia bukan saja hidup kembali, malah ia suatu kejayaan besar dan dapat dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Belum Pun 100 Hari

Baru saja menghampiri 100 hari pentadbiran Khalid di Selangor, rakyat mula menyedari kepimpinan Khalid tiada hala tuju.

Kerajaan negeri hanya sibuk mencari, mereka dan mensensasikan tuduhan demi tuduhan ke arah pentadbiran sebelum ini dengan bantuan suratkhabar perdana seperti The Sun. Masa, tenaga dan sumber dihabiskan untuk menutup kelemahan pentadbiran dengan mengalih pandang.

Dari isu penternakan babi, ke isu Balkis hingga ke isu Bandar Mahkota Cheras, satu pun tuduhan yang dibuat walaupun sudah dibekalkan dengan fakta yang cukup namun Khalid gagal menyerang.

Janji-janji pilihanraya PKR dan PAS Selangor tidak feasibel dari segi kewangan dan tidak mungkin dapat dipenuhi. Tetapi Dato Hasan Ali marah jika diungkit janji-janji pilihanraya dan alasan yang diberi hanya menyalahkan kerajaan persekutuan.

Pada suatu masa dahulu pada tahun-tahun awal 90an, Khalid begitu hebat memberi pandangan berkenaan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai dan menegur kerajaan di rancangan Radio Ibu Kota bersama Deejay terkenal Zainal Din Zainal.

Nampaknya Khalid hanya pandai cakap sahaja. Ahli korporat ini tidak menampakkan keupayaan untuk mentadbir kerajaan negeri.

Laporan Polis

Pada hari Jumaat Jun 6hb, 2008, akhbar harian Sinar Harian melaporkan empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan polis tentang salah guna kuasa seorang pegawai kanan di pejabat menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mengikut jurucakap kumpulan ahli PKR itu, Remy Iskandar, pegawai kanan itu dipercayai telah meluluskan kontrak dan tender kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya dan mereka mempunyai "semua dokumen yang boleh menjadi bukti."

Laporan yang tidak mendapat liputan suratakhbar perdana mungkin merupakan “tip of the iceberg”.

Mana mungkin seorang pegawai yang bekerja di pejabat Menteri Besar melakukan pemalsuan letterhead pejabat Menteri Besar? Adakah pegawai tersebut begitu bodoh untuk melakukan sesuatu kesalahan yang mudah dikesan?

Reaksi Khalid yang dilaporkan Sinar Harian Ahad seolah-olah membuat "ugutan" tindakan disiplin terhadap ahli-ahli PKR tersebut.

Ramai ahli-ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Pejabat Kerajaan Negeri menyedari sesuatu perubahan.

Sebagai ahli korporat, Khalid pasti lebih cenderong untuk menggunakan pendekatan korporat untuk mengumpul dana bagi membiayai janji pilihanraya untuk Selangor dan mungkin sekali bersama, untuk urusan parti.

Modus operandi bakal melibatkan syarikat-syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dan kerjasama rakan kroni yang mempunyai perhubungan peribadi yang lama dan sumber modal.

Mencurigakan

Sejak mutakhir ini, pejabat Menteri Besar enggan melayani ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikat. Padahal mereka-mereka yang datang merupakan penyokong-penyokong PR dan mereka ini menawarkan produk, perkhidmatan, dan usahasama untuk membantu kerajan negeri.

Mengikut sumber-sumber, pejabat Menteri Besar hanya melayani mereka-mereka yang ada hubungan dengan I Berhad. Kemungkinan ada sesuatu yang tersirat di sebalik pengumumman Khalid untuk membatalkan polisi DEB dan mengulang polisi tender terbuka yang sudah diamalkan dari pentadbiran sebelum ini.

Khalid ada mengumumkan odit forensik akan dibuat terhadap kesemua syarikat-syarikat kerajaan negeri. Ramai mungkin menjangka ini bertujuan untuk mencari salah pengurusan yang lepas.

Sebenarnya, ia untuk mencari sebab untuk membatalkan kontrak-kontrak yang ada untuk diambilalih oleh kroni-kroni Khalid seperti I Berhad atau lain-lain syarikat Lim Kim Hong. Desas desus mengatakan kumpulan ini dijangka mendapat kelulusan untuk membangunkan tanah-tanah tertentu di kawasan prima di Lembah Klang.

Seiringan dengan desas desus ini, Khalid telah dapat meyakinkan DYMM Sultan Selangor untuk melantik seorang kroninya, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Syed Anwar mendapat bantuan Khalid untuk naik dari Pengurus biasa hingga menjadi CEO Kompleks Kewangan. Kemudian, beliau terlibat dengan MRCB, Media Prima dan Realmild Sdn Bhd. Kini beliau adalah Pengerusi DRB-Hicom Berhad, EON Capital Berhad, dan Cahaya Mata Sarawak Berhad, selain Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji.

Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad dan Sime Darby Berhad, Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda juga dilantik.

MAIS mempunyai pegangan hartanah yang banyak dalam Selangor dan tokoh-tokoh korporat ini, khususnya Syed Anwar, tentu dibawa untuk membangunkan hartanah. Tentu sekali pembangunan hartanah memerlukan rakankongsi yang bermodal dan syarikat pembangunan hartanah.

Masaalah Peribadi?

Ramai mempercayai Khalid sebagai mantan Bendahari banyak menyumbang kepada pembiayaan operasi PKR.

Difahami dari sumber dalaman Bank, Khalid kini mempunyai masaalah hutang dengan sebuah Bank. Saham Guthrie yang telah dicagar telah jatuh dari paras harga margin dan jualan tidak mencukupi untuk menampung hutang.

Maka, bantuan seorang rakan lama seperti Lim Kim Hong amat diperlukan untuk menyelesaikan masaalah peribadinya yang dikatakan mencapai jumlah jutaan ringgit dan komitmennya membantu kwangan PKR. Dalam dunia perniagaan, saya garuk belakang awak dan awak garuk belakang saya.

Hanya harimau bintang yang tidak boleh membuang tompoknya.


Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute