Isnin, 23 November 2009

MB Selangor flip flop

Kejap kata publish...kejap kata tak publish...apa nie ...macam Pak Lah... Kenapa masa umum tak tengok betul2....ingat ini bukan nak tadbir ladang sawit ini negeri tau !! Sapa nak cover duit nak cetak tersebut !!!

Kerajaan Selangor membatalkan hasratnya menerbitkan dokumen sulit laporan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu setelah kerajaan persekutuan membantahnya.

Menteri besar berkata pendedahan itu penting bagi "menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai" tetapi dokumen itu telah dikelaskan sebagai "rahsia" oleh jemaah menteri.

"Sebelum ini kerajaan negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu (tidak akan mendedahkan laporan) dan meminta kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa (dengan Selangor) demi kepentingan orang awam.

"Bagaimanapun, kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh jemaah kabinet.

"Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Nik Aziz nasihat Ariffahmi letak jawatan

MB Selangor harus faham....

KOTA BHARU, 23 Nov:
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),"

"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.

Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.

Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

"Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi.

Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.

"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"

Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak.

"Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK.

"Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.

Kronisma Dalam Pemilihan Ahli Majlis

Menteri Besar Selangor , Tan Sri Khalid, ada menyebut di dalam akhbar the Star, Sinar dan Suara Keadilan beberapa minggu lalu tentang ketelusan dalam pemilihan Ahli-Ahli Majlis PBT tanpa ada campurtangan YB ADUN dan YB Parlimen. Tetapi pemilihan Ahli-Ahli Majlis dikebanyakan PBT dilihat banyak kepincangan dan ada unsur kronisma.

Salah satu PBT yang dihubungkait adalah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
YB Parlimen Ampang, Hajah Zuraida Kamaruddin mengamalkan kronisma didalam pemilihan Ahli-Ahli Majlis MPAJ. Beliau adalah salah seorang daripada Panel Pemilihan Ahli-Ahli Majlis PBT di seluruh negeri Selangor. Terdapat info daripada sumber yang sah, bahwa biodata-biodata Ahli-Ahli Majlis MPAJ dipihak beliau, dihantar secara “last minute” tanpa usul periksa dan penelitian yang rapi tentang latar belakang mereka. Baca lagi

Read More related stories

MPAJ duo to sign statutory declarations today

The two nominees to the Ampang Jaya Municipal Council (MPAJ) accused of having been involved in criminal activities will be asked to sign statutory declarations today to declare they have clean records.

Candidate claims his exile was politically motivated to discredit him

One of the two nominees to the Ampang Jaya Municipal Council (MPAJ) accused of having been involved in criminal activities has served two years in restricted residence in Gua Musang.

Complaint over two Selangor council nominees
Two nominees to a Selangor municipal council have been accused of having been involved in criminal activities.

Ma’amor: Abdul Aziz is no longer our member

The Muslim Consumers’ Associaton of Malaysia (PPIM) has pointed out that one of the new councillors for the Ampang Jaya Municipal Council (MPAJ) is not a member of their organisation as listed.

Ahad, 22 November 2009

Khalid , Guthrie dan


Khalid pernah gunakan roundtripping versi secara paling mudah untuk menipu sahabat-sahabatnya. Itu yang diceritakan dalam sebuah artikel MyKMU sini. Kami siarkan petikan artikel itu di bawah:

Pada tahun 1980an, Guthrie mempunyai sebuah syarikat kegiatan trading bernama Guthrie Trading (GTSB). Dibawah GTSB, ada anak syarikat bernama Guthrie Furniture Sdn Bhd (GFSB).

Untuk makluman, GFSB sepatutnya berperanan menjadi syarikat payung untuk membantu pengusaha-pengusaha pembuatan perabut Bumiputera. Disebabkan pengurusan yang tidak efisyen dan amanah, GFSB itu tidak memainkan peranan yang sepatutnya dan akhirnya program tersebut dihentikan. GFSB dan GTSB mengalamai kerugian besar.

Kegiatan utama GTSB adalah sebagai pembekal baja untuk kepada ladang-ladang Guthrie. Ini yang membolehkan syarikat tersebut kekal hidup walaupun sedang mengalami kerugian besar. Lesen general trading tertentu yang diberikan tidak dimanafaatkan. Syarikat pun mengalami hutang yang besar.

Apabila Khalid diperuntukan saham Guthrie dan diletakkan sebagai CEO Guthrie, dia cuba memperbaiki penyata akaun Guthrie. Antara yang dilakukannya adalah untuk mengeluarkan GTSB dan GFSB yang banyak hutang, kerugian dan bergantung hidup dengan Guthrie dengan menjual anak-anak syarikat ini.

Syarikat itu ditawarkan Khalid kepada dua orang sahabatnya dengan janji Guthrie akan kekalkan kontrak pembekalan baja dan ditambahkan kontrak tersebut. Walaupun syarikat mengalami hutang dalam belasan juta dengan Bank tertentu, ‘lembu dua ekor’ ini digula-gulakan dengan lesen general trading tersebut dan sokongan perniagaan dari Guthrie.

Dengan terjual GTSB dan anak syarikat GFSB, akaun bermasaalah ini terkeluar dari akaun Guthrie dan tercucilah penyata akaun dari jumlah yang menyakitkan mata dari operasi ini.

Guthrie selesaikan masaalah mereka tetapi lain pula cerita dua usahawan Melayu yang gopoh. Mereka terpaksa mengendung biawak hidup Guthrie – hutangnya, masaalah Bank, kerugian, masaalah dengan kesatuan sekerja, belanja pemberhentian pekerja, dan lain-lain.

Bantuan yang dijanjikan Khalid dari segi kontrak sedia ada dan sokongan dari Guthrie tidak pula kedatangan. Lesen general trading itu pun dipindahkan ke Guthrie dan tidak dikekalkan dalam GTSB seperti yang dijanji. Akhirnya GTSB dan GFSB tutup dan kedua-dua lembu tersebut bankrup.
Kami The Unspinner dok hairan macam mana Securities Commission boleh diam saja? Macam mana CIMB yang diketuai oleh Nazir Razak boleh bersekongkol bantu Khalid melakukan penipuan yang tidak beretika?

Rabu, 18 November 2009

Khalid lantik DSAI penasihat hanya untuk berlindung dibelakang DSAI ?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan kontroversi untuk mengambil alih tanggungan hutan Talam Corporation berjumlah RM391.7 juta.

Katanya, keputusan itu adalah urusan kerajaan negeri. Ia adalah satu keputusan yang sukar difahami kerana urusan ini memerlukan pemahaman yang tinggi dalam soal teknikal.

"Urusan ini menuntut seseorang yang memiliki tahap perakaunan yang tertentu untuk memahami keseluruhan proses pengambilalihan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Khalid jelas sombong dan cuba mempertahankan tindakanya dengan menyalahkan rakyat kononya bodoh dan tak paham tindakan tokoh korporat sepertinya.

Khalid juga menjelaskan, semua perkara yang berkaitan dengan pengambilalihan itu telah pun melalui proses konsultansi yang mendalam dengan para akauntan dalaman serta pengurus besar semua anak syarikat yang terlibat dalam urusan ini. Adakah ini dakwaan benar, maklumat dari dalam anak syarikat menyatakan tindakan ini hanyalah tindakan peribadi Khalid.

“Dah tentu dalam urusan ini, matlamat kita ialah untuk melindungi kepentingan awam," tegas beliau.

Ketika ditanya, siapakah konsultan dalaman yang beliau maksudkan, Khalid secara bersahaja menjawab dengan angkuh; “Konsultan itu adalah Khalid Ibrahim kerana saya orangnya yang membuat cadangan tersebut dan saya akan memastikan proses pelaksanaannya nanti."

“Dan kos untuk konsultansi dalaman itu adalah percuma melainkan saudara-saudari semua nak saya caj kerajaan negeri,” katanya memberikan jawapan umpama bola tanggung kepada pembangkang di Selangor.

Dalam pada itu, Exco Kanan Kerajaan Negeri, Teresa Kok turut mempertahankan keputusan itu sebagai satu langkah yang betul untuk menebus semula kerugian yang dialami.

Seperti biasa Exco yang menyokong Khalid membabi buta sebaliknya menyalahkan Barisan Nasional (BN) di atas kegagalan untuk mengutip semula kerugian tersebut sejak 10 tahun yang lalu.

Teresa juga mempertahankan Kerajaan Negeri yang sebelum ini diserang oleh beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat yang mempertikaikan keputusan untuk mengambilalih kerugian Talam Corp.

Katanya, setiap minggu kerajaan negeri perlu membuat keputusan melibatkan pelbagai isu dan adalah mustahil untuk Exco melaporkan kepada parti masing-masing apa yang telah diputuskan.
Beliau mengharapkan para pemimpin PKR, DAP and PAS perlu meletakkan kepercayaan masing-masing kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh PR.

Semalam seorang pemimpin utama KEADILAN telah mengirim e-mail kepada semua ahli parlimen parti itu dan juga ahli dewan undangan negeri mempertikaikan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pada 9 November lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM391.7 juta untuk sayap pelaburan Kerajaan Negeri, iaitu Perbadanan Menteri Besar membeli hutang yang ditanggung Talam Corp kepada beberapa agensi kerajaan negeri.
Jumlah hutang itu termasuklah hutang Talam dengan PKNS, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) and Universiti Selangor (Unisel).

Ini adalah satu tindakan bail out ala Bn yang merugikan negeri.

Jauh dari itu DSAI akan terpalit kerana selaku Penasihat Ekonomi beliau akan terpalit dengan tindakan salah ini sedangkan DSAI tidak dilibatkan dengan tindakan tersebut.

Isnin, 16 November 2009

Kenapa Khalid pertahan I city

Kaum India perlu bertanya mengapa Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan Khir Toyo yang bersetuju agar I City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil (Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang) di I City, Shah Alam? Tindakan ini sebenarnya bahaya dan menjejaskan imej bukan sekadar Khalid dan Selangor tetapi keseluruhan PR

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?

Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum india yang selama ini menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, yang rasuah seperti Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I City dengan syarat pemaju memperuntukan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I City di bawah untuk menentukan Khalid ini pembohong atau jujur.



Persoalan yang besar mengapa MB yang mempertahankan I City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Bacalah hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I City Berhad di sini.

Nazree menipu ?

Semalam Nazree proksi Ezam untuk jaga GERAK menafikan bahawa penglibatan PAS atau lebih tepat Hassan Ali disebalik serangan GERAK terhadap Khalid Ibrahim. Kenapa ini berlaku tiba - tiba ? Mungkin kerana Hassan Ali dan juaknya risau akan jika Nazree mendedahkan sesuatu yang benar dan tak boleh terjawab dalam keadaan dia sedang menyusun langkah memperkuatkan agenda geng kerajaan perpaduanya. Nazree mengeluarkan kenyataan setelah ditawar sesuatu oleh geng Hassan Ali bagi menutup janji lama yang tak tertunai ?

Kepada Nazree kamu budak baik jangan tertipu dengan permainan janji - janji politik.... lihat sahaja janji Ezam pada kamu.... sekarang pejabat GERAK di Kelana Jaya sudah ditutup.... GERAK hanya digunakan Ezam untuk mendapat perhatian Umno.... apabila agenda itu selesai maka pejabat gerak tidak beerti.... mujur kereta baru dan keluarga kamu masih di sara sikit - sikit oleh geng Umno yang berada di belakang Ezam.....

Umno Reform juga ada mendedahkan.

Nazree berbohong – PAS memang terlibat
Written by Webmaster
Tuesday, 17 November 2009


Nazree Yunus, Pengerusi GERAK hari ini menafikan pembabitan PAS dalam membekal fakta dan dokumentasi mengenai rasuah MB Selangor, Khalid Ibrahim. Kenyataan beliau menafikan kenyataan laman ini mengenai ada unsur penglibatan PAS dalam isu rasuah Tan Sri Khalid. Kenyataan yang di buat beliau tersiar dalam www.malaysiakini.com klik sini . Kenyataan www.umno-reform2.com mengenai pembabitan PAS boleh di akses pada capaian klik sini bertajuk Siapa tikam Khalid Ibrahim. Sungguhpun penafian itu agak lewat tetapi www.umno-reform2.com percaya Nazree kemungkinan tidak mahu melibatkan politik kepartian dalam isu rasuah ini. www.umno-reform2.com percaya dan mempunyai asas kukuh untuk menunjukkan bahawa terdapat penglibatan PAS dalam soal menjatuhkan Khalid dan ini semestinya dilakukan untuk tujuan politik tertentu. PAS akhir-akhir ini diasak dengan berbagai-bagai isu yang mampu menjejas kredibiliti beliau. Penafian Nazree hanya akan mengundang pendedahan yang lebih terperinci oleh www.umno-reform2.com dan butiran ini dipercayai akan terkeluar sekiranya prosiding mahkamah saman Khalid Ibrahim terhadap Nazree berjalan terus. PAS bagi www.umno-reform2.com semakin rancak bermain politik. Perpecahan dalam PAS tidak mungkin dapat diatasi dengan hanya seminar penyelesaian kerana sehingga hari ini – seminar penyelesaian hanya sebagai langkah politik menutup masalah yang ada. Isu berpuak-puak semakin ketara dan isu ini akan memuncak – lebih dahsyat lagi sekiranya Nik Aziz melepaskan jawatan MB Kelantan. Sehingga hari ini – percaturan pengganti Nik Aziz semakin hebat dilakukan. Isu ini semakin bergegar dan masalah ini akan membesar. Apa pun www.umno-reform2.com akan terus meneliti laman berita www.malaysiakini.com sekiranya Ketua Penerangan PAS Selangor dan mereka yang dikatakan terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Khalid berani membuat komen. www.umno-reform2.com akan mendedahkan seterusnya Penglibatan PAS dalam memastikan MB Selangor di gugurkan. Menurut salah satu sumber terdekat juga isu rasuah Khalid akan turut dibawa ke mahkamah oleh SPRM. SPRM dikatakan akan mendakwa Tan Sri Khalid dalam masa terdekat ini.

Kami kenal webmaster Umno Reform dan kami kenal Nazree mereka pernah rapat ketika bertugas di bawah sebuah institut. Kami yakin Umno Reform ada bukti yang dikatakan itu.... dedahkan sahaja.... buat Hassan Ali masuk terus lah Umno senang kami yang tinggal nak buat kerja.....
Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute