Oleh : Mat Sahak Mat Yem.
Ada dua berita menarik melibatkan MB Selangor, Khalid Ibrahim sepanjang minggu ini.
Pertama ialah perintah mahkamah supaya Khalid Ibrahim membayar hutangnya kepada bank Islam sejumlah RM66 juta (AS$18.521 juta) kepada Bank Islam bagi pinjaman yang diambilnya pada tahun 2001 untuk membeli saham Guthrie Bhd.
Walaubagaimanapun, Khalid melalui peguam yang handal dan hebat, Malik Imtiaz sarwar telah telah memfailkan permohonan perbicaraan penuh akan kes ini. Sebelum ini Khalid juga telah memfailkan saman balas terhadap bank tersebut pada 18 Mei 2008
Melalui perintah ini Khalid samada secara teknikal mahupun jelas adalah seorang “defaulter” terhadap pembayaran yang perlu dibuat olehnya kepada pihak bank.
Dalam kehidupan harian, kiranya seorang pembeli kereta tidak membayar keretanya dan dituntut dimahkamah tanpa kehadirannya, pihak menuntut boleh mendapatkan “judgement by default”. Ini biasanya berlaku tanpa kehadiran siberhutang. Dalam satu keadaan lain pihak pemberi pinjam akan berusaha menarik kereta yang dibeli.
Sekiranya rayuan Khalid ditolak di mahkamah, maka tidak dapat tidak Khalid perlu membayarnya tanpa alasan.
Sekiranya Khalid masih engkar atau gagal membayar, pihak pemberi pinjam berkemungkinan akan menggunakan beberapa instrumen lain untuk mendapatkan semula wang yang telah diberi pinjam.
Antaranya ialah memohon pembekuan aset samada yang mudah alih atau yang kekal dimahkamah. Kedua, memohon pengistiharan kebengkrapan terhadap Khalid Ibrahim.
Di pihak Khalid pula, jika beliau tidak mampu membayar, beliau juga boleh memfailkan kebengkrapan terhadap dirinya sendiri. Ini biasa berlaku dinegara-negara barat.
Dalam kesemua scenario diatas, Khalid tidak punya pilihan lain, melepaskan semua jawatannya samada dalam kerajaan mahupun dalam parti. Khalid adalah Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Selangor.
Dalam konteks yang lebih ekstrim, Khalid tidak perlu menunggu keputusan mahkamah untuk meletakkan jawatan. Dia perlu berbuat demikian sekarang. Noktah.
Dalam keadaan ini, pucuk pimpinan PKR, Anwar Ibrahim dan barisan Majlis Pimpinan pusat perlu menasihatkan dan mendesak Khalid supaya meletakkan jawatan.
Alasan prima ialah, terdapat percanggahan kepentingan atau “conflict of interests” bagi seorang yang banyak berhutang untuk mengurus sebuah negeri yang melibatkan dana berbiliun ringgit.
Melalui pendedahan kes hutang ini jelas terbukti Khalid cuba menutup kudis dan sopak yang menghantuinya selama ini. Dapatlah difahami bahawa semasa di Guthrie, Khalid mendahulukan kepentingan peribadi.
Sebagai Tuan Besar di Guthrie, bagaimana Khalid berusaha memiliki saham atau sejumlah saham yang mungkin boleh menjadikannya sebagai ‘minority share holder’ terbesar yang memungkinkannya terus bertakhta di Guthrie? Namun cita-cita Khalid tersadai tidak sampai ketepian.
Hairan bagaimana Khalid sebagai Tuan Besar di Guthrie menggunakan kuasanya untuk berbuat demikian? Kuasa. Tamak . Dan Khalid berkuasa ketika itu.
Jika Khalid boleh menggunakan kuasa sewenang-wenangnya di Guthrie apakah jaminan yang dia tidak akan melakukannya sekarang? Tambahan dia kini seperti seekor tikus jatuh ke beras!
Bolehkah Khalid berlaku jujur? Sudah terbukti Khalid membohongi seluruh rakyat dengan tidak mengistiharkan harta dan asets nya. Yang diistiharkan hanya gaji sebagai Menteri Besar. Tidak diistihar berapa rumah dan kenderaan yang dia ada. Tidak diistihar juga berapa banyak asset mudah alih miliknya. Tidak diistihar juga berapa banyak liability yang ditanggungnya. Tidak diistihar juga elaunnya sebagai Pengerusi MBI yang berjumlah ratusan ribu ringgit!
Kenyataan Khalid yang berbau sombong terhadap pihak bank hanya mendedahkan sedikit sebanyak karakter atau warna sebenar Khalid.
Agak pelik juga bagi kita insan jalanan, yang memberi hutang meminta duitnya, tetapi yang diberi hutang menyaman pihak menuntut.
Berita kedua yang menarik ialah Khalid Minta YB Badrul Hisham Letak Jawatan.
"Kita tidak boleh mengarahkan seseorang untuk letak jawatan, tetapi jika itu yang terbaik untuk rakyat, mengapa tidak?
Mengapa tidak boleh? Sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, Khalid boleh berbuat demikian setelah mengadakan pungutan suara dari anggota badan perhubungan yang terdiri dari Pengerusi-pengerusi Cabang. Namun Khalid sendiri tidak punya hubungan baik dengan majoriti pengerusi cabang seluruh Selangor, kecuali Dr Xavier Kota Raja yang sentiasa mengangguk dan mengampu Khalid.
Ringkasnya, Khalid tidak perduli akan parti yang mengangkat namanya ke jawatan sekarang, MB Selangor. Natijahnya, terdapat tindak tanduk Ahli Yang Berhormat dari PKR yang hentam keromo dang mungkin juga kepanasan bontot oleh siasatan SPRM.
Lantaran kebanyakan Pengerusi Cabang adalah pemangkin reformasi, Khalid tidak mampu mengawal mereka. Bagi Khalid, kesetiaan itu boleh dibeli. Lantas dia mengawal semua perlantikan ke jawatan-jawatan mengikut kehendak hatinya dengan meletakkan kronisma dan nepotisma sebagai kayu ukur. Penggiat parti diketepikan malah PKR Selangor hampir mati di tangan Khalid.
Lihat sahaja bagaimana brutalnya Khalid memecat bekas Pegawai Khasnya Hj Yahya Saari melalui pesanan ringkas SMS, memecat beberapa orang setiausaha PKR di Kuala Selangor termasuk yang terbaharu Jeffri Maskon. Pada masa sama dia juga sesuka hati melantik orang luar yang tidak langsung ada kena mengena dengan Ijok atau Kuala Selangor untuk menjaga DUN Ijok. Dua muka tebal tidak tahu malu ini tentulah Osman Karim dari Bandar Tun Razak dan Haji Rahman Talib dari Kajang. Mungkin orang Ijok semuanya bengap dan hanya sekolah atap sehingga tidak layak menjawat jawatan penting di Ijok.
Dengan membuat semua perlantikan tanpa merujuk parti adalah perlanggaran perlembagaan parti. Malang sekali, konsep parti menguasai kerajaan tidak masuk dalam minda Khalid tetapi Khalid lebih mirip akan konsep “orang parti menguasai kerajaan”. Maka bermulalah era “power corrupts, absolute power corrupts absolutely” di Selangor.
Hari ini Khalid sudah mula perasan apabila dilambong dan dikipas oleh pecacainya bahawa dia layak bertanding Timbalan Presiden PKR. Pecacai-pecacai Khalid mula dan cuba memperomosi bahawa Khalid layak dan punya penyokong yang taat setia. Baru-baru ini apabila terdapat tentangan terhadap Khalid di daerahnya sendiri, berderum-derum orang-orang yang kononnya penyokong Khalid membuat hebahan surat khabar bahawa Khalid mendapat sokongan padu dari seluruh ahli PKR walaupun sumber kawasan mencatatkan hanya 60 orang yang datang dalam perjumpaan sumpah setia itu. Menurut laporan, yang datang dalam perjumpaan itu di impot dari beberapa kawasan oleh adiknya Aajiman. Yang datang kebanyakannya bukan ahli parti, menurut sumber itu.
Tunggulah dalam masa mendatang segala kebejatan Khalid akan terdedah dengan sendirinya. Bunga-bunga bahawa Khalid boleh melompat juga sudah bercambah melalui kenyataanya untuk berbaik dengan kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama Khalid buta atau sengaja buat-buat tidak nampak bahawa Najib dan UMNO sedang merencanakan ‘grand design’ untuk mencuri Selangor dari Pakatan Rakyat.
Tidak dilupakan juga satu berita yang tidak kurang menariknya ialah berita ketegasan Baginda Sultan Selangor menolak cadangan Khalid untuk menggunakan wang zakat untuk pembangunan. Kenyataan jawab oleh Khalid bahawa wang zakat akan digunakan hanya untuk pembangunan umat Islam tidak diperlukan sama sekali kerana sudah sekian lama fungsi ini berjalan. Begitu juga dengan wang baitulmal, Khalid tidak boleh sentuh kerana puncanya adalah dari orang Islam.
Janganlah kita lupa bahawa Tun Mahathir satu ketika dulu pernah berura-ura mahu mengusik wang baitulmal tetapi tak kesampaian. Nampaknya Khalid punya framework pemikiran yang sama dengan Mahathir!
Penolakan ini boleh dianggap sebagai pukulan TKO kepada Khalid sebagai MB Selangor. Kenyataan Baginda Sultan ini juga seolah-oleh mengiyakan spekulasi bahawa hubungan Khalid dengan istana sudah mula renggang.
Apakah Khalid mampu menahan arus deras yang akan merembas nya kali ini? Jika Khalid menghadapi terjahan dahsyat, dia tidak layak untuk meminta ehsan belas parti kerana sudah acapkali dia bermulut capui dan diterjemahkan dalam perbuatannya bahawa parti tidak penting.
Akhir sekali, ingin dilontarkan satu soalan cepu emas. Apakah benar Khalid sudah membawa masuk seorang wanita yang amat disayangi dan dipercayainya ketika di Guthrie ke tingkat 21?.
Jika benar, bak kata perumpamaan melayu klasik, seperti Luncai (sebut Khalid) terjun dengan labu-labunya, biarkannnn.
9 ulasan:
Sudah2 la cerita hal2 yang tak baik tu bro...... Bulan Ramadan ni. JOM MEJID BRO? Terawikh, tadarrus + semayang sunat byk2..
Mudah2 an segala amal dan kebaikan kita di terima Allah......
Anda...seorang pendendam dan jika duduk dalam mana2 partipun hanya akan merosakkan...walaupun sy penyokong UMNO tetapi sebagai rakyat Bestari Jaya...prestasi TSKI tdklah boaleh ditrima. Insya`allah kami di DUN IJOK memahami kesibukan TSKI mentadbir Negeri..apa yang peliknya kalangan mereka yg mempunyai kereta menjalar dan harta semakin bertambah selepas PR mensng yang tdk suka TSKI..jangan tamak sgt allah tak suka..mana2 yg lopong kita sebagai ahli dan penyokong yg perlu tampong secara bersama...
MARI KITA SAMA2 BETULKAN..
Minta YB Dr. Halimah Ali tengok2 kan hal ni....EXCO Pendidikan N. Selangor..
Kali terakhir saya pergi ke UNISEL adalah sekitar tahun 2007 dan maafkan saya kalau saya terlepas dari mengikuti perkembangan terkini...
1. Permasalahan CAFETARIA untuk pelajar..
Melalui penelitian saya pada masa itu, hanya terdapat beberapa pintu cafetaria di kawasan penginapan / asrama pelajar....Tetapi keseluruhan pintu2 tersebut telah di monopoli oleh HANYA 1 PENGUSAHA....Mamak.
Saya bukan anti mamak tetapi bukankah lebih baik sekiranya pelajar-pelajar tersebut di beri "pelbagai pilihan". Selera manusia memang pelbagai, ada pelajar asalnya Kelantan, Kedah, Johor dll di sertai dengan selera yang pelbagai.
Dengan keadaan monopoli tersebut (pada waktu itu) menjadikan harga melambung yang mana ia agak menyusahkan dan membebankan ibubapa dari segi kos...
Takapa kalau lot-lot tersebut telah di ikat dengan "perjanjian j.masa panjang" atau bujet pembangunan constrain pada pihak UNISEL tetapi pilihan akan tetap ujud... Misalnya DIASWASTAKAN PEMBINAAN KAWASAN KAFETARIA BARU?
2. YAYASAN SELANGOR..
Ini lebih kepada perkara "PEMANTAUAN KEBOCORAN" pendapatan..
Kalau kita perhatikan bahawa Yayasan Selangor mempunyai 3 bangunan komersil di Bukit Bintang, Petaling Jaya dan Kampung Baru. Berapa "jumlah keluasan lantai bersih"?
Perlu di ingat bahawa ke tiga2 bangunan tersebut di perolehi secara percuma oleh Yayasan Selangor..Maknanya Perbelanjaan Pembangunan = 0, pinjaman = 0, pinjaman perlu di bayar balik = 0.
Kerja senang....Cari penyewa (property agent)TOLAK PERBELANJAAN (mentainence, cukai pintu, cukai tanah dll) = UNTUNG.
Percuma?
Bukit Bintang sebagai hadiah dari kerajaan negeri (betulkan saya kalau salah), Petaling Jaya adalah pulangan dengan nilaian sama tanah yang di majukan oleh ARMCORP. Dan Kampung Baru adalah pulangan nilaian tanah yang di majukan oleh SELBORN.
TETAPI MALANGNYA..............
1. Tidak dapat memberi pulangan yang optima kepada Yayasan?
2. Ujudnya perbelanjaan yang dibuat untuk 1 perkara secara berulang2?
3. Kutipan sewa telah di swastakan walaupun Yayasan mempunyai tenaga kerja sendiri?
4. Pengurusan dan mentainance bangunan pun telah di swastakan?
5. Odit nya mana? Berapa % yang tenanted? Berapa rate sewaan?
Perkara ke dua yang ingin saya sentuh adalah peruntukan tanah yang beratus-ratus ekar atau beribu2 ekar di kawasan Pulau Carey...Ianya di peruntukan untuk menjamin hasil masa depan yang stabil untuk manafaat pendidikan rakyat selangor.
Saya setuju bahawa pembangunan untuk kawasan-kawasan tersebut agak lambat untuk mencapai ke tahap OPTIMA NILAI. Tetapi terdapat pilihan-pilihan lain untuk jangkmasa terdekat. Cuba YB perhati betul2 kawasan tersebut..........
Ada tanaman kelapa sawit? Beratus2 ekar? Atau beribu ekar? Cuba perati "detail" (perincian) akaun pendapatan Yayasan Selangor.
Ada hasil dari sumbangan keuntungan ladang kelapa sawit? Atau pendapatan pajakan sementara tanah ladang?
Tolong la tengok2 kan perkara ni YB.....
Bantailah yop. Sape ye orang PKR Kuala Selangor pakai kereta menjalar? Banayk perojek ler tu? Posting ler gambor. Model Harrier ke Mercedes ke? Plet nombor berape, boleh kita check kat JPJ nama sape dia guna. Apa kegiatan dia samapai begitu mewah dalam masa singkat. Nak kate projek, sekarang susah sikit nak dapat. Tender cara terbuka. Harga terendah. Setakat pelobi kelas F sorrilah nak dapat. Jumpa MB pun belum tentu boleh dapat.
Curi pasir ke?
Setahu akulah...yang pakai kereta menjalar adalah WRA 79 dulu..Harrier baru tu...eh itu bukan Hajiman adiknye ker?...entah orang bagi tau..
Kalau orang pencen pakai merc aku tak kisah...duit pencennya banyak.anaknya 2 orang doktor...ishh.
Sebenornye...yang pakai kerete menjalor tu..dia mampu..saja nak tunjuk...bukan kita sengkek sangat. Yang rasanya sengkek sangat tu...bila tidak dapat jadi ahli majlis guling guling nak masuk UMNO.
Kita tunggulah...
Alahai, sape pulak yang jadi tenggiling berguling nak masuk UMNO? Tak dapat jadi ahli majlispun sampai nak masuk UMNO? Dengar khabar dia dah pusing habis dan jadi orang kuat Khalid? Pelik dalam PKR ni, tak dapat jadi ahli majlis ugut sana ugut sini nak keluar parti. Cam ne dengan orang yang dari dulu sejak PKN tak jadi apa-apa? Tak kisahpun.
Beartlah kalau orang yang macam ni yang TSKI pakai.
Selangor tergugat?
http://rights2write.wordpress.com/2009/09/03/selangor-under-siege/
Ye ye ...esok Selangor Tukar Kerajaan...yahooo...mengikut ramalan blogger pencacai Tawan Selangor...Selangor Bangkir...Papukari...Nazmi..Medaninfo...Rbf..and gang.
Maklumat blog best tapi warna latar biru muda susah nak baca dengan teks warna putih. Tukarkan warna brader.
Catat Ulasan