Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
Semasa lima buah negeri dimenangi PR, saya telah menulis kepada blog MSK dan menyatakan, betapa perlunya diwujudkan satu koridor kuasa yang mampu menzahirkan corak pemerintahan berbeza antara PR dan BN.
Sayang…pandangan itu tidak disambut secara positif oleh mana-mana negeri Pakatan sehinggalah Perak hilang dari genggaman.
BN kini – sama ada secara bersembunyi mahu pun terang-terangan – memang mahu mengambil (baca: merampas) kembali negeri Selangor. Ini adalah negeri termaju di Malaysia. Negeri yang menyebabkan pemimpin UBN hilang selera tujuh hari tujuh malam apabila terlepas kepada Pakatan.
Sayangnya, Pakatan gagal memanfaatkan potensi Selangor bagi menjana sokongan berterusan kepada PR. Anda tak perlu memerah fikiran mencerna apa yang saya tulis, kerana saya akan memberikan beberapa contoh:
1. Selangor didiami oleh lebih 5 juta manusia, itu adalah rakyat Selangor dan jika dicampur dengan pelbagai jenis manusia lain yang mendatang, maka mungkin mencecah 6 ke 7 juta. Jumlah ini sudah mampu menjadi modal jangka panjang kepada Pakatan dengan syarat, Pakatan menzahirkan corak pemerintahan yang benar-benar disukai rakyat, iaitu Ketuanan Rakyat atau Negeri Adil, Mesra dan Berkebajikan. Soalannya, sudahkah angka 5 juta ini kini, benar-benar sudah diambil kesempatan oleh Pakatan dan merubah sokongan mereka daripada UBN kepada PR?
2. Selangor adalah pusat Malaysia, Lembah Kelang hakikatnya adalah Selangor dan KL adalah sebahagian daripadanya. Bayangkan, segala kemudahan, segala keperluan, segala-galanya, ada di sini. Bayangkan betapa ramai anak-anak muda dari seluruh Negara datang berkerja di sini. Bayangkan jika mereka melihat kehebatan pemerinatahan PR di Selangor dan mereka membawa info itu ke kampung mereka, di Johor, Melaka, Perlis dan sebagainya. Bukankah itu bermakna, PR Selangor sudah memberikan imej positif kepada Pakatan di Malaysia? Adakah ini sudah dilakukan oleh Selangor?
3. Selangor gagal memanfaatkan kemudahan melebarkan pengaruh kepada rakyat. Bayangkan, jika anda berkereta dari KL ke Shah Alam melalui Federal Highway atau NKVE, atau berlegar-legar di bandaraya PJ, Shah Alam, Klang dan USJ…adakah anda terjumpa mana-mana billboard yang mengetengahkan idea-idea PR, mempamerkan wajah manis pemimpin utama PR, membawa mesej kemurnian PR? Ini…dalam Isu ISA…ken apa tiada billboard yang menzahirkan sikap PR di Selangor…ada tak ada pun, mungkin satu dua yang didirikan atas inisiatif sendiri, bukan dari
kerajaan negeri sendiri secara sistematik…Sepatutnya, Selangor memanfaatkan ruang di billboard seluruh negeri mempromosikan idea PR untuk menghapuskan ISA.
4. Pemimpin PR tidak sefahaman – dan ini menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia, kerana Selangor adalah pusat – isu terbaharu mengenai rampasan arak, kenapa masih berbangkit semua ini? Kenapa tiada satu mekanisme unggul menyelaraskan segala isu melalui jalan yang lebih lunak dan berhemah? Kenapa imej DAP dan PAS dilihat selalu tegang? PR Selangor wajib memikul amanah ini dengan jujur dan tekun, bahawa Selangor memang menjadi tumpuan Malaysia dan kemenangan ini wajib disusun atur secara bersama dengan penuh bijaksana.
5. Sikap MB Selangor – seorang business man yang hebat; tetapi bukan politikus yang hebat – maaf jika saya menulis begini. Namun, saya begitu jelek melihat wanita yang menjadi model kebobrokan ’sikap’ di Malaysia masih duduk dengan bergaya di kerusi Canselori Unisel…aduh, sakit mata memandang; sakit lagi jiwa yang mengenang! Susah sangatkah MB Selangor untuk menukar semua ini?
6. Pengurusan kemenangan yang tidak bersepadu antara semua parti – sama ada diakui atau tidak, Selangor masih terjebak dalam isu perkongsian kuasa – masih terdengar rungutan dan sungutan di peringkat bawahan…dan apakah penyelesaiannya?
Dan…masih banyak yang boleh ditulis di sini, namun cukuplah dahulu. Saya hanya memikirkan, apakah MB Selangor membaca tulisan ini, adakah Hasan Ali juga membacanya…adakah Ronnie Liu juga menelitinya…atau mereka semua sibuk dengan pelbagai urusan penting di Bangunan SUK sana, maka apalah sangat tulisan rakyat kecil seperti saya ini di sisi mereka!
3 ulasan:
tak perlu lah sedih..
PRK DUN Bt 3 nanti saya mesti pilih UMNO!!!..
Umno lagi hampeh......
Ezam ke calon kalau PRK bt 3
bro mana kau tau umno hampeh?
aku ingat undi pkr ok..rupanya lagi hampehhhhh..
dap toksah ckp la...
pas kecut teloq..
ezam aku x setuju la..
Catat Ulasan