Jumaat, 16 Oktober 2009

Bagaikan tompok Harimau Bintang
Pepatih Inggeris berkata, “A leopard could never change it’s spot” atau terjemahannya, Harimau bintang tidak boleh membuang tompoknya. Ia bermaksud seseorang yang sifat dan naluri semulajadi sudah sedemikian, agak susah untuknya menukar.

Perhubungan lama dan rapat antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Dato Lim Kim Hong bukan lagi rahsia di kalangan ahli korporat tempatan.

Lim adalah bekas pemegang saham utama Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Berhad, dan kini menguasai Sumurwang Sdn Bhd dan I Berhad. Selain dikenali sebagai jenama elektrik dan IT, I Berhad adalah pemaju yang membangunkan I-City di Shah Alam yang menelan belanja RM1.5 billion.

Dengan bantuannya, Khalid telah dapat mengumpulkan benih modal untuk membeli saham Guthrie yang ditawarkan padanya pada harga murah. Khalid pula membantu dalam beberapa urusniaga membeli jual syarikat dan perniagaan.

Setelah menjadi ahli politik dan berdegar dengan retorik pentadbiran yang bersih, telus dan cekap, adakah Khalid sudah merenggangkan hubungan urusniaganya dengan Lim?

Jika keadaan terdesak, berapa lama harimau bintang boleh terus menyembunyi tompoknya?

Dari Ahli Korporat Ke Menteri Besar

Setelah kalah di pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat nafas baru untuk memenangi kerusi Dewan Undangan yang sama dan kerusi Parlimen Bandar Tun Abdul Razak pada pilihanraya Mac 8hb lepas.

Khalid diakui adalah seorang tokoh korporat yang telah memainkan peranan yang besar pada tahun-tahun awal Permodalan Nasional Berhad (PNB). Namun, diakhir-akhir kerjayanya dengan PNB, khususnya semasa mengurus Guthrie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), professionalisma dan etika kerjanya mula berubah dan pelbagai urusniaga mula mencurigakan.

Akhirnya Khalid dihentikan dari jawatan CEO dan khabarnya suatu penyaisatan telah dilakukan ke atas uruniaganya di dalam Guthrie. Sedikit demi sedikit telah didedahkan salahlaku urusniaga dalam pembelian saham dan pengurusan Guthrie.

Ada blog pro Umno ini pernah mendedahkan urusniaga Khalid di dalam tulisan bertarikh Jun 2007. Lim Kim Hong mempunyai peranan yang besar di dalam urusniaga utama Khalid. (Sila baca di sini)

Sebenarnya Khalid telah gagal sebagai ahli politik tetapi diselamatkan oleh tsunami politik. Dia bukan saja hidup kembali, malah ia suatu kejayaan besar dan dapat dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Belum Pun 100 Hari

Baru saja menghampiri 100 hari pentadbiran Khalid di Selangor, rakyat mula menyedari kepimpinan Khalid tiada hala tuju.

Kerajaan negeri hanya sibuk mencari, mereka dan mensensasikan tuduhan demi tuduhan ke arah pentadbiran sebelum ini dengan bantuan suratkhabar perdana seperti The Sun. Masa, tenaga dan sumber dihabiskan untuk menutup kelemahan pentadbiran dengan mengalih pandang.

Dari isu penternakan babi, ke isu Balkis hingga ke isu Bandar Mahkota Cheras, satu pun tuduhan yang dibuat walaupun sudah dibekalkan dengan fakta yang cukup namun Khalid gagal menyerang.

Janji-janji pilihanraya PKR dan PAS Selangor tidak feasibel dari segi kewangan dan tidak mungkin dapat dipenuhi. Tetapi Dato Hasan Ali marah jika diungkit janji-janji pilihanraya dan alasan yang diberi hanya menyalahkan kerajaan persekutuan.

Pada suatu masa dahulu pada tahun-tahun awal 90an, Khalid begitu hebat memberi pandangan berkenaan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai dan menegur kerajaan di rancangan Radio Ibu Kota bersama Deejay terkenal Zainal Din Zainal.

Nampaknya Khalid hanya pandai cakap sahaja. Ahli korporat ini tidak menampakkan keupayaan untuk mentadbir kerajaan negeri.

Laporan Polis

Pada hari Jumaat Jun 6hb, 2008, akhbar harian Sinar Harian melaporkan empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan polis tentang salah guna kuasa seorang pegawai kanan di pejabat menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mengikut jurucakap kumpulan ahli PKR itu, Remy Iskandar, pegawai kanan itu dipercayai telah meluluskan kontrak dan tender kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya dan mereka mempunyai "semua dokumen yang boleh menjadi bukti."

Laporan yang tidak mendapat liputan suratakhbar perdana mungkin merupakan “tip of the iceberg”.

Mana mungkin seorang pegawai yang bekerja di pejabat Menteri Besar melakukan pemalsuan letterhead pejabat Menteri Besar? Adakah pegawai tersebut begitu bodoh untuk melakukan sesuatu kesalahan yang mudah dikesan?

Reaksi Khalid yang dilaporkan Sinar Harian Ahad seolah-olah membuat "ugutan" tindakan disiplin terhadap ahli-ahli PKR tersebut.

Ramai ahli-ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Pejabat Kerajaan Negeri menyedari sesuatu perubahan.

Sebagai ahli korporat, Khalid pasti lebih cenderong untuk menggunakan pendekatan korporat untuk mengumpul dana bagi membiayai janji pilihanraya untuk Selangor dan mungkin sekali bersama, untuk urusan parti.

Modus operandi bakal melibatkan syarikat-syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dan kerjasama rakan kroni yang mempunyai perhubungan peribadi yang lama dan sumber modal.

Mencurigakan

Sejak mutakhir ini, pejabat Menteri Besar enggan melayani ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikat. Padahal mereka-mereka yang datang merupakan penyokong-penyokong PR dan mereka ini menawarkan produk, perkhidmatan, dan usahasama untuk membantu kerajan negeri.

Mengikut sumber-sumber, pejabat Menteri Besar hanya melayani mereka-mereka yang ada hubungan dengan I Berhad. Kemungkinan ada sesuatu yang tersirat di sebalik pengumumman Khalid untuk membatalkan polisi DEB dan mengulang polisi tender terbuka yang sudah diamalkan dari pentadbiran sebelum ini.

Khalid ada mengumumkan odit forensik akan dibuat terhadap kesemua syarikat-syarikat kerajaan negeri. Ramai mungkin menjangka ini bertujuan untuk mencari salah pengurusan yang lepas.

Sebenarnya, ia untuk mencari sebab untuk membatalkan kontrak-kontrak yang ada untuk diambilalih oleh kroni-kroni Khalid seperti I Berhad atau lain-lain syarikat Lim Kim Hong. Desas desus mengatakan kumpulan ini dijangka mendapat kelulusan untuk membangunkan tanah-tanah tertentu di kawasan prima di Lembah Klang.

Seiringan dengan desas desus ini, Khalid telah dapat meyakinkan DYMM Sultan Selangor untuk melantik seorang kroninya, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Syed Anwar mendapat bantuan Khalid untuk naik dari Pengurus biasa hingga menjadi CEO Kompleks Kewangan. Kemudian, beliau terlibat dengan MRCB, Media Prima dan Realmild Sdn Bhd. Kini beliau adalah Pengerusi DRB-Hicom Berhad, EON Capital Berhad, dan Cahaya Mata Sarawak Berhad, selain Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji.

Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad dan Sime Darby Berhad, Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda juga dilantik.

MAIS mempunyai pegangan hartanah yang banyak dalam Selangor dan tokoh-tokoh korporat ini, khususnya Syed Anwar, tentu dibawa untuk membangunkan hartanah. Tentu sekali pembangunan hartanah memerlukan rakankongsi yang bermodal dan syarikat pembangunan hartanah.

Masaalah Peribadi?

Ramai mempercayai Khalid sebagai mantan Bendahari banyak menyumbang kepada pembiayaan operasi PKR.

Difahami dari sumber dalaman Bank, Khalid kini mempunyai masaalah hutang dengan sebuah Bank. Saham Guthrie yang telah dicagar telah jatuh dari paras harga margin dan jualan tidak mencukupi untuk menampung hutang.

Maka, bantuan seorang rakan lama seperti Lim Kim Hong amat diperlukan untuk menyelesaikan masaalah peribadinya yang dikatakan mencapai jumlah jutaan ringgit dan komitmennya membantu kwangan PKR. Dalam dunia perniagaan, saya garuk belakang awak dan awak garuk belakang saya.

Hanya harimau bintang yang tidak boleh membuang tompoknya.


Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute