Khamis, 30 Julai 2009

SEMESTA beri imej buruk pada Selangor

Satu laporan polis telah dibuat berikutan KSSB menggunakan kaedah gedebe dalam menangani masalah pasir di Selangor. Kumpulan SEMESTA yang diketuai oleh Dato Anuar Mohd Nor sudah semakin dipersoalkan kemampuannya untuk menjadikan pasir sebagai satu sumber ekonomi yang mantap untuk rakyat Selangor.


Laporan ini yang dibuat oleh seorang dari masyarakat orang asli telah menyelar KSSB dan melabel Menteri Besar Selangor sebagai pembohong.


Sejak kebelakangan ini pelbagai persoalan telah berkisar sekitaran Dato' Anwar yang dikira tidak layak untuk memegang jawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor. Bagaimanapun oleh kerana dia adalah kawan (sebut kekasih) Khalid Ibrahim maka ia diberikan tempat walaupun dikatakan pernah bengkrap. Lebih ironis, Dato' Anuar mendabik dada menyatakan bahawa beliau adalah orang UMNO.


Beberapa perlantikan Khalid sebelum ini juga dipersoalkan.

Jelas sekali nepotisma dan kronisma sudah mula menjadi amalan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang berlatar korporat.

Sultan murka Khalid buat sombong

Maklumat di bawah ini kami dapat melalui email dari seorang yang tidak mengenali kami namun kami kenali dia. Kami terus kongsi email tersebut di bawah.
Minggu ini berlangsung Persidangan Majlis Raja-raja Melayu di Kuching, Sarawak.

Semua Raja-raja Melayu dan Gabenor hadir bersama menteri besar atau Ketua Menteri masing-masing. Mereka adalah tetamu paling kehormat kerajaan Negeri Sarawak.

Malam tadi diadakan Majlis Santapan Diraja. Semua hadir termasuk Tuanku Sultan Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim tiba di Kuching, petang semalam jam 4 ptg. Beliau dijadualkan untuk hadir bersama Sultan Selangor di majlis santapan DiRaja itu.

Namun amat lah biadapnya beliau tidak menghadiri majlis santapan Diraja itu. Khalid menghilangkan diri selepas mendarat di Kuching. Beliau lupa bahawa beliau adalah tetamu Rasmi kerajaan negeri bersama Sultan Selangor.

Kemana Khalid menghilang yer? Kurang ajar pertama bila dia melupakan bahawa Sultan ada di Kuching. Kurang ajar ke dua bila dia tak mengiringi Sultan ke Majlis Santapan itu.

Nampaknya Khalid bukan setakat sombong dan tak dengar cakap teman pimpinan parti yang jauh lebih berpengalaman dari dia .,.....dengan Sultan pun dia sombong.... Khalid...Khalid...

Tender pelik Yayasan Selangor

Ini adalah tulisan seorang dari kami sekitar 22 Januari dan dijadikan posting dalam beberapa laman blog sejak hujung 2008. Namun ia mungkin dipandang tidak penting oleh Khalid Ibrahim mahupun exco - exconya. Kecuali kami mengesan YB Dr. Halimah ada cuba bertindak mengenainya namun oleh kerana MB tidak peduli perkara ini gagal ditangani dan berterusan.

Khalid sibuk menempatkan 'kekasih-kekasihnya' dari PNB dan Guthrie dalam banyak GLC Selangor, membuang yang sedia untuk menjadi Pro Rakyat ...... namun agen - agen Umno yang menjahanamkan kerajaan Khalid gagal tangani.

berikut di muatkan tulisan lama buat tontonan dan penilaian semua.

BERIKUT ADALAH SATU EMAIL MENGENAI TENDER YANG AMAT MENYELEWENG DIKELUARKAN OLEH YAYASAN SELANGOR PIMPINAN PENGURUS BESARNYA HAJI TAKRIL TASUKI YANG TELAH DITERIMA MELALUI EMAIL.

Berapa besarkah nilai tender ini sehingga borangnya dijual pada harga RM2000.00 dan RM1500.00. Biasanya kerja yang bernilai berpuluh juta sahaja dijual pada harga sedemikian.

Bahawa setiap buah Asrama Yayasan tidak melebihi 300 pelajarnya atau kurang. Jika satu kepala RM11 sehari, anda kiralah sendiri. Layakkah harga kertas tender dijual begitu mahal?

Biasanya seorang petender akan memasuki tender pada satu tajuk dengan beberapa borang, biasanya 3 untuk memberi kemungkinan kejayaan yang lebih. Bagaimana jika satu tajuk 3 borang, maka bermakna RM6,000.00. Bagaimana jika 5 tajuk? RM15,000 dan kemungkinan gagal masih ada.

Menurut sumber di Yayasan, petender tidak akan dikembalikan wang membeli borang. Apakah puak-puak UMNO dalam Yayasan Selangor ini terlalu tidak pandai dan tidak mengerti apa itu konsep tender?

Apakah Yayasan Selangor menghalang orang ramai dari cuba berniaga di sana? Apakah sudah ditentukan akan kroni yang akan mendapat kerja ini. Jika harga kertas murah, ramai orang masuk, pening kepala? Berhenti dan letak jawatan sahajalah lebih baik.

Ilmu urusniaga manakah yang digunakan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor ini?

Baru-baru ini Yayasan Selangor memutuskan membeli kenderaan baru bagi GM dan Timbalamnya. Diberitakan pembekalnya juga terdiri dari kroni Gm Takril Tasuki yang telah melubukkan kaum kerabatnya di sana. Pengurus Besar Pentadbiran adalah diberitakan anak saudaranya sendiri.

Exco Pendidikan Selangor Halimah Ali, bukalah mata anda. Dari dahulu bercerita tentang hub,hub,hub.
Masalah yang perlu dibetulkan terbiar begitu sahaja.

Pembongkaran Yayasan Selangor akan bersambung….

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang telah berdaftar dengan YAYASAN SELANGOR dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 0 – Sub Kepala 8 – (Makanan Bermasak / Kantin, Makanan Bermasak dan Makanan Bermasak Islam) bagi menyertai tender berikut:

TAJUK TENDER : TAWARAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DI ASRAMA PUSAT / KEM / PLKN YAYASAN SELANGOR

TEMPAT KERJA :

1. Asrama Tun Doktor Ismail, Kampong Pandan
2. Asrama Toh Puan Norashikin, Kampong Pandan
3. Asrama Yayasan Selangor Klang
4. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam
5. Kem Bina Semangat, Ampang Pecah
6. Kem Latihan Khidmat Negara, Ampang Pecah

TARIKH BUKA : 17 November 2008 (Isnin)

TARIKH TUTUP : 28 November 2008 (Jumaat)

2. Dokumen tender boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 17 November 2008 hingga 21 November 2008 di Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia, Yayasan Selangor, Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor.

3. Dokumen tender boleh didapati dengan harga RM 2,000.00 satu set namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat / wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Daftar Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 0 – Sub Kepala 8 – (Makanan Bermasak / Kantin, Makanan Bermasak dan Makanan Bermasak Islam).

4. Dokumen tender yang telahlengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor sebelum jam 12 tengah hari pada 28 November 2008 (Jumaat). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

5. Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diberikan kepada syarikat / Wakil Syarikat dan kehadiran syarikat / Wakil Syarikat adalah DIWAJIBKAN. Syarikat / Wakil Syarikat yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 17 November 2008
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang telah berdaftar dengan YAYASAN SELANGOR dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang masih sah tempohntya dibawah Kepala 2 – Sub Kepala 2 – (Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan dan Mengangkat Sampah) bagi menyertai tender berikut:

TAJUK TENDER : KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI BANGUNAN / INSTITUT / KEM YAYASAN SELANGOR

TEMPAT KERJA :

1. Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya
2. Bangunan Yayasan Selangor, Kampong Baru
3. Bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang
4. Kem Bina Semangat / Program Latihan Khidmat Negara
5. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS), Bagan Terap

TARIKH BUKA : 17 November 2008 (Isnin)

TARIKH TUTUP : 28 November 2008 (Jumaat)

2. Dokumen tender boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 17 November 2008 hingga 21 November 2008 di Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia, Yayasan Selangor, Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor.

3. Dokumen tender boleh didapati dengan harga RM 1,500.00 satu set namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat / wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Daftar Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 2 – Sub Kepala 2 – (Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan dan Mengangkat Sampah).

4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor sebelum jam 12 tengah hari pada 28 November 2008 (Jumaat). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

5. Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diberikan kepada syarikat / Wakil Syarikat dan kehadiran syarikat / Wakil Syarikat adalah DIWAJIBKAN. Syarikat / Wakil Syarikat yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 17 November 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor

Peringatan yang pernah kami hantar Januari lalu

berikut ialah petikan email yang pernah kami hantar kepada ramai pemimnan parti dan negeri Selangor Januari lalu. Namun surat kami dilayan seperti sampah. Hanya YB Teressa Kok sahaja yang sudi membalas dan menafikannya. Surat ini dimuatkan untuk bacaan dan penilaian semua.

Saya merupakan 'blogger' yang mengendalikan beberapa laman blog dan turut terlibat dalam sebuah news portal. Ini bukanlah email pertama yang dihantar kepada DSAI atau pemimpin keADILan, PAS mahupun DAP. Saya bukan ahli mana - mana parti tetapi keperihatinan saya hanyalah untuk melihat sebuah kerajaan PAKATAN RAKYAT yang kuat dan benar - benar mampu merialisasikan manifesto yang dijanjikan.

Sebagai seorang wartawan dan blogger saya mendapat perbagai maklumat dari bukti / dokumen salah guna kuasa pemimpin BN hinggalah pemimpin PAKATAN. Rungutan dan komen 'rakyat biasa' mengenai perbagai perkara juga sering dilontar memalui blog, email mahupun surat kepada editor di laman news portal saya bertugas.

Kali ini saya ingin memohon 'campur tangan' atau pandangan jelas/keras Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan rungutan dalam Selangor.

  • Kelompok peniaga sudah mula 'bising-bising'
    • melalui maklumat percampuran sehari hari dan email yang dihantar kelompok peniaga sederhana dan besar sudah mula merungut, khususnya kontraktor mengenai kelembapan ekonomi Selangor. Semuanya berjalan terlalu pelahan. Keputusan tidak boleh di buat. Projek besar tertangguh tanpa mengetahui status. Beberapa projek besar seperti KLORR yang menghubungkan Kajang (Sg. Ramal - Karak) yang telah di luluskan pertukanya oleh Kementerian Kewangan tetapi sehingga kini gagal mendapat perhatian Menteri Besar. Projek seperti ini di lihat mampu untuk merancakkan semula ekonomi Selangor. Malangnya bulan hadapan jika tiada perkembangan mengenai projek ini maka MOF akan menarik semula projek ini dan memindahkan peruntukan ke Sabah.
  • isu air yang tidak kesudahan
    • sememangnya di akui Selangor / KL - sistem pembekalan airnya sudah dimonopoli oleh Puncak Niaga (TS Rozali) yang merupakan kroni Umno secara 'brutal', dengan tarif air yang menggila sudah tentu menjanjikan TS Rozali yang kaya raya dan rakyat makiin menderita. Maka janji air percuma oleh TS Khalid sedikit memberikan nafas lega. Namun sehingga kini sebenarnya tiada istilah air percuma tersebut. TS Rozali terus menikmati keuntungan. Malah lebih muda kerana mendapat jutaan ringgit (11juta sebulan dibayar oleh KDEB) sekali bayar oleh anak syarikat kerajaan negeri bukan dari kutipan kaunter bil. Menjelang Mac 2009 tarif air akan dinaikan. Sememangnya Datuk Seri Najib musuh politik keADILan tetapi dalam bab air ini Najib selaku pengerusi SPAN telah banyak beralah dalam membolehkan pengambilalihan air Selangor oleh kerajaan negeri. Malah sepatutnya tarif air naik Januari ini tetapi melalui SPAN ia telah ditangguhkan sehingga MAc 2009 untuk membolehkan kerajaan Selangor menyelesaikan segera proses pengambil alihan dan kenaikan taif tidak berlaku. Namun sehingga kini kelihatan TS Khalid seolah hilang punca dalam isu ambil alih air ini. Yang diketahui ratusan mesyuarat dibuat sehingga lewat malam namun hasilnya hanya air liur. Penyelesaian yang tidak produktif antaranya ialah mengupah price water house RM200 ribu untuk membuat audit dan menambah RM200 lagi untuk meendapat kebenaran menggunakan nama Price Water House dalam laporan. menjelang MAC 2009 tarif air pasti naik 37 % dan akan kedengaran pula kerajaan Selangor menyalahkan kerajaan Bn yang terdahulu. Rakyat akan menjadi lebih bosan kerana sudah diberi kuasa tetapi keADILan asyik menyalahkan kerajaan lama.,.....maka apa guna diberi kuasa.???
  • GLC / kontrak kerajaan yang tidak tersusun dan terus dipunggah UMNO
    • soal GLC ini juga soal serius. Sebagai tokoh korporat amat memalukan kerana masalah penyusunan GLC dan kontrak kerajaan ini gagal diselesaikan oleh TS Khalid.
      • Yayasan Selangor sehingga kini masih dikuasai oleh puak - puak Umno. Isu borang tender barangan bermasak rm2000 masih tidak mampu diselesaikan oleh MB lagi walaupun exco berkaitan sudah menyerahkan laporan.
      • Tidak masuk akal langsung setiausaha sulit Dr. Khir Toyo kini sudah jadi setiausaha sulit Menteri Besar Selangor.
      • GLC masih banyak yang gagal di susun oleh MB selaku pengerusi semua GLC selangor.... di akui bahawa bukan mudah untuk mencari yang layak menaungi GLC besar. Amat setuju GLC besar yang membuat keuntungan khususnya yang 'kepala' GLCnya sanggup mengikut arus harus di kekalkan. Seperti KDEB/Peransang di mana Presidenya kelihatan begitu menyokong Datuk Seri dan Tan Sri harus dikekalkan lagipun beliau mampu membawa keluar syarikat gergasi selangor tersebut dari beban hutang kepada membuat keuntungan besar. Tetapi bagaimana dengan GLC lain yang sudah memang membuat kerugian. Tukar sahaja segera. Tetapi nampaknya MB tidak menumpukan GLC lain malah membiarkan GLC lain menyalurkan dana secara tidak lansung kepada Umno. Sebaliknya MB mengambil jalan mudah terus 'menyerang' KDEB dengan perbagai perkara seperti membayar air percuma atas nama kerajaan selangor. terbaru maklumat dari Perbendaharaan Negeri Selangor KDEB di minta memberikan RM6.5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Selangor. Dr. Khir yang 'tamak' gagal menjahanamkan KDEB kita gusar TS Khalid yang terlalu berhati - hati hingga tidak buat apa 'berjaya' menjahanamkan KDEB.

Rabu, 29 Julai 2009

Khalid lemah tangani kemelut lantikan ahli Majlis

isu lantikan ahli majlis yang masuk tahun ke dua masih tak padam. Lantikan dibuat secara melulu tanpa mengira akar umbi.....berikut ialah antara ratusan surat bantahan yang ditongsampahkan oleh Khalid Ibrahim.
di atas ialah surat bantahan dari Angkatan Muda Shah Alam yang menyatakan rasa tak puas hati terhadap isu lantikan ahli Majlis.
ini pula surat dari AMK Kelang yang lantikan mengenepikan cabang Kelang.nampak sangat Khalid Lemah bukan sahaja cabang lain dalam Selangor sebaliknya Cabang Kuala Selangor tempat dia menjadi Ketua Bahagian juga menyatakan bantahan.

Khalid Ibrahim akan terus buat pekak tetapi percayalah kepekakak Khalid ini juga akan menghancurkan parti.

Ronie Liu pijak kepala Khalid ?


surat di atas ialah surat Ronnie Liu (exco PBT) yang menghantar surat kepada PBT tertentu untuk memberi arahan tangguh operasi PBT ketas pusat cyber cafe yang beroperasi lebih waktu.

Tindakan ini ada asasnya (walaupun lemah) iaitu membenarkan operasi lebih masa untuk pelancong. Namun tindakan sebesar ini (arahan tangguh operasi) perlu dibuat dalam mesyuarat exco bukan dibuat atas budi bicara seorang exco sahaja.

Ronnie berani mengeluarkan surat ini kerana Khalid yang lemah, selepas surat ini dikeluarkan Khalid masih juga berdiam diri. Ini boleh mengamcam dan menimbulkan fitnah oleh Umno jika dibiarkan.

Nanti kita kata Umno fitnah...ya memang mungkin fitnah tetapi bukankah fitnah itu diundang kerana MB yang lemah.

Zatun tulis surat bagi pihak MB lepas Khir hilang


Selepas kalah pilihanraya Umum 2008 di Selangor, Khir banyak urusan yang masih tertangguh dan dia terpaksa untuk musnahkan fail - failnya.

Polis telah mengepung bangunan yang menempatkan pejabat MB dan Pentadbiran Selangor untuk melindungi operasi hapus bukti dan selesai kerja Khir dan Umno - Bn.

Norzatun, Ketua Setiausaha Sulit MB Selangor (yang dilantik Khir Toyo) dan Setiausaha Kerajaan Negeri memainkan peranan begitu besar dalam operasi ini.

Norzatun memang banyak melakukan kesalahan dari aspek pentadbiran. Contohnya Surat di atas dihantar oleh beliau kepada YDP, Majlis Perbandaran Kajang yang menyokong sebuah syarikat untuk mendapat tender membersih kawasan dan kerja penyelenggaraan di Kajang.

Surat itu dikeluarkan pada 4 April 2009, ketika itu tiada MB, kempen pilihanraya sudah bermula. Tengok bahagian tandatangan dengan jelas itu tandangan beliau dengan menyatakan jawatan Menteri Besar dan dipadamkan tulisan jawatan Ketua s/u Sulit.

Surat ini diperolehi dari sumber dalaman Majlis Perbandaran kajang dan pembawa surat mengaku dia mendapat surat dari Norzatun, cuma ceritanya lebih menarik kerana rupanya surat ini di back dated dan ia keluar selepas Bn kalah PRU 2008.

Paling pelik sekali syarikat Umno yang dilobi Norzatun inilah juga antara syarikat yang terus nikmati habuan dalam Selangor sampai sekarang.

Paling - paling best sekali Norzatun masih disimpan di pejabat MB. MB selalu cakap Umno jahat curi maklumat....dalam kes ini Umno jahat atau MB bangang !

Selasa, 28 Julai 2009

Dr. Anuar Mohd Nor 'kekasih' Khalid....

Tajuk posting mungkin sedikit mengerikan tetapi itulaah yang boleh digelarkan.... cara Khalid mempertahankan dan memberikan ruang kepadanya memperlihatkan seperti seorang kekasih mempertahankan kekasihnya.

Dr.Anuar Mohd Nor ? siapa dia (ada yang kata dia Datuk tapi taraf Datuknya diragui) ? Dia punya rekod 'muflis'...pernah terlibat dalam MTDC dengan rekod yang buruk.... tidak ada kerja masa diambil oleh Khalid. Dia kini begitu berkuasa...masuk dalam 'team' Khalid mulanya untuk urus air, namun sehingga kini pengambil alihan air bertaraf masih gagal.

Dia dipaksa oleh Khalid dimasukkan sebagai penasihat air ke dalam KDEB dengan bayaran gaji. Baru ini SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap bagaimana Anuar Mohd Nor ini diletakkan oleh Khalid dalam KDEB dengan gaji belasan ribu ringgit tanpa buat apa untuk air pun. Kini Anuar yang sama sedang menikmati belasan ribu ringgit sebagai tambahan kepada penglibatan dia dalam SEMESTA syarikat yang urus pasir seluruh Selangor.

Seorang lagi ialah Hj. Nasir turut dipertahankan oleh Khalid macam pertahan kekasih. Dia juga mendapat akses kepada banyak perkara dalam Selangor. Juga korporat gagal ada rekod muflis.

Kumpulan yang mengendalikan SEMESTA (projek pasir yang gagal) di Selangor ini sebenarnya mula masuk ke dalam 'circle' pentadbiran Selangor sebagai perunding skim insurans takaful warga emas. Kertas cadangan lengkap Saifuddin Nasution telah 'dihijack' oleh kumpulan mereka ini sehingga keadaan celaru. Setelah buat kecelaruan dan nampak akan gagal mereka meninggalkan insurans warga emas ini dan berpindah kononya untuk ambil alih air.

Banyak wang habis bayar gaji dan elaun mereka sebagai penasihat namun hingga kini masih gagal, setelah buntu mereka dibenarkan Khalid Ibrahim untuk mencipta SEMESTA dan kini mereka raja pasir.

Mereka inilah yang punya rekod gagal sebagai orang korporat kini menjadi penasihat ekonomi negeri. Itulah sebabnya sehingga kini prestasi ekonomi berada pada tahap membimbangkan. Tiada pelaburan besar yang baru. Rombongan dagang banyak namun satu pun tak masuk kecuali majlis tandatangan sahaja yang meriah.

Ini kerana penasihat ekonomi yang lemah dipertahankan oleh Khalid.

posting selepas ini kita cuba tengok SEMESTA secara dalam sikit.

Siapa mereka ?

Madam Low ? satu nama yang tiba - tiba harum selepas dari Khalid namakan dia sebagai 'pemangku' orang no. 1 dalam PKNS. Kami menentang bukan kerana dia bukan Melayu tetapi kami menentang kerana dia punya rekod buruk, korup dan tidak setia dengan perjuangan reformasi.

Suaminya antara jutawan 'segera' kerana menikmati kontrak - kontrak PKNS melalui Madam Low, semasa pemerintahan Bn. Selepas menerima bantahan kerana cubaan menempatkan Madam Low sebagai orang no. 1 dalam pengurusan PKNS. Khalid tidak membuang Madam Low ini sebaliknya ia terus dianikkan pangkat sebagai Penasihat Menteri Besar Incroprated (MBI), melalui jawatanya ini dia mempunyai lebih akses kepada semua anak syarikat kerajaan negeri bukan setakat PKNS. Dia sehingga kini masih menjadi lembaga pengarah syarikat Sunway. Sunway menikmati perbagai keistimewaan ketika Madam Low duduk dalam PKNS. Dia tidak punya sejarah berjuang untuk rakyat kecuali untuk diri sendiri, tidak punya rekod cemerlang dalam pengurusan korporat sebaliknya ia kesayangan Khalid.

Siapa Nasir, yang baru dilantik sebagai Pengarah Korporat Komunikasi di UNISEL ? Ramai juga tidak tahu kelayakan dan latar belakangnya.... paling menarik ialah jawatan beliau bertaraf JUSA B, persoalanya adakah UNISEL memerlukan seorang pegawai perhubungan awam bertaraf JUSA B ?

MB lemah akan jadi punca kerajaan PR Selangor jatuh

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang punya banyak lebihan majoriti jika dibezakan dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Memang ramai yang sukar mempercayaai jika Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor boleh dijatuhkan atau dirampas oleh Bn sebelum Pilihanraya.

Namun dengan mempunyai seorang MB yang lemah maka tidak mustahil kerajaan ini mampu jatuh sebelum pilihanraya.

Contoh kelemahan paling nyata ialah kerana dia gagal membersihkan pejabat dia sendiri.

Bayangkan Norzatun Setiausaha Sulit bekas Menteri Besar dulu kini masih di Pejabat MB dengan jawatan Ketua Setiausaha Sulit MB. ramai yang baru tahu pasti terkejut tetapi yang sudah tahu amat pelik bagaimana Khalid Ibrahim yang kononya seorang tokoh korporat hebat terlalu lemah untuk meastikan pejabat beliau sendiri selamat.

Norzatun terus menikmati gaji hebat dengan elaun tambahan dari Umno kerana makan komisyen menjual maklumat.

Selaku MB ia boleh melantik Ketua Setiausaha Sulit, Pegawai Khas, Setiausaha Sulit, Setiausaha Politik. Bayangkan jawatan paling kanan di Pejabatnya dia gagal tukar orang kepercayaan Khir Toyo. Dia pula melantik setiausaha sulitnya seorang kenalanya dari Gutrie.

Pejabat MB ada dua tingkat iaitu tingkat 20 dan 21. Tingkat 21, menempatkan pejabat MB dan setiausaha - setiausahanya. Dan tingkat 21 menempatkan kerani , bilik fail dan seumpamanya. Seorang ketua kerani (perempuan) yang dilantik atas dasar politik dari zaman Khir Toyo mengepalai operasi tingkat 21 ada lebih kurang 36 kakitangan di sini yang semuanya warisan lantikan politik Khir Toyo. Semua fail dari tingkat 21 baik minit mesyuarat, resit dan seumpamanya semuanya akan turun ke tingkat 2o untuk tujuan fail. Di sinilah operasi menghantar keluar maklumat berlaku. Semua dokumen dibuat salinan dan dihantar keluar, malah ada kakitangan terlibat membuat rakaman audio dan menikmati komisyen dari Umno hasil berkat usaha mereka.

Ketika Abu Hassan masuk ke pejabat MB hampir 70 % isi pejabat MB ditukar dengan kepercayaanya. Ketika Khir mengambil tempat Abu Hassan dia menukar hampir 90% isi pejabat MB. Walaupun sesama Umno tetapi Khir tahu pejabat MB harus berada dalam kawalan beliau sepenuhnya.......namun Khalid gagal memastikan pejabatnya selamat...bagaimana nak pastikan keselamatan seluruh kerajaan Pakatan Rakyat.



contoh surat yang pernah ditulis oleh Norzatun ketika Selangor tak punya MB !


Itulah sebab surat - surat pejabat MB banyak yang bocor. Gerak dapat salinan resit asal servis kereta dan surat-surat pasal Lembu. Cuma Gerak ni pula lembu tak teliti kes tetapi terus dedah.

Perkara ini sudah dibawa beberapa kali ke pengetahuan MB malangnya dia buat tak tahu, khabarnya dalam mesyuarat pusat keadilan juga dibangkitkan tetapi MB menipu dengan kata pejabatnya bersih sudah.

Anwar sendiri pernah suruh Khalid bertindak bersihkan pejabatnya namun dia juga tak dengar cakap Anwar.

Ramai aktivis yang sejak dari awal berjuang mereka ini setia ....ramai yang berkelulusan dan berkemampuan untuk melakukan kerja di Pejabat MB malangnya Khalid lebih gemar simpan orang Umno atau belum ada lagi orang Guthrie atau PNB nak ganti jawatan orang - orang Umno yang kerja di pejabatnya ini.

SURAT TERBUKA UNTUK TAN SRI KHALID IBRAHIM



Selasa, 21 Julai 2009

Penyelewengan Tan Sri Khalid

Air Mata Selangor © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute